Assalamualaikum wrt...
Sejak menjaga pemakanan ni...SA dah muak dah makan salad, menjaga pengambilan makanan, walau muak tapi sangat mendisiplinkan SA dimana sekiranya SA makan nasi..portion adalah suku suku separuh..sikit sanagt nasi dan kekal macam tu dah sebulan dah...SA dah hilang 4kg. Perjalanan masih jauh...ada lagi 2 bulan lebih ye....
4kg tu masih blom melepasi target SA..berat sebelum program 73.3kg, dan berat SA sekarang 69.3kg..walau seluar dan baju dah sedikit longgar..tetap lah blom buat SA puas hati...SA sekarang sedang mempelbagaikan menu food intake SA...bosan la kalau hari- hari makan salad kan..dah rasa macam kambing plak..telur rebus pun SA dah muak..SA kena banyakkan protein dan vitamin plak ni...dah la nak makan ayam SA x suka makan dada ayam..slowly la SA cuba makan..ni stok dah habis..semalam SA x sempat nak pi beli...tengok la hari ni dan esok..Khamis x perlu bawak bekal sebab SA ada training dengan Cosec Department...pagi sampai petang...Jumaat insyaallah kalau rajin SA bawak bekal..kalau malas SA beli aje salad ke..atau apa je meals yang sihat...
Kat bawah ni sarapan, lunch dan dinner semalam...
Sandwich sardine & telur 1/2 masak 2 biji
Lunch Salad dan telur rebus
Dinner PZ masak Ikan Patin Singgang ke apa ntah..resepi dia katanya dia campak2 je..so SA makan ikan aje
SA goreng sayur kangkung...
SA makan nasi sikit sanagt semalam..ikan SA makan banyak..sayur SA je yang habiskan...PZ x leh makan sayur kangkung.angin dan susah hadam...x tau la kenapa PZ x hadam makan sayur berdaun..kalau sayur macam kacang buncis, kentang dan carrot tu OK...doktor pun pelik tapi takpe la nak buat camne kan..umur- umur macam ni PZ dah banyak benda x leh nak makan...kalau paksa makan kang dia muntah...Dia cakap redha je la...Bukan PZ je ada masalah macam ni...most of siblings dia mengalami masalah yang sama...SA teringat arwah nenek SA dulu pun sama gak..masalah angin dalam badan....
Korang kalau ada idea nak pelbagaikan menu diet SA...boleh la share...bosan la balik2 salad..balik- balik wrap...balik- balik english breakfast...lunch dan dinner SA x kisah sangat....tapi jangan suruh SA makan oat...hahahaha...memang x leh nak telan....




Betul juga makan benda yang sama bosan. Kena pelbagaikan. Kalau dumpling ke vietnamese roll tu agak2 la menyihatkan ke tak ya? tapi rebus je la.
ReplyDeletemakan hati :-p
ReplyDeleteSesungguhnya tengok gambar kedua tu SA, buat saya lapar semula walau baru je sudah sarapan tadi. Moga terus istiqamah ya SA!
ReplyDeletesama la ngan Ayu ...jenuh nak pikir nak pelbagai kan menu ... wrap pun ok kot, suhun goreng,
ReplyDeletepas tu ayu akan amik kentang or keledek or baked bean .... makan ngan telur tu, and telur tu ayu pelbagai kan..rebus, hancur, goreng....caiyok caiyok!!! sama 2 la kita kannn
Sedapnya ...
ReplyDeletenieyl pagi hari2 mmg 2 biji telur, lunch nieyl akan makan nasi ( beras yg xde kanji dan sugar) , lauk lunch biasanya dada ayam dan sayur2 hijau..malam nieyl x makan.. air pula mmg air kosong je...ini kalau x turun jugak, x tahu la hahaha
ReplyDeleteSaya dulu pernah diet makan telur rebus putih sahaja bersama salad.
ReplyDeleteBest tu banyak turun berat, 4kg! Saya pun stop dah makan telur rebus. Muak dan tak boleh masuk dah. Tak tahu juga nak suggest menu diet apa. Mungkin boleh skip breakfast, terus lunch je. buat IF atau OMAD ke.
ReplyDeletesalad & telur rebus tu fevret sy tu =D
ReplyDeleteooo SA join program. Banyak juga turun tu .hebat.
ReplyDeletechaiyok kak SA...
ReplyDeleteadik ipar linda memang cut sugar terus.. turun almost 10kg.. dia memang next level punya..
kalau dia cakap betul2 nak diet, dia diet...
MZ nak restart diet jugak niiii adoyai asyik tangguh2
ReplyDeletemenggoda sangat telur dengan kewpie sos bijan tu...
ReplyDeleteBaru nak suggest overnight oat dah tak boleh telan pulak 😁
ReplyDelete