Friday, June 12, 2026

Sarapan Hari Ini...

Assalamualaikum wrt..

Selamat pagi semua!

Pagi ni bangun rasa macam tenang sangat, tapi dalam masa yang sama, idea nak menulis blog pula yang malu-malu nak keluar. Buntu sekejap bila tengok skrin kosong.

Bila fikir balik, tak perlu tunggu ada cerita besar baru nak mengarang, kan? Kadang-kadang, momen ringkas macam sarapan pagi pun dah cukup bermakna untuk dikongsi..

Pagi ni ditemani dengan secawan knescafe less sugar bancuh sendiri macam biasa. Cukuplah untuk bagi tenaga dan 'kick' untuk mulakan hari. Sambil hirup perlahan-lahan, sambil layan perasaan kejap sebelum masuk dalam kesibukan rutin harian.





Today's look..baju hijau lumut dan tudung senada hadiah dari Dania...


Pagi ni ada yang sedekah Jumaat, ada nasi goreng bunga kantan...SA simpan untuk makan tengahari sebab malas nak keluar..eh..memang selalunya x keluar pun kan......ada yang sediakan sarapan..tapi sedikit lambat...SA dah beli mee goreng dan add on telur mata serta paru...SA makan tu dulu..yang diorang sedekah untuk sarapan pagi tu SA bawak ke tengahari je...

Semoga hari ini urusan kita semua dipermudahkan dan penuh dengan perkara yang baik-baik. 

Happy blogging!

6 comments:

  1. Yaa SA, Sis pun kadang, kalau takde cite apa, update tulis aja laa apa rasa nak tulis.. dapat menulis, rasa puas kannn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah untuk hari Jumaat...
    Esok rehat weekend pulak Kak SA....

    ReplyDelete
  3. Saya sarapan 2 keping roti canai banjir dengan air kosong berharga RM 3

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jumaat kakSA. Semoga hari2 kakSA penuh ceria..

    ReplyDelete
  5. Cantik tudung tu senada dengan baju. Yeayyy esok dah cuti. Cie pun kekadang ada masa takde idea nak menulis tapi tulis jugak la dah minat blog.

    ReplyDelete
  6. Gambar sekeping, bila menulis, eh tak berhenti pula.. hahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......