Wednesday, April 8, 2026

Jom Masak Chicken Perattal

Assalamualaikum wrt...

Siapa suka masakan India macam SA...SA ni memang suka masakan India sebab masakan diorang tak banyak guna santan dan lebih banyak rempah ratus kan...sebab tu SA kadang- kadang suka makan nasi kandar kat mamak..kalau makan roti canai mesti amik lauk kari diorang...sedap...

Antara banyak- banyak resepi tu SA suka Chicken Perattal ni...sedap...kalau makan memang bertambah- tambah nasi..jom belajar masak Chicken Perattal..Menu ni sesuai juga makan dengan roti canai, tosei dan chapati...makan ngan roti gardenia pun sedap...

Yang tengah puasa 6 pun boleh guna resepi ni kalau dah buntu x tau nak masak apa...moh ler buat...x susah pun..ikut je resepi kat bawah tu...SA ambil masa lama focus bahan-bahan...pernah gagal x sama macam kat kedai...kali ni alhamdulillah..menjadi...


 

RESEPI CHICKEN PERATTAL

Bahan-Bahan

  1. Ayam – dipotong kecil
  2. Sebiji tomato
  3. Daun kari sikit
  4. Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
  5. 5 biji bawang kecil
  6. 5 ulas bawang putih
  7. 2 halia saiz ibu jari
  8. 1 batang kayu manis
  9. 5 buah pelaga
  10. 2 bunga lawang
  11. 1/2 sudu besar jintan manis
  12. 2 1/2 sudu besar serbuk cili
  13. 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  14. 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  15. Garam


CARA PENYEDIANNYA

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA 😃

kredit resepi: FB sheena supramaniam

6 comments:

  1. Bahan2 dia nampak senang je. Boleh la simpan resipi ni utk cuba. Thanks share resipi SA.

    ReplyDelete
  2. Rasanya macam pernah try masak ni dulu tapi time tu tak tahu nama resipi ni. Ada orang India yang ajar.

    ReplyDelete
  3. Wow..Byk bahannya sis..Sbb tu sedap =D

    ReplyDelete
  4. Nampak senang je nak buat, cuma bahan tak cukup. Bole la save dulu resepinya.

    ReplyDelete
  5. tangan orang yang berpengalaman ni power masakan nya

    ReplyDelete
  6. of courselah saya suka...saya anak India kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......