Assalamualaikum wrt...
Hari ni Jumaat terakhir bulan Rejab 1447H. Cepat betul masa berlalu kan..lepas ni x lama lagi masuk bulan Syaaban plak..jom kita gunakan peluang Jumaat yang mulia ni dengan doa yang baik baik, minta ampun padaNya.Doakan juga untuk orang lain..itu juga cara untuk Allah perkenankan doa kita semua...
So..tengahari dah ni...SA nak citer lauk malam semalam...SA teringin nak makan kari kambing so balik kerja semalam singgah kat Azhar Maju Seremban..tapau la kari kambing RM15...dapat 3 ketul je uolls...SA membayangkan kari kambing macam masa makan roti canai tu..daging dia kecik2 tapi 3 ketul besar dan lebih banyak kentang...failed betul...rasa kari dah sedap dh...lepas ni n x nak dah beli kat situ...
PZ pergi surau malam semalam pukul 10 baru dia balik..tapi dia dh masakkan masak lemak putih kobis...SA balik terus goreng ikan masin bulu ayam dan hidangkan kari kambing gak..makan berdua dengan suami...
Masak Lemak putih sayur kobis
Kari kambing 3 ketul...RM15
SA memang teringin makan semua ni..tapi gigi SA sakit dannngilu bila mengunyah..nak kata tampalan tu terlebih atau tinggi ke apa x mungkin sebab memang rata je..x tau la nak cakap macam mana..dh hampir sebulan dah dari episode tampal gigi tu..masih struggle nak makan..rasa menyesal plak pi tampal...tapi x kan nak biar gigi berlubang kan?
Suami suruh tukar ubat gigi ke Sensodyne..untuk yang gigi sensitif...Nanti la cuba guna yang tu...mana tau berkesan plak...



RM5 seketul kari kambingnya tu.
ReplyDeleteAda ikan masin bulu ayam tu, boleh menambah nasi. Saya pakai ubat gigi sensodyne untuk gigi sensitif, guna kotak hijau, pudina. Sudah tak ada masalah makan aiskrim. Tapi kalau makan epal hijau, esoknya ngilu giler nak gosok gigi. Huhu...
ReplyDeleteaduhhh bila melibatkan gigi ni mmg spoilt betul lah kan SA.. haah SA cuba sensodyne & review berkesan tak?
ReplyDeleteKe masalah akar, gigi tu SA? Ada dentist bgtau PH hari tu, kalau sakit juga lepas tampal probably masalah akar. Yg tu kena x-ray la utk pastikan. Syukur so far okay la gigi PH ni. Tapi tak berani kunyah kuat² belah situ .
ReplyDeleteabe kie ada masalah susah nak mengunyah sbb sebatang gigi geraham ni patah separuh. apa2 pun kari kambing tu nampak menyelerakan...
ReplyDelete