Assalamualaikum wrt...
Selamat pagi semua....
Terjebak dengan adik manis Ch@ kita...muahahahaha....dah lama dah SA buat ni...tapi simpan aje lagi dalam draft...SA hutang lagi banyak citer Terengganu trip kan...sabar ye...nanti SA buat satu persatu...tengah amik mood sebenarnya....gambar pun banyak sangat...tengah pilih mana nak masukkan dalam entry...hari tu stop kat hari kedua kan...last entry Roti Paung...
Nanti SA buat ye..insyaallah start today...kang lagi menimbun plak entry dalam draft...SA nak cuba habiskan...then baru la boleh buat ongoing entry...
Klik gambar kalau nak baca sinopsis tu...
Hidup ini bukan tentang seberapa sempurna kisah yang kita tulis, tetapi bagaimana kita bangkit semula setiap kali menghadapi ujian. Setiap pahit dan manis yang dilalui itulah yang mematangkan dan membentuk siapa diri kita hari ini.
Pada akhirnya, yang paling penting bukanlah bagaimana kisah kita bermula, tetapi bagaimana kita terus melangkah dengan hati yang redha dan lapang.
Sayangi diri sendiri, teruskan berbuat baik walaupun sekecil zarah, dan percayalah bahawa susunan Allah itu sentiasa yang terbaik untuk kita. Selamat terus berkarya buat semua kawan-kawan dan melukis warna-warna indah dalam buku kehidupan masing-masing.
Semoga kehidupan kita diserikan dengan kedamaian jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Love,
Suria Amanda

Wahhh ayatnya....kadang2 nampak hidup orang tu penuh dengan gelak ketawa tapi realitinya? Hanya dia sahaja yang tahu.
ReplyDeleteSebab tu ada ayat kita kena berdamai dengan takdir kan sis?...Semoga kita semua kuat & tenang hadapi apa je yang dtg. Dan semoga org2 sekeliling kita jadi pendengar yg paling terbaik.Amin =D
ReplyDeleteSemuanya dari Allah
ReplyDeleteItulah ketenangan hati
Memujuk diri
Sehelai daun yg gugur pun tetapan dariNya
nice sgt! Semoga kehidupan kita diserikan dengan kedamaian jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan.
ReplyDelete