Tuesday, November 3, 2026

Asam Pedas Ikan Siakap Laut Menu Lunch Ahad...

Assalamualaikum wrt...

Hi korang..

Tak konsisten  dah SA ni up entry macam dulu kan..hahaha...tidak disangka dan tidak diduga lepas dh naik gred jaga plak director ni kucar kacir hidup SA...belum sebulan lagi SA jaga boss baru ni..dh haywire hidup..penat mental dan fizikal bagai..padan muka SA kan...sebelum ni hidup aman damai aje..sekarang SA bz buat travel boss ke Japan plak...hehehe...

Ahad lepas SA masak ikan siakap laut..ada beza ye siakap laut dan siakap biasa tu..siakap biasa tu biasanya dibela..yang siakap SA masak ni siakap liar...which is dagingnya lebih sedap, manis dan berlemak...so SA buat asam pedas aje..kebetulan SA nak habiskan stok sayur2 dalam fridge..macam.daun kesum, bunga kantan ada sebatang lagi, tomato dan bendi..maka jadilah adam pedas SA...Alhamdulillah  sejak kahwin ngan orang Johor ni..SA dh pandai dah buat asam pedas walau sebelum tu berpuluh2 kali gagal dapat rasa yang macam SA nak..walaupun suami kata yg gagal tu OK aje..tapi SA gali lagi dan lagi dan cuba sampai betul-betul dah dapat rentak...







SA habiskan jugak stok kacang buncis, habiskan stok ikan masin bulu ayam dan buat gak telur dadar...gandingan mantap lauk asam pedas kan..ikutkan nak buat sambal belacan..tapi SA malas plak nak menumbuk..

Itulah lauk lunch kami hari Ahad....sampai ke dinner la lauk tu..xde la SA nak masak lain..petang Ahad tu Dania balik Kolej  sebab Isnin dia ada exam MUET ke Speaking ke apa ntah..lupa plak SA...

8 comments:

  1. Dah nampak macam level asam pedas kat kedai dah tu SA. Saya suka asam pedas tapi tu la, malas nak buat sebab rasa tak sesedap makan kat kedai hihi. Lagipun kat rumah ni saya sorang je yang suka asam pedas. Encik suami kureng sikit. Dia prefer kari dari asam pedas.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan asam pedas ikan siakap.Pernah mkn asam pedas ikan pari & ikan kembung je =D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dari banyak kali try dah boleh dapat rasa yg SA nak. Kami satu rumah semua boleh masak asam pedas, biasanya ikanlah. Asam pedas ayam jarang²

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan dengan bos baharu makin lancar. Asam pedas siakap laut tu pula memang menggoda, siap lengkap bunga kantan dan daun kesum. Berbaloi usaha mencuba sampai menjadi!

    ReplyDelete
  5. Tu dia orang Nismilam dapat husband Johorean, makin menjadi ek asam pedas dia.

    ReplyDelete
  6. Lauk ngam semua tu..sedapnyaaa....

    ReplyDelete
  7. uiii sedappnyaa asam pedas! Kat ganu susah nk cari asam pedas sedappp..huhu

    ReplyDelete
  8. Betul siakap lauk lagi sedap sbb ianya bebas cari makan sendiri. Tapi susah juga nak jumpa dekat pasar sini.
    Telur dadar tu gebus

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......