Friday, May 29, 2026

Alhamdulillah, Rezeki Menang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Assalamualaikum wrt...

SAlam Jumaat semua.....

Pejam celik, kita dah pun berada di penghujung bulan Mei. Sedang sibuk-sibuk membelek blog rakan-rakan dalam MRT tadi, tiba-tiba mata terpandang satu pengumuman yang betul-betul buat SA tersenyum lebar hari ini.

Alhamdulillah, rupa-rupanya, nama SA tersenarai sebagai Pemenang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Memang tak sangka sama sekali, sebab niat asal singgah ke blog Cikgu Etuza hanyalah untuk membaca perkongsian beliau yang sentiasa bermanfaat, SA suka baca perkongsian tentang pokok bunga kertas yang bermacam- macam ID dan aktiviti cikgu di sekolah, di samping menyuburkan ukhuwah sesama rakan blogger. Bila nama terpilih sebagai top pengomen, ia semacam satu bonus dan penghargaan yang sangat bermakna buat SA. Nak plak Cikgu Etuza buat entry khas hari ni....




72 komen rupanya...


Entry appreciation oleh Cikgu Etuza, klik gambar untuk terus ke entry..


Terima Kasih Cikgu Etuza!

Dari lubuk hati yang paling dalam, SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Etuza atas penghargaan ini. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi entri-entri yang menarik, mendidik, dan memberi inspirasi kepada kami para pembaca.

Sumbangan kecil berupa ulasan atau komen di blog Cikgu sebenarnya tidak seberapa berbanding ilmu dan cerita yang Cikgu hidangkan buat kami setiap hari. Semoga Cikgu Etuza sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan terus konsisten mewarnai dunia blog kita.

"Blog bukan sekadar platform untuk menulis, tetapi jambatan yang menghubungkan hati-hati kita melalui ukhuwah digital."

Tahniah Kepada Rakan Blogger Lain

SA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger lain yang turut tersenarai dalam Top 10 Pengomen Bulanan. Seronok melihat komuniti blogger kita sentiasa aktif dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kepada kawan-kawan yang belum singgah ke blog Cikgu Etuza, jemputlah bertandang ke sana. Banyak perkongsian ilmu, gaya hidup, dan refleksi santai yang sangat rugi kalau dilepaskan.

Terima kasih sekali lagi, Cikgu! Moga ukhuwah ini terus berkekalan.

Korang dah singgah blog Cikgu Etuza hari ni?

10 comments:

  1. Tahniah kak SA. Banyak betul komen tu memang layak la jadi pemenang.

    ReplyDelete
  2. Wah.. tahniah, SA! Memang banyak SA tinggalkan komen di blog cikgu Etuza, jauh tinggalkan yang lain. 👏👏

    ReplyDelete
  3. tahniah kak! banyak tu takde sape mampu pecut hehe

    ReplyDelete
  4. Congrats kak SA. Banyaaaknya komen kakak yaa 😍😍😍👍

    ReplyDelete
  5. Banyak komen SA tu ha....Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Tahniahnyer SA rajin blogrunning.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......