Tuesday, June 30, 2026

Shopping Keropok Di Pak Dol Lekor Mersing

Assalamualaikum wrt...

Ya Rabbi, x habis lagi la citer Mersing ni...jom la sambung....oh ye...korang perasan tak dah lama x nampak Nieyl...tadi SA message dia kat FB Messenger dan tanya mana dia menghilang..risau plak kot- kot ada masalah pape kan...rupanya Nieyl sihat cuma dia sibuk dengan kerja hakiki dia..insyaallah nanti dia akan update blog...

Balik dari kenduri di Felda Tenggaroh 2, kami balik homestay dan rehat jap. Dalam pukul 5 petang macam tu keluar dan terus shopping...takde apa yang menarik hati, kami beli keropok je untuk adik beradik SA...beli keropok lekor untuk makan masa tu je...tapi tu la..x berapa ngam ngan tekak..x sama macam keropok lekor kat Kuantan dan Terengganu...

Alang-alang dah sampai Mersing, bukan keropok lekor je ada tau. Rupa-rupanya banyak lagi produk IKS tempatan yang best, contohnya:-

Produk Hasil Laut & Snek
  • Keropok Lekor Mersing: Walaupun berbeza dengan Pantai Timur (banyak versi sini guna ikan parang/tamban dan tekstur berbeza), ia tetap ada peminat tersendiri.

  • Keropok Keping (Sira & Borong): Kedai-kedai IKS seperti Pak Dol Lekor atau perusahaan di Kampung Air Merah terkenal dengan keropok keping yang rangup.

  • Sata & Otak-Otak Mersing: Selain Muar, Mersing juga ada usahawan IKS yang membuat otak-otak dan sata segar, selalunya dijual di tepi-tepi jalan utama ke Penyabong.

  • Ikan Masin & Sotong Kering: Hasil tangkapan segar nelayan tempatan yang dikeringkan secara tradisional di perkampungan nelayan.

Makanan Tradisional & Kuih-Muih

  • Kek Prun (Kek Hitam): Ini antara produk signature IKS Mersing yang premium. Ramai usahawan rumah (homebakers) Mersing buat kek prun yang lembap (moist) dan tahan lama, selalu dijadikan hantaran atau buah tangan.

  • Dodol & Gelembung Buaya: Makanan tradisional yang masih dibuat secara IKS di beberapa buah kampung tradisi di Mersing.

Produk Berasaskan Kraftangan & Herba

  • Kraftangan Hasil Laut: Hasil seni daripada kulit kerang, siput, dan hiasan berasaskan elemen laut yang diusahakan oleh komuniti setempat (terutama di kawasan pulau atau jeti).

  • Minyak Urut & Produk Herba Kampung: Banyak dihasilkan oleh IKS luar bandar/FELDA sekitar Mersing (seperti kawasan Tenggaroh atau Nitar) menggunakan herba hutan dan ramuan tradisional.

Jom tengok gambar




apa la pakcik tu terjengah- jengah tu...










sebakul ha...


bayar jangan tak bayar


Macam tulah kisah memborong keropok kami kat Mersing ni. Tekak masing-masing kan, bagi SA tetap rindu kat keropok lekor Kuantan & Terengganu lagi. 

Korang pulak kalau datang Mersing selalu beli keropok kat mana yang sedap? SA google je ni jumpa tempat ni...maybe ada lagi tempat lain kan...

Selesai urusan keropok, jom kita melencong ke Penyabong jap, nak tengok tempat yang viral hari-hari kat FYP TikTok tu. 

Jumpa di next post!

4 comments:

  1. masa ambil tu, memang tak ingat lah..tau2 penuh bakul.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Best nya mcm2 bole soping tu.. kalau ako konpom semua nk dibeli🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Bab keropok memang suka sangat. Otak2 pun suka. Bestnya kedai gini. Banyak la kalau nak diborong tu.

    ReplyDelete
  4. Wanita ni kan....dapat shoping tu adalah terapi yang membahgiakan...😍

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......