Thursday, July 2, 2026

Dinner Di Kedai Mamak Di Nilai Semalam

Assalamualaikum wrt....

Sambungan cerita makan-makan petang semalam. Lepas penangan kenyang baki Nasi Beriani Kambing tengah hari tu, malamnya kami suami isteri keluar dinner santai-santai aje dekat salah satu kedai mamak di Nilai.

Ikutkan perut SA masa tu memang masih terasa kenyang, tapi terpaksa keluar makan jugak sebab risau kut-kut tengah malam nanti tiba-tiba perut lapar pula. Lagipun, faham-faham ajelah... dapur rumah kami kan masih dalam proses renovation, memang tak berasap lah jawabnya! 😂

Suami pula memang tengah teringin sangat nak makan Nasi Kandar Ayam Goreng. Sepinggan nasi kandar dengan kuah banjir, kegemaran dia lah tu.



Yummy...nsib baik dah kenyang


Suami dah pandai makan nasi kandar kuah campur







Sebab SA tak nak makan nasi, SA order Maggi Kari Sup aje buat alas perut. Tapi, bau ayam goreng panas-panas dekat meja sebelah macam memanggil-manggil pula! Akhirnya, SA "pau" minta sikit ayam goreng daripada pinggan suami.

Suami ambil ayam bahagian dada. Mak ai, saiz ayam dia memang besar betul dan isinya pun tersangatlah banyak! Dapatlah SA merasa beberapa cubitan ayam goreng yang rangup tu buat pelengkap Maggi Kari Sup SA. Alhamdulillah, kenyang betul rupa-rupanya dinner semalam. 

Selagi dapur SA blom siap ni...hari- hari banyak la cerita tentang Dinner SA dan suami kan...hahahaha...confirm Julai banyak entry makan- makan ni...

Progress dapur SA...semalam dah pasaang tiles table top..hari ni pun pasang lagi bahagian dalam plak...lepas tu tadi tukang dah call suami tanya tentang warna...SA nak yang material berkilat atau Matte..SA dah pilih dah..dan ambil masa nak bagi jawapan tadi..banyak pandangan kawan- kawan SA compare...risau salah pilih warna je...

Apa pilihan SA?

Biarlah rahsia dulu ye...nanti SA update bila dah siap...hahahaha...

Jenuh memikir tadi..banyak pro and cons yang SA titik beratkan....harapan SA by this week siap la separuh kan...x sabar nak masak sebenarnya....kang hilang skill masak acaner?

16 comments:

  1. Sikittttt lagi nak siap dapur dia tu. Lepas ni boleh masak² di dapur sendiri. Good bye la mamaks, hehehe.

    ReplyDelete
  2. enjoy cuti masak dulu kak....lepas ni risau tak dapat cuti dah hehe

    ReplyDelete
  3. yelah, benda tu kekal kat situ sampailah next kita pecahkan dia balik (entah bila lah pulakkan)...jadi mmg kena pilih yang terbaiklah. doakan ammi pun ada rezeki nak tukar kitchen kabinet tu. banyak dah mosaic kecik2 yang tercabut..

    ReplyDelete
  4. Terpaksalah makan kat luar, mesti akak rindu dah nak masak sendiri kan

    ReplyDelete
  5. manggie kari mamak pun sedap ❤❤

    ReplyDelete
  6. Akhirnya dah pandai husbandnya makan nasi kandaq. boleh lah pi pusing2 penang lepas ni.

    ReplyDelete
  7. Tak apa sementara itu kita makan dulu kat luar. Cipta moment berdua.

    ReplyDelete
  8. Waktu ni la nak berehat sekejap dari memasak.

    ReplyDelete
  9. Takpe masa ni je cuti masak. Nanti dapur dah siap hah boleh jadi chef in the house balik

    ReplyDelete
  10. Ada yg bilang skill masak itu macam naik sepeda. Sekali bisa, ingat terus 🤣🤣.

    Ya Allah godaan sangaaaat melihat nasi kandar yaaa 😍😍. Ntah kenapa lah pula kemarin saya tak sentuh nasi kandar samasekali. Cuma roti telur saja. Next ke Malaysia, memang nasi kandar dulu yg saya cari 😄😄

    ReplyDelete
  11. Jauh dinner... makan kat youth city, Nilai ya....
    Ada juga makan kat situ... nasi kandaq tu tak lah mahal sangat kan.....

    ReplyDelete
  12. Tak sabar nak tengok dapur baru SA.
    I mmg suka mende2 gini. 😂

    ReplyDelete
  13. ye la tu hilang skill masak. takpe, hilang skill masak kedai ada.
    lepas ni skill naik level pasal dapur bersuasana baru. lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  14. Paling suka makan ayam goreng mamak, kadang mkinta nak ratah aja..
    Kalau arwah mak pulak, cukup marah gi mamak makan megi..katanya nak makan megi balik rumah hahahaha adeiiii

    ReplyDelete
  15. berselera makan tu...kita kalo ke mama biasa breakfast je

    ReplyDelete
  16. Orang Johor ni agaknya kurang pandai makan nasi kandar pun. Saya pun kurang gemar kuah campur. Tak pandai makan kuah banjir. huhu...Macam biasalah kalau pau makanan orang memang sedap. hihi...
    Tak sabar nak tengok dapur siap lepas renovate.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......