Assalamualaikum wrt....
Pagi SA pi Astro...line Astro dh terminate..patutnya dah boleh terminate lama dah sebab kontrak dh habis lama dh since 2018...SA terminate astro yg sekarang ni sebab pay for nothing..SA bayar RM115 sebulan dan PZ hanya tgok channel 321 je..channel cina kungfu..Channel lain x tgok..macam SA dan yg lain2 tengok Netflix..jarang tengok Astro...so terminate yg ni dan amik package basic je haraga RM54.90....7hb nanti current line officially terminated lepas tu Astro akan datang buat pemasangan baru..kenapa SA stillnpasang Astro? Sebab PZ x pandai guna Netflix...dah banyak kali aja td dah beberapa bulan ni...tetap dia x pandai...hari2 kalau Nia xde kat rumah, suami kena set astro...dia x pandai nak tukar2 dari Netflix ke Astro...terpaksa la subscribe Astro gak walau sebenarnya lebih elok xde Astro....
Lepas settled kat Astro kami suami isteri ke NSK...pi beli ayam...nampak plak kerang yang fresh masih hidup...beli la sekilo RM16.90...sampai kat tempat pokok2 bunga hidup..berkenan satu dua pokok..tapi x beli sebab nak cepat..jam.dah 12.30pm..
Nampak orang jual apam balik...terus suami nak beli apam balik..SA beli 2 keping...sedap apam baliknya...boleh letak pelbagai topping tapi SA pilih yang original..kacang dan jagung..SA x suka topping lain2 dan pelik-pelik..ada chocolate rice la, cheese la..SA x amik yang tu...cukup yang original...
Korang suka apam balik ori ke atau yang ada banyak pilihan topping?




kak SA sama dgn kita, suka apam blk original. jika yg nipis tu, rasa bergegar otak bila mengunyah. part astro tu, all warga emas mmg tak biasa. my mom sanggup tak nonton tv.
ReplyDeleteSamalah dengan saya, tetap pilih apam balik yang original dari dulu.
ReplyDeleterumah cie dah lama terminate astro takde orang tengok pun. husband cie masuk njoi je takde montly komitmen. memang jarang sangat tengok tv jadi bazir bayar.
ReplyDeleteCuya kat rumah pakai tv basic tapi ayah suka tengok youtube. Netfix tkde langsung.
ReplyDeleteCuya tak kisah apam balik apa2 pon , tapi biasa memang beli yang biasa
bukan kata PZ je.. linda yang jarang balik rumah pun, terkial2 nak menukar dari siaran biasa ke box.. macam2 nak kena tekan nya.. hahaha
ReplyDeleteSaya pun tak enjoy sangat Apam Balik letak bahan2-bahan lain selain yang original
ReplyDeleteKalau kuih lama2 ni atau snek lama2 suka yang ori. Tak suka ada selain daripada yang biasa.
ReplyDeleteammi memang dah lama terminate astro kat rumah since sebelum pindah ke Seremban. Yang kat Seremban, lepas mama dah takde baru terminate sebab samalah arwah mama macam PZ, tak reti nak tukar sana sini.
ReplyDeleteVote for apam balik original
ReplyDeleteBoleh tukar pada Njoi.. takde monthly commitment.. bayar masa pemasangan awal. Guna piring Astro sedia ada. Akak tukar Njoi tahun lepas, bayar RM295. Basic channel tapi pada akak dah ok. Nanti dia bagi remote macam Astro tu.
ReplyDeleteMemang kalau masih ada orangtua, dan dia tak terbiasa pakai NF atau platform film lain, pasang yg dia bisa lah. Macam mana saya juga 😄. Tetap pasang paket tv yg dia dah biasa.
ReplyDeleteOh apam balik itu martabak manis atau martabak terang bulan di sini. Saya suka, tp sukaaa yg rasa jagung manis.
MZ pun rasa nak terminate la astro tp rasanya susah nak terminate (based on apa yg MZ baca kat thread) sbb astro kan semakin kurang customer so dia make the termination process sgt2 susah
ReplyDelete