Assalamualaikum wrt...
Sekarang tengah musim durian kan..kat Muar hari tu pun banyak dan nampak jatuh harga tapi takde la singgah beli sebab pening la bau durian dalam kereta kan...perjalanan bukan dekat..boleh mabuk kalau bau durian dalam kereta..hari tu beli pun amik masa hilang bau...selalunya kalau beli durian kami guna kereta PZ...bukan apa.kereta SA tu weekend memang kalau x kemana buat grab je...so x nak la bau lekat kan kat dalam kereta....pening passenger....
Kami beli durian ni masa 17hb lepas masa cuti Maal Hijrah tu...balik dari Nilai tu kan, sampai Seremban terus pi beli....korang tengok la lambakkan durian tu...
ni yang diorang jual sebakul sebakul..durian elok ye..tapi ni durian kampung rasanya ni...
SA beli yang ni...durian kahwin campur- campur jenis RM100 Lepas tu tambah Musang King sebiji untuk PZ
Masa ni diorang tengah lelong kat Tik Tok Live.SA tanya boleh beli ke..dia kata boleh...siap bagi free 3 biji buah durian kampung...ada 15 biji rasanya sebakul tu..termasuk yang free...ni kalau ada dia buat live lagi SA nak beli lagi...masa tu ada sebiji je x elok...lain semua elok.
Musang king sebiji RM128 ye...sekilo RM38....
Kuning isinya
biji dia kecik dan kesep je..makan 2 ulas dah kenyang MK ni...
durian IOI
Yang kat PZ tu sebiji x leh makan sebab dah terlampau masak dan rasa dah lari..so buat tempoyak je
Campur-campur la jenis duriannya...SA panggil adik no 3 datang rumah makan sekali...adik no 4 tak nak makan durian..x rasa nak makan katanya...adik no 5 memang x makan durian lagipun dia kat Bangi...Dania lagi la...durian x makan tapi tempoyak makan..
Ni PZ mintak lagi nak makan durian MK lagi...nanti la SA belikan..tunggu gaji la....2 hari lagi gaji kan...terima kasih suami belanja makan durian ni...yang hari tu ada x habis makan dan ada isi x berapa sedap PZ kumpul-kumpul ada sebesen, PZ buat tempoyak..dapat la sebalang stok tempoyak baru...
SA dan suami makan x banyak mana..kena berjaga- jaga jugak sebab durian ni tinggi kandungan gula..kan? kalau x jaga dari sekarang bila lagi...PZ pun paling kuat makan 3 ulas je..itupun dia amalkan lepas tu makan pucuk betik rebus...risau kalau naik bacaan gula...
Total damage beli durian hari tu RM228.00














MZ mkn durian tp yg branded jer ie yg isi warna kuning dan pejal/tak lembik (memilih sgt!!) MZ tak mkn durian kampung hahahah
ReplyDeleteSaya pun berkira hendak makan durian sebab orang kata durian kawan baik dengan darah tinggi dan diabetes. Maklumlah usia pun dah senja...memang kena beringat.
ReplyDeleteCie pun minggu lepas dah makan durian. Ni macam nak mencari lagi durian. Dalam rumah Cie kakak Raisha sorang je tak makan. Adik Rania hantu durian.
ReplyDeleteSedapnya makan durian.. Linda memang hantu durian..
ReplyDeleteKami pun baru habis kopek musang king, IoI dan red prawn. Beli 6 biji saiz besar harga RM180
ReplyDeletelama tak makan durian
ReplyDeleteMerata tempat ada jual durian tapi Ai bukan peminat durian. Tengok dari jauh ok tapi datang dekat.. tak tahan baunya.
ReplyDeleteMakan juga durian tapi musim kali ni tak cari lagi sebab suami tak sihat. Dah sebut nak cari bila dah sihat dari batuk dan selsema.
ReplyDeletehari Ahad ni kitorang ada kenduri durian di kebun adik ipar...tp tulah hantu durian kat asrama pulak. tunggu dia balik jelah nanti kita gi makan kat kedai pulak
ReplyDeleteBelum berkesempatan lagi untuk makan durian.
ReplyDeleteEhh geramnya tengok durian tapi kena tunggu hubby ada
ReplyDeleteWoww... 15 biji RM100
ReplyDeleteSini macam tak jumpa.
Isnin lepas akak beli satu dulang RM100. Ada sebiji MK, 1 durian hitam dan 2 biji IOI.
Lawa-lawanya isi durian. Saya masih belum beli durian ni. Telan ailio baca entri SA ni.
ReplyDelete