Assalamualaikum wrt...
Selepas melawat ke Muzium Negeri Terengganu, kami 4 beranak gerak la ke Masjid Kristal untuk solat Zohor...Harapan agar x ramai orang tu hanya harapan la ye..punya la ramai orang sampai susah nak parking..Masjid Kristal ni antara masjid yang menjadi tumpuan pelancong. Masjid Kristal ialah sebuah masjid ikonik yang diperbuat daripada kaca dan keluli yang terletak di Pulau Wan Man, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu. Taman Tamadun Islam tu kami tak singgah plak..dah penat sangat padahal kat tempat yang sama je...
Masjid ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik

Nampak maskot tu tak?demi mencari rezeki kan..sanggup berpanas kat depan tu...
Pintu masuk
Subhanallah..cantik betul
Ni bahagian dalam..
Tak lama pun kami kat sini...
1/2 jam macam tu...sebab orang ramai...masa siap- siap nak keluar dari masjid SA dan Dania berpandangan sesama sendiri..kami suka melihat gelagat orang ramai..lepas tu ada la sekumpulan makcik- makcik ni..mata SA tertumpu kat gelang tangan dan rantai diorang pakai..memang nampak la sebab diorang baring- baring kat situ sambil borak- borak..huiiii gelang emas diorang tebal- tebal betul..seram tengok..rantai lagi la...SA x pasti la diorang orang tempatan aau orang luar..x dengar sangat loghat Terengganu atau Kelantan..tapi geram betul tengok barang kemas..baby-baby pun gelang tebal- tebal...SA tarik- tarik la lengan baju tutup kot- kot ternampak emas SA yang seciput...segan plak kiter...tu yang masa kat Pasar Payang SA dan Dania tengok- tengok emas kat situ, tanya harga ada yang cecah RM20K ye, seram...kami berdua kan dah giler emas dan sama- sama nak simpan duit nak beli lagi emas..hahaha...SA bukan mengutuk ye..SA dan Dania seronok tengok orang pakai emas tebal- tebal...kami memang la x mampu nak pakai emas yang puluh2 ribu macam tu...yang ada kat tangan pun x sampai RM10k harganya...SA skeptikal sikit bab emas ni..risau tengah-tengah pakai tu cicir, tak pun risau kena samun..sebab tu pakai time gi special occasion atau jealan- jalan je..lepas tu simpan...risau hilang atau cicir..








Pernah beberapa kali ke Masjid Kristal tapi tak pernah masuk ke bahagian dalam.
ReplyDeletelawa sgt masjid kristal ni...bab emas tu...ramai ore pompuan kelate kat kelate suka pakai emas besar2 laaa...rasanya sama jugak kat terengganu...my mom zmn2 muda pun gitu..MZ pakai jugak tapi yg sederhana jer sbb takut bahaya mengundang org jahat esp dok KL kan..nauzubillah
ReplyDeletePH mmg x berani pakai emas banyak2 (takde pun sebenarnya) sebab takut kena ragut ke apa huhu... tapi balik kampung selalu je tengok sedara mara pakai gelang, cincin, rantai banyak & tebal. Kita jeling je la ahak!
ReplyDeleteKami dulu bawa arwah Mak PH ke sini, ambil gambar di luar masjid je sbb too crowded & panas.
Masjid Kristal ni cantik betul. Pernah solat juga kat sini. Time tu Dania kecik lagi.
ReplyDelete