Monday, May 18, 2026

Lunch Di Ms Wantan Bukit Baru Melaka

Assalamualaikum wrt..

Dania bawak SA dan suami makan Mee Wantan kat Bukit Baru Melaka. Restoran ni khas menyediakan Mee Wantan dan Pan Mee dan ada juga makanan ala- ala kopitiam, ada toast, telur separuh masak dan banyak lagi.. Korang tau tak product C'Mee yang popular kat Tik Tok? Inilah kedai diorang dan kedai ni baru je di buka tahun lepas...Ms Wantan diusahakan oleh komuniti Muslim, pekerja melayu dan tukang masak melayu. Berdasarkan maklum balas operasi sebelum ini, status Sijil Halal JAKIM sedang dalam proses permohonan. Mee dan wantan disediakan menggunakan bahan halal seperti ayam dan udang, serta bebas daripada bahan terlarang seperti khinzir. Restoran ini juga berkonsepkan Chinese Muslim Kopitiam.

Kenapa SA highlight kat entry ni?

SA x nak la orang cakap SA anak beranak makan kat kedai tak halal..Restoran ni menggunakan Produk CMee (Wantan Mee, Pan Mee, Mee Sup Ikan, dan Mee Kari) yang dijual di pasar raya atau atas talian dan mempunyai logo Halal.

Jangan kecam SA ye sebab Ms Wantan ni sedang dalam proses permohonan sijil Halal. 

Sampai aje kat restoran Ms Wantan ni semalam...boleh tahan penuh ye..kebanyakkan family crowd, student pelbagai bangsa melayu, chinese dan indian..nasib baik ada meja kosong lagi...ini kali pertama SA dan Suami sampai sini...kali ke 2 buat Dania..Semua gara- gara Ms Wantan ni sedang popular di Tik Tok. Dania bila belajar kat Melaka ni..banyak tempat dia explore...

Jom tengok gambar
 




Buku menu


Senarai menu wantan


Ada penang Asam laksa..SA nampak ada gak yang makan laksa penang ni...tapi SA ni peminat wantan mee...


Sedapnyaa...antara fav SA gak ni


Kesayangan mama dan uncle


Sempat amik gambar ni je..sebab restoran penuh...


Maaf kena blurr muka diorg, kang kena tuduh suka2 letak gambar tanpa izin kan..SA akan alert bab ni...


Suami belanja..sempena Mother's Day yang x sambut hari tu...😏


Suami Isteri yang sedang mok mok....bila nak diet ni...


List order kami


SA minum lemonade cold, selalu SA order lemonade susah nak dapat yang betul- betul fresh dan sedap..SA jumpa kat sini..pandai staff tu buat air lemonade...suami amik White Coffee dan Dania minum air mineral..


Roti bakar tu sedap sebab dia guna butter dan pandan kaya homemade..telur tu untuk SA la..sebab dia guna telur ayam kampung..cuma yang x bestnya..diorang pecahkan telur tu..biasa SA suka pecahkan sendiri


Sedap uiiii....bagai terasa- terasa dah ha


Wantan Mee Chicken Chop pilihan suami


Zoom sikit..portion besar.. RM13.90


Wantan Mee Char Siew Beef Mix Char Siew Ayam RM21.90



Chilli Oil...sedap...


Jeruk lobak putih


Wantan soup


Wantan Char Siew Beef RM18.90



Setiap set Wantan Mee yang dihantar ni diberikan jugak Wantan soup, chilli oil dan radish pickle atau jeruk lobak putih..sedap...pandai owner buat jeruk lobak putih macam dalam cerita Korea tu...terus SA tersuka plak...ni tengah mencari kat mana ada jual jeruk lobak putih..Korea panggil Danmuji...macam mana SA tau? ler...SA kan hantu citer Korea...


Focus tul makan...


Habissss.....sekejap aje..lapar ke tu?


SA hirup telur setengah masak tu


Jemput makannnn


Suami bukan penggemar noodles...tapi dia approved Wantan Mee ni...sodap!!


SA dapat chance lucky draw 2 kali



Chilli Oil perisa Udang, sotong dan ikan...


Antara product C'Mee yang di jual


Korang tengok link ni la...risau SA kena kecam...

Apapun...sedap makan..100% authentic wantan mee..bukan senang nak jumpa wantan mee yang sedap ye...insyaallah nanti nak repeat lagi..murah ke mahal makan kat sini? standard aje la harga dia korang...SA makan semalam total RM100.80. SA siap beli chilli oil udang RM21.90.

Korang kalau ke Melaka dan nak makan Wantan Mee...boleh terjah kat sini...

Ms Wantan
No. 30(G/F, Pusat Niaga Bukit Baru Utama, 
Jalan PNBBU 5, 
Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 011-7132 8815

Buka : Selasa - Ahad 
Isnin - Cuti

16 comments:

  1. Sedap tu SA. sampai ngirup2 gitu. akak suka wantan soup. mkn panas2 best sungguh.

    ReplyDelete
  2. Kat ofis saya ni ada je restoran chinise muslim, selalu lalu je jarang singgah.

    ReplyDelete
  3. Pandai Dania makan guna chopsticks. Tengok portion memang banyak, tentu sangat sedap sampai licin makan.

    ReplyDelete
  4. Suka masakan chinese muslim ni....semalam pun makan chinese muslim menu gak.

    ReplyDelete
  5. Banyaknya portion makanan dia!
    Kalau Cuya risau susah nak habiskan.
    Hehe

    ReplyDelete
  6. Portion besar, puas makan 👍🏻
    Rasanya dlm blog Nieza baru² ni ada dia share resepi jeruk lobak putih. Cer SA skodeng

    ReplyDelete
  7. Aiiiiih saya memang teringin bisa balik Melaka lagi. Pertama kali kesana tak puas, 3 malam tp hanya eksplor kuliner di Jonker 🤣🤣. Krn memang saya dan teman2 malas kluar jauh. Lagipun Jonker walk banyak sangat makanannya.

    Nanti kalau ke Melaka lagi, boleh coba mi Wantan ini.

    Saya pun sukaaa danmuji kak. Memang selalu stok di rumah. Tp beli lah, tak mungkin buat sendiri 🤣

    ReplyDelete
  8. Nampak macam sedap, portion pun banyak. Lain kali boleh la singgah sini kalau ke Melaka.

    ReplyDelete
  9. Dah pernah makan kat sini masa pergi Melaka tuari. Sedaplah, suasana pun best.

    ReplyDelete
  10. Issue halal & tak skrg ni mmg tgh hot sbb non muslim mmg amik kesempatan skrg ni. Asal letak nama melayu trus bleh jalan.

    ReplyDelete
  11. Banyak betul portion dia.. Pilihan makanan dia pun menarik.. Teruja Sha tengok sup udang wantan tu..

    ReplyDelete
  12. Mee wantan ciken cop tu nak rasaaaa. Suka juga makan kat kopitiam. Yang Faa ingat Oldtown White Coffee tu.

    ReplyDelete
  13. alaahh jauh pulak. tapi saya memang peminat mee wantan
    kalau dtg melaka next time, nak masukkan kedai ni dalam list lah

    ReplyDelete
  14. Tengok pagi2 ni terus rasa lapar. Jauh sangat nak try. Portion besar jugak tu nampak. Jenuh nak habiskan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......