Monday, August 3, 2026

Beli Barang- Barang Untuk Goodies Bag Event Anak Yatim Ahad Ini

Assalamualaikum wrt...

Petang semalam SA keluar dengan Dania ke Ninso Sikamat cari barang- barang tambahan untuk goodies bag yang SA sponsor untuk anak- anak yatim PAYASUM. Separuh barang dah masukkan dalam goodies bag  termasuk barang yang di infaq oleh peniaga dari Thread...ada 2 orang peniaga yang Infaq barangan berupa Keychain dan bantal mini OWL . Yang infaq bantal mini OWL tu kami belum dapat bantalnya lagi..Dania pergi collect hari ini kalau x salah SA...alhamdulillah murah rezeki anak- anak yatim..ada jugak yang infaq wang tunai..SA x pasti siapa..terima kasih jugak kat Pak Zain yang infaq wang tunai..disampaikan sendiri pada Dania..

So untuk tambahan, semalam SA ke Ninso Sikamat mencari barangan yang sesuai untuk SA letak dalam goodies bag..SA dan Dania decided nak letak chocolate dan keropok...eh korang jangan lupa Ninso buat promosi bermula hari ini sampai 9hb nanti...banyak barangan turun harga, makanan dan barangan keperluan rumah...



SA beli chocolate Kit Kat dan keropok tu..Mamee tu SA saje beli letak kat rumah


Dania suruh pose


One more...

Selain dari goodies bag, SA akan sponsor jugak kek pisang dan bawak ke rumah anak yatim tu Ahad nanti...dan menurut Dania SA sendiri yang akan sampaikan goodies bag tu kepada 30 orang anak yatim yang terlibat...alamak aiiii....dah lama SA x terlibat dalam aktiviti macam ni...rasa macam janggal plak...
Dulu masa kerja Event Management takde la segan sangat sebab dah biasa kan....

Apapun harap segalanya berjalan dengan lancar Ahad nanti...semoga allah permudahkan...


12 comments:

  1. Seronoknya bila bab persediaan gubahan goodies bag ni! Nampak kemas dan berbaloi beli barang persediaan majlis siap-siap.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dapat berkongsi rezeki. Dah macam YB ni nanti kena sampaikan goodies bag. Semoga Allah permudah segala urusan nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mesti anak2 tu seronok.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...macam SA pula yang menang pilihanraya ni..hihi.
    Moga murah rezeki selalu buat pemberi infaq, dimudahkan urusan Ahad nanti..aamin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga lancaaaar utk acaranya kak 🎉🎉🎉. Banyak isian goodie bags utk mereka ❤️❤️. Semoga berkah utk semua yg terlibat dalam acara

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya lancar.. seronoklah anak² tu nanti.

    ReplyDelete
  7. Mesti adik2 tu seronok dpt goodie bag ni =)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah moga dipermudah kan semua nya

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  10. moga semuanya berjalan dgn lancar..aamiin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah