Thursday, July 23, 2026

Journal Food Intake SA Day 3

Assalamualaikum wrt...

Semalam macam biasa SA bawak bekal sandwich untuk sarapan pagi...asal sandwich aje memang GOOD  ye...hahahaha...kita ni dh terbayang-bayang mee goreng telur mata biasa makan kan...puas dah menahan hati agar kental ni....sabar SA sabar...baru 2.8kg turun..blom boleh bertenang ye sebab masih overweight awak tu..menjerit Nutrition coach tu kang...itupun dh ada 2 hidangan POOR ye dalam apps....

Nak tau apa?


Sandwich sardine


 Snacking ni MODERATE katanya..sebab boleh makan 1 slice je...ehhh..kedekut nau erk...katanya papaya walau tinggi Fiber...tinggi gula jugak..kalau nak snacking makan jambu batu atau apple hijau


Untuk Dinner Aglio Olio with Grilled Chicken and salad buat sendiri resultnya POOR....


Nak tau sebab apa POOR?

Secara umumnya, gabungan Aglio Olio dan Grilled Chicken sebenarnya nampak macam pilihan makanan sihat, tapi dalam konteks pemantauan diet atau penurunan berat badan (terutamanya di bawah pimpinan nutrition coach), terdapat beberapa punca kenapa ia dikategorikan sebagai POOR...

Perangkap Karbohidrat & Kalori Tersembunyi (Aglio Olio)

Kandungan Minyak Zaitun / Mentega: Walaupun minyak zaitun ialah lemak sihat, ia sangat padat kalori (1 sudu besar minyak = ~120 kalori). Dalam penyediaan Aglio Olio, biasanya kuantiti minyak yang digunakan agak banyak supaya pasta tidak kering.

Saiz Hidangan Pasta: Pasta (karbohidrat terproses) cepat menaikkan paras gula dalam darah jika dimakan dalam kuantiti yang berlebihan, lebih-lebih lagi jika tidak dicampur dengan banyak sayur-sayuran berasaskan serat.

Cara Masakan & Penyediaan Ayam (Grilled Chicken)

  • Bahagian Ayam & Kulit: Jika ayam dibakar sekali dengan kulitnya, kandungan lemak tepu (saturated fat) akan jadi jauh lebih tinggi berbanding dada ayam tanpa kulit.

  • Perapan / Sos Bakar: Sos perapan (marinade) untuk ayam bakar kerap mengandungi gula tersembunyi, sos barbeku, gula perang, atau sos tiram yang menambah kalori tanpa disedari.

Kekurangan Serat & Sayur-Sayuran

  • Hidangan pasta dan ayam bakar kerap kurang unsur serat (porsi sayur-sayuran yang kecil). Tanpa serat yang cukup, pemprosesan makanan dalam badan menjadi lebih cepat, menyebabkan anda cepat berasa lapar semula.

Tip Penyesuaian (Gaya Hidup Sihat): Jika nak tukar hidangan ni jadi GOOD/MODERATE pada masa akan datang:

  • Kurangkan nisbah pasta dan tambah lebih banyak sayuran (contoh: broccoli, tomato ceri, capsicum, mushroom).

  • Kurangkan penggunaan minyak semasa menumis pasta.

  • Gunakan dada ayam tanpa kulit dan elakkan sos perapan yang manis/bergula.


Hello...kita guna minyak zaitun sikit je tau...lepas tu ada sayur banyak...salad, tomato, cendawan...xde brocolli je....elehhh....x nak mengalah tu..walau yakin sangat sihat menu tu kan...pang kang SA!!!!

Aduhai mencabar betul la bila nak sihat ni kan...pasta SA untuk 1 orang makan je..half plate...

Mencabar betul program Well-Lympic kali ni...kena perbaiki lagi...at least kena capai GOOD/ MODERATE

Menekan- nekan betul Nutrition Coach SA ni..nasib baik bukan face to face...berhubung melalui Apps Naluri tu je...

16 comments:

  1. masa ammi ada coach herbalife kan.. gitulah. ini takboleh itu tak boleh. sibuklah pagi petang siang malam suruh minum shake dia, teh dia. Ehhhh aku ada gigi lagilah..kena mengunyah. So, sebagai org yg degil sebulan je kita pakai coach. ko minum jelah sorng2 air ko tu. i nak makan

    ReplyDelete
  2. Wahh kemon SA, u can do it!!!! Ya allah kita ni bila la nak insof gaknyaaa.... pagi mmg menu diet tp msk lunch haha kelaut tengah peginnya🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Bagusnya gini, ada coach yang pantau. Elok jugak SA share kat blog, boleh saya belajar pasal pemakanan lebih sihat.

    ReplyDelete
  4. sgt mencabar sbb food kat msia ni mcm 90% carbo based

    ReplyDelete
  5. sy jarang sgt mkn aglio tu..tq share pasal pemakanan sihat ni

    ReplyDelete
  6. Tak dinafikan apa-apa makanan memang ada kandungan gula, bezanya sedikit atau banyak. Apalagi yang namanya sos...ayyoyooo apalah makanan tang selamat hihihi.

    ReplyDelete
  7. Wah hebat tu kak dah turun 2.8kg. Susah kan kalau nak betul-betul ikut diet meal ni. Banyak yang tak boleh dan kena makan sikit je. huhu...sabarrr

    ReplyDelete
  8. Menu dinner Kak SA tu ingatkan dah habis healthy dah tu..sekali ehhh banyak jugak kalorii...
    Thanks Kak SA sebab shared info macam ni....

    ReplyDelete
  9. sedap tgk betik tu...1 slice je tk cukup kn haha

    ReplyDelete
  10. Sy suka roti wholemeal letak kaya / serbuk milo =D

    ReplyDelete
  11. agaknya kalau sukat tang makanan yg sy ambil setiap hari, kompem2 POOR punyalah hahaha adoiiii struggle jg ni ni kuyushhhh

    ReplyDelete
  12. Betik tu 2-3 slice baru puas tapi saya betik ni saya kurang makan. Go go SA! tapi....memang mencabar la kan sebab kena kuat semangat tu.

    ReplyDelete
  13. Jangan melawan kak SA kata nak kurus 😄

    ReplyDelete
  14. U can do it kak...Sabarrr ya..baru 2.8kg...hehehe.....Kalau lupa diri Jap je..naik balik 3kg tu ..Pantasss.hahaha

    ReplyDelete
  15. Kulit ayam memang musuh no 1..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......