Assalamualaikum wrt...
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..apa khabar semua..SA harap semuanya sihat...pagi ni hujan..ekceli dari malam tadi..ada tempat-tempat naik banjir kan..rumah SA sendiri bocor..beberapa hari ni hujn lebat so bocor bilik bawah ni..jenuh dh repair..x tau dh nak buat macam mana lagi...beribu dh habis duk repair benda yang sama aje...
Pagi ni PZ buat pisang goreng..pisang nipah plak tu..SA buat sambal kicap..suami suka makan pisang goreng cicah sambal kicap..lepas tengok ada lebihan nasi..SA buat nasi goreng..makanan dari CSR program semalam simpan dalam fridge SA panaskan..kebab dan hotdog...fish and chip ada lagi dalam fridge...
Kopi 434 is a must
Hotdog best giler
Raihani kebab pun sedap
Pisang goreng
Nasi goreng pecah telur
Alhamdulillah sedap sarapan pagi ni...
Korang dh sarapan ke tu?
Sarapan apa pagi ni..
Hari ni SA nak rehat...lepas tu nak siapkan travel memo ngan budget..dh penjng dh SA apehal SA plak kena buat travel memo dan bajet travel..bukan KPI SA tu..tapi malas nak bising-bising..kena la buat...memang la boss SAbyg nak travel tp team project la yg come out with the memo kan..SA secretary je kot...haih...macam-macam la..xpe la..SA buat aje la draft memo...esok kul 10 kena meeting ngan diorang...sabar la duhai hati..
Jumpa lagi next entry ye...





Sarapan hujung minggu memang terasa lain nikmatnya! 😋 Tak perlu makan tergesa-gesa macam hari bekerja. Bolehlah duduk santai, menikmati makanan kegemaran sambil merancang aktiviti sepanjang hari.
ReplyDeleteNampak sedap semua breakfast Kak SA.. Pagi ni LZ breakfast spaghetti goreng minum nescafe panas. Hujan sejak malam tadi membawa hingga ke pagi, sejuk sikit. Takde aktiviti luar hari ni, so bolehlah focus pada blog.
ReplyDeleteBanyak juga menu sarapan pagi ni. Pisang goreng cicah sambal kicap tu menu orang Johor, tambah pula nasi goreng dan kebab. Memang kenyang sampai tengah hari.
ReplyDeletePagi tadi sarapan 2 biji telur setengah masak dan roti wholemeal sekeping. Makan ringan sebab tengahari nak makan nasi.
ReplyDeletepg ni mz masak nasi lemak for bf!
ReplyDelete