Assalamualaikum wrt...
Ya allah kenapa la panas 2 hari ni kan...terik betul...SA berbuka minum air je...jenuh betul...berbuka minum air sirap lagi la haus..sudahnya tukar air sejuk coway baru la lega...
Semalam SA masak simple aje...Ikan Cencaru Bakar, Sup Ayam untuk PZ yang perut x sihat dan ada sayur goreng...kuih apa segala xde...SA kalau PZ dh x sihat tu mula la rasa x best nak berbuka..
Ikan cencaru bakar
Kuah kicap
Sayur buncis + cendawan shiitake goreng sos tiram
Sup ayam untuk PZ...
Minggu depan kita nak raya dh kan...korang dah tukar duit raya ke? SA baru nak terhegeh-hegeh tukar duit raya ha...pukul 10 kang SA nak pi Bank Islam bawah ni..harap-harap x ramai la orang...
Selamat bekerja semua...Harap-harap semua dipermudahkan untuk hari ini....




ramadan hampir ke penghujung nya :(
ReplyDeletemoga cepat sihat buat PZ.. alhamdulillah, dah tukar juga...sikit je..bajet takde tahun ni
Lama betul tak masak ikan cencaru, terliur lak tengok ikan bakar akak tu. Sekarang memang lain macam bahang cuaca sampaikan kadang buka tu minum air 2 cawan pastu makan buah 2 potong dh kekenyangan sebab terlebih minum air
ReplyDeletearitu kt gombak mak kita bakar ikan cencaru tp cicah air asam..duit raya tk tukar..yg thn2 sudah masih ada
ReplyDeleteSemuga PZ cepat sembuh.
ReplyDeleteSedap tgk sup ayam tu...Sy tukar hari khamis ni sis =)
ReplyDeleteDuit raya tukar dengan duit tabung masjid je masa AJK surau kena kira duit tabung. Baru je subuh tadi tukarnya. Alhamdulilah.
ReplyDeleteMenu iftar macam ni memang nampak menyelerakan. Lepas seharian berpuasa, tengok hidangan macam ni pun dah buat rasa lapar terus datang.
ReplyDeleteCie memang berbuka minum air + ais je. Letak chia seed sikit. Nasi 1/2 senduk je. Kenyang air. Tak muat dah perut nak masuk nasi:
ReplyDeleteJadi ingin dimasak sup ayam yg saya ada 🤩🤩.
ReplyDeleteKalau utk duit raya, saya biasanya minta suami tukarkan kak. Dia kan kerja di CIMB, jadi semua staff memang dapat jatah untuk menukar duit baru.
hari rabu smpai jumaat last week, manjang hujan lebat je. saya balik naik motor hari2 la ngadap sesetengah tmpt yg naik air tu. sabtu ngan ahad tiba2 terik pulak cuacanya..
ReplyDeletesedapnya cencaru bakar cicah sambal kicap!
Betul tu SA. Kak Amie rasa ada kalanya panas berhari-hari. Ada pula masanya sungguh sejuk terutama waktu pagi dan waktu hujan turun. Suhu tidak menentu.
ReplyDeleteMakan pula masa panas-panas, cicah dengan air asam, tambah ulam timun atau petai… memang bertambah nasi dibuatnya.
ReplyDeleteAkak belum berani minum ais... risau batuk pulak.
ReplyDeleteBila duduk rumah baru terasa panas... kalau dok ofis tak terasa.
Duit raya akak minta tolong officeboy tukarkan.