Can This Love Be Translated? Bila Cinta Perlu Difahami, Bukan Sekadar Diterjemah
Kadang-kadang dalam hidup, yang paling sukar bukan untuk bercakap…tetapi untuk difahami.
Drama Korea Can This Love Be Translated? membawa kita semua ke sisi hubungan manusia yang jarang ditunjukkan secara dramatik, perlahan, realistik dan penuh emosi yang disimpan kemas. Ia bukan drama yang sarat dengan konflik berat, sebaliknya mengajak penonton berfikir tentang komunikasi, salah faham dan bahasa hati.
Tanpa perlu terlalu banyak kejutan atau drama berlebihan, cerita ini memang tenang. Hubungan antara watak-wataknya terasa dekat dengan realiti seolah-olah kita pernah berada di situ, atau mengenali seseorang yang melalui perkara sama.
Apa yang membuatkan drama ini menarik ialah cara ia menunjukkan bahawa cinta tidak selalu gagal kerana tiada perasaan, tetapi kerana mesej yang tidak sampai. Ada perkara yang tidak boleh diterjemahkan dengan kata-kata, hanya boleh dirasa.
SA suka sebab drama ini tidak memaksa emosi. Ia membiarkan penonton sendiri memahami situasi, menilai tindakan watak, dan mungkin tanpa sedar merenung hubungan sendiri. Ringkas, tetapi meninggalkan kesan.
Kalau korang peminat drama yang:
-
tidak terlalu klise
-
jalan cerita perlahan tapi bermakna
-
fokus pada emosi dan komunikasi
-
sesuai ditonton sambil berfikir
…drama ini mungkin untuk anda.
Kadang-kadang, cinta itu wujud.
Cuma persoalannya adakah kita benar-benar faham bahasa cinta orang di hadapan kita?
- Kim Seon Ho
- Go Youn Jung
- Lee Yi Dam
- Choi Woo Sung



Dah lama tak layan korea. Last tengok Taxi 3 je kat VIU.
ReplyDeleteso far saya tgh tk layan lagi mana2 drama korea. minat jugak dkt seon ho ni!
ReplyDeletegeram la kat hero ni. slow sangat. penat nak tunggu dia luah perasaan.grrrr.
ReplyDeleteeh sama la kita. memula tengoyang citer cha cha apa ntah tu. sejak tu kalau ada dia memang akan tengok
Baru semalam isteri saya terangkan sinopsisnya. Memang teringin nak tengok, tapi tak berani nak tengok sekali dengan isteri. Takut nanti ekspektasi dia terhadap saya sebagai suami makin tinggi je, hahahaha.
ReplyDeleteSaya ada tengok mamat ni, dalam Hometown Cha cha cha. Nampak macam sedih ceritanya. Selamat menonton, SA.
ReplyDeleteBelum start lagi tapi hubby dah tengok aiihh kacau.
ReplyDeleteMemang dah masuk dalam list saya. Tp nak tunggu tamat dulu, masih on going kan? Saya pun sukaaaa kalau Kim seon ho yg main kak. Dah pasti best 😍😍😍😍. Eh tp saya tak nonton yg startup , sebab di situ dia dapat ending sedih. Tak naaak 😂.
ReplyDelete