Wednesday, August 26, 2026

Tips Agar Sotong Tidak Kecut Atau Liat Apabila Di Masak

Assalamualaikum wrt..

Ada yang tanya SA macam mana nak masak sotong nampak isi dia segar lagi ikutkan senang aje..SA sendiri dah banyak kali guna tips yang sama..SA banyak dapat DM kat Threads dan IG...semua duk tanya macam mana nak masak sotong macam yang SA masak...Nampak pejal dan tak kecut..

Petua sotong tak kecut selepas dimasak memang ramai cari, terutama bila masak hidangan seperti sambal sotong, sotong goreng kunyit atau sotong masak paprik atau apa2 je.. Kadang-kadang baru sahaja dimasak, sotong yang asalnya nampak besar terus mengecut dan menjadi kecil sehingga kurang menyelerakan. Adakala jadi liat macam getah kan?

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dilakukan supaya sotong tidak terlalu mengecut. Langkah ini juga membantu mengekalkan tekstur sotong supaya lebih lembut dan sedap dimakan.Tak perlu guna bahan pelik atau cara yang rumit. Hanya perlukan air panas dan sedikit masa sahaja sebelum sotong dimasak seperti biasa.



Gambar dari goole.com



Tips nyer adalah seperti berikut :

1. Bersihkan sotong seperti biasa

Bersihkan sotong dan pastikan bahagian dalam serta kotorannya dibuang terlebih dahulu. Selepas itu, letakkan sotong yang sudah dibersihkan ke dalam satu bekas.

2. Siram sotong dengan air panas

Panaskan air dan siramkan ke atas sotong sehingga rata. Biarkan sotong terendam atau terkena air panas selama lebih kurang 5 minit ( SA buat 3 Minit je). Langkah ini dipercayai membantu menyediakan tekstur sotong sebelum dimasak tidak mudah mengecut apabila terkena haba yang tinggi.

3. Keringkan sotong sebelum dimasak

Selepas 3 minit, buang air tersebut dan keringkan (tapis) sotong terlebih dahulu. Sotong kemudian boleh dimasak mengikut resipi kegemaran seperti biasa.

Senang kan?

Dengan cara mudah ini, sotong yang dimasak di rumah boleh jadi lebih elok teksturnya dan tidak terlalu kecut selepas dimasak. Lepas ini tak perlu risau lagi sotong mengecil banyak ketika dimasak..guna jer tips diatas...

Satu lagi tips buat sambal sotong macam yang SA buat kat gambar atas tu...masakkan sambal betul- betul pekat. Dah siap perasakan dengan garam atau perasa, baru korang masukkan sotong yang dah ditoskan tadi...gaul sebati dan sedia dihidang, make sure jangan tambah air pada sambal sebab sotong tu akan keluarkan air jugak nanti..Sotong ni syaratnya kena makan bagi habis time-time tu jugak..kalau bawak sampai ke makan malam..dah x best dah..hidang ngan nai panas- panas...pergh....mertua lalu pun x panadang dah...

13 comments:

  1. Okay tq SA, dah boleh lah lepas ni masak resepi sotong banyak kali. Kat freeze ada banyak sotong, tapi belum sempat masak.

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba tips ni nanti.. selalu Linda buat cara macam sangai tu.. jadinya sangai sotong untuk buang air dia.. lepas tu, kalau masuk dalam sambal pun, takde la nk lama². Sebab masa sangai tu pun mcm dah masak juga kan sotong nya

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba tips kak SA ni pulak nanti. Sha selalunya lepas basuh tu, letak terus dalam kuali dah panas. Bagi air sotong keluar. Lepas tu angkat. Nanti masa nak masak, masukkan je sotong tu. Alhamdulillah tak kecut dan masih lembut. Ada yang ajar, rendam sotong dengan garam kasar sebelum masak.

    ReplyDelete
  4. I have never tried squid. Thank you for sharing. I love your green blog background.

    ReplyDelete
  5. Tq kak SA for tips.. boleh try nnt... sy pulak kalau masak sambal sotong akan goreng skjp sotong tanpa minyak, pastu angkat, jd syarat je so nnt masa masuk dlm sambal x perlu nk lama sgt sotong tu di dapur, tu pun sy ambik tips dr sapa entah.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Wokeeii senang je tipsnya kan. Nak membersihkan sotong tu yg x rajin 🙈🙈

    ReplyDelete
  7. kiranya mcm rebus siap2 lah sotong tu dlm air panas then masak masak tu, masukkan sekejap jer sotong tu buat syarat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak sotong dalam bekas..tuang air panas mendidih, gaul2 then buang air dan toskan sampai kering..jangan masih basah2 lagi..lepas tu sambal dah siap2 masak kan? dah kering sotong tu masukkan dalam sambal..gaul dan hidangkan aje...

      Delete
  8. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  9. Dolu-dolu.... selalu masak sotong jadi liat. Sekarang ni google je cari tips, keluar berlambak-lambak. Terima kasih berkongsi!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......