Assalamualaikum wrt...
Selamat kembali bekerja semua setelah ssronok cuti panjang hujung minggu...
Semalam SA masak paling simple rasanya...goreng ikan..goreng sayur...lepas tu suruh Dania buat telur mata goreng kicap....ada plak sambal belacan...memang la sedap makan bila lauk simple2 aje...semalam entah kenapa malas betul nak update blog...dengan PZ sakit perut..banyak benda nak buat semalam x dan nak buat..janjinya nak sort baju-baju lama nak sedekah...tebal betul penyakit M, SA semalam kan..petang adik no 3 balik tengok Abah x sihat...
Telur goreng kicap by Dania
Ikan goreng by SA
Sayur goreng by SA...
Jadi la tu kan...sedap aje makan...ni la lauk malas kata arwah Mak dulu...sebenarnya lebih kepada x tahu nak masak apa..ada banyak aje bahan dalam fridge tu...
Hari ni patut SA bawak bekal..ntah x tau la apesal SA ni...mamun agaknya..malam tadi masak nasi..rupanya SA x tekan...sudahnya nak cedok nasi tgok2 nasi dah kembang berair....aduhai...ingatkan periuk nasi rosak...geram betul la...sudahnya simpan balik lauk dalam fridge...x bawak bekal SA hari ni...jenuh la nak fikir nak makan apa kang...
Korang pernah x jadi macam tu?lupa nak tekan switch periuk nasi...



salam hari isnin SA. semoga urusan kita semua dipermudahkan
ReplyDeleteTakpe sesekali nak malas. Not everyday meant to be productive hihi. Kadang2 perlu slow down je bagi rehatkan diri 🩷
ReplyDeleteCuya kadang lupa langsung masak nasi, lauk dah ada dah 😂
ReplyDeleteSabo jelaa
Telur goreng kicap dan ikan goreng tu simple tapi sedap tuuuuu
ReplyDeleteada je few times jadi. mujur periuk noxxa sentiasa duduk sebelah rice cooker, kita transfer beras tu kat noxxa, set 7 min siap
ReplyDeletesemalam kita masak bihun goreng. tapi lupa ambil gambar.
ReplyDeletePernah aje.. tapi yang berlaku beberapa minggu lepas.. tekan button tapi salah plug. Yang dipasang plug kettle 😬. Adalah dalam 10 min, perasan bila lampu tak menyala.
ReplyDeletePernah pastinyaaaa. Pas puasa pula 😅🤣🤣. Dah siap2 masak nasi, ternyata saat sahur masih beras 😅. Lupa tekan suis hahahahha. Nasib baik suami tak mudah marah. Jadi dahlaaah, makan seadanya tanpa nasi 🤣
ReplyDeletesimple dan sedap jer menu gini!
ReplyDelete