Friday, November 20, 2026

Segmen Kenapa Saya Ada Blog By Blogger Mulan...

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera semua!

Hari ini SA terpanggil untuk memeriahkan lagi dunia blogging dengan menyertai Segmen Kenapa Saya Ada Blog anjuran Blogger Mulan (Peace, Love & Harmony). Tahniah Kak Mulan atas ulang tahun blog yang ke-20! Bukan calang-calang tempoh tu, dua dekad setia berkongsi cerita dan mewarnai komuniti blog kita.

Cantik plak poster segmen ni ye...attractive!!

Korang kalau nak join boleh la klik banner..jom support Kak Mulan...


 

Kalau ditanya kenapa saya  ada blog sehingga ke hari ini, jawapan sebenarnya cukup ringkas tapi penuh makna bagi diri SA sendiri:

Mula SA blogging dulu, sebenarnya ambil alih blog adik SA si Lissa...Lissa banyak share tentang SA yang di duga KOMA lama akibat virus H1N1 tahun 2009...6 bulan SA ambil masa untuk pulih sepenuhnya..sebab tu SA sangqt galakkan siapa yg nak mengenali SA, tengok balik entry SA Koma dulu..2010 punya entry...

1. Diari Digital & Tempat Simpan Kenangan
Bagi SA, blog adalah tempat paling selamat untuk menyimpan memori. Dari cerita harian yang biasa-biasa, telatah keluarga, gelagat si bulus di rumah, sehinggalah ke momen jalan-jalan dan food hunting semuanya tersimpan kemas di sini. Bila baca balik entry lama yang bertahun-tahun lepas, automatik boleh tersenyum sendiri mengenang nostalgia.

2. Ruang Terapi & Luahan Rasa
Dalam kesibukan menguruskan hal kerja dan tanggungjawab harian, menulis di blog menjadi ruang untuk SA berehat seketika daripada rutin. Dapat menaip dan berkongsi cerita santai tanpa tekanan terasa seperti satu terapi minda yang sangat menenangkan.

3. Ukhuwah & Komuniti Blogger yang Positif 
Walaupun sekarang ramai yang sudah beralih ke platform media sosial yang lebih pantas, aura komuniti blogger tetap istimewa dan tak sama di tempat lain. Seronok bila dapat blogwalking, baca perkongsian rakan-rakan maya, dan saling bertukar komen. Dari alam maya, ramai yang dah jadi macam kawan baik sendiri walaupun tak pernah bersua muka...SA dah jumpa ramai blogger, Ako Retna, Sis Lin, SK,PH, Ammi, Ujie, Kak Zana, Mummy Ayu dan ramai lagi...looking forward nak jumpa Kak Mulan dan ramai lagi blogger...

4. Rekod Perkongsian & Rujukan Masa Depan 
Kadang-kadang perkara kecil yang kita tulis macam ulasan kedai makan sedap, tempat menarik, atau tips ringkas rupanya membantu orang lain yang sedang mencari maklumat. Seronok bila tahu tulisan kita memberi manfaat kepada pembaca.

Buat Kak Mulan, selamat menyambut ulang tahun blog Peace, Love & Harmony yang ke-20! Dua dekad bukan tempoh yang singkat banyak suka duka, kenangan, dan cerita yang dah terakam kemas di sini. Terima kasih kerana sentiasa menjadi inspirasi dalam dunia blogging dan sentiasa menyebarkan aura positif kepada kawan-kawan blogger yang lain. SA doakan Kak Mulan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan terus aktif berkongsi cerita di alam maya. 

Happy 20th Blogiversary, Kak Mulan!

Terima kasih sekali lagi kepada Kak Mulan kerana menganjurkan segmen yang menggamit nostalgia dan merapatkan lagi hubungan sesama blogger. 

Jom kawan-kawan yang lain, kita meriahkan segmen ni ramai-ramai!

13 comments:

  1. Selamat bersegmen dan Good Luck!!

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen Kak SA... Okay lah nak join jugaklah meriahkan komuniti blogger

    ReplyDelete
  3. Ha kan thru blog kita berkenalan, thru blog kita berjumpa, thru blog kita dpt meraikan hari bahagia awak 😜

    ReplyDelete
  4. Semuga berjaya. Akak pun baru siap bertukang n3 tadi. 😂

    ReplyDelete
  5. Good luck. Semoga terpilih sbg pemenang.... Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Good luck SA! PH pun dah joined.

    ReplyDelete
  7. Saya dah cek pemenang nya ni ada 10 blogger..tahniah berjaya menyertainya..terjalin persahabatan sesama blogger..

    ReplyDelete
  8. Teruskan bersemangat ya utk terus menulis, walau kadang ada jatuh & bangunnya, kita tetap maintain.. perkongsian SA selalu best walau kadang2 tu simple je

    ReplyDelete
  9. aura blog mmg tak sama di tempat lain. saya pun jadi overstimulated klu tengok media sosial yg jenis pantas tu lama-lama. akhirnya balik ke blog juga boleh take time nak baca cerita. tak kena pressure utk like dan share sangat hehe. kita santai je

    ReplyDelete
  10. selamat bersegmen kak SA..linda nak buat juga ni...

    ReplyDelete
  11. Nanti nak tulis juga lah, insyaallah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......