Wednesday, April 22, 2026

Bersiaran Dari Office Semula

Assalamualaikum wrt..

Welcome back SA...semangat baru hari ni masuk kerja...tapi tu la...SA terjatuh masa nak keluar dari MRT....kena tolak..ntah sape yang tolak x tau...lelaki ke perempuan ke...tercampak hp SA dan SA jatuh bukan terduduk ye..tapi lutut landing di simen..dapat gambarkan x..sakit giler lutut SA...geram betul la..takde pun yang tolong SA bangun..orang KL ni sombong- sombong la...kalau x langgar pun at least tolong la papah SA kan...

Hari ni SA nak settlekan document yang banyak sebab 2 hari SA  ada course...esok SA cuti sebab nak merendang untuk majlis terlajak raya level SA, SA kena masak rendang...duit semua diorang dah bagi dah...lambat buat sebab ramai yang outstation hari tu...ada yang attend course..dan ada yang cuti panjang...so minggu ni semua ada..maka kami buat la majlis terlajak raya Jumaat ni...lebih kepada makan- makan je la..ada 4 department di level kami ni..so setiap department kena keluar budget untuk buat makan- makan ni...


today's look


sarapan hari ni..mee goreng + ayam goreng


Coffee bancuh sendiri dan air putih..hari ni target nak minum air putih 2 liter...dah 2 hari x minum air putih dengan cukup...

 

Bagi SA settlekan kerja hakiki SA sekejap..nanti SA sambung citer balik kampung angkat di Kuantan ye...banyak document nak kena dapatkan signatories ni...

Semoga allah permudahkan..

Aminnn.....

8 comments:

  1. Kesian SA. Semua rushing sampai hilang sifat kemanusiaan. Moga baik2 je lutut. Saya pernah jugak alami. Tengah sarat, tolak anak sorang dlm stroller. Semua selfish tak bagi laluan. Bagi duduk pun tak. Semua hadap phone je.

    ReplyDelete
  2. Alaaa kesiannya SA. Moga tak melarat sakit pada lutut tu.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..ok ke tak tu Kak SA?sakitla jatuhhh

    ReplyDelete
  4. huihhh sombonnya patut tolong la. yang langgar tu pun takde rasa bersalah langsung ek. semoga baik2 je kaki kak SA tu.

    ReplyDelete
  5. Ish, jahatnya siapa yang tolak tu. Orang lain pun takde yang menolong huhu.. Orang zaman skrg ramai yang takde rasa empati langsung ye.

    Wah, sampai kena ambik cuti nak merendang ye SA. Semoga majlis raya berjalan lancar 😃

    ReplyDelete
  6. Ramai jgk yg buat mjls trlajak raya ni =D

    ReplyDelete
  7. Ayam goreng tu cam guna tepung goreng KFC je. Nampak rangup...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......