Assalamualaikum wrt..
Selamat pagi semua..selamat bercuti buat semua rakyat NS..SA kerja KL tapi x merasa la cuti hari ni...x apalah..SA x kisah pun..yang SA kisahkan ada mulut2 biadap cakap sia-sia je mengundi tp x dapat cuti..ler apa benda la pemikiran cenggitu..orang yang kerja ni rilex-rilex je xde hal...dia plak x senang duduk fikirkan orang yang x cuti...ada je orang NS yang x cuti kan kena kerja...dah tu kalau x kerja acaner mall atau kedai- kedai nak beroperasi...apoooo....
Pagi ni suami hantar SA pi office...lepas tu sarapan kat tempat biasa..SA lapar giler sebab semalam x amik dinner langsung...lapar sampai gigil...
SA pakai kurung kedah untuk today's look..abaikan tudung yang sedikit terpeleot tu...
Suami yang demam dan batuk selsema
Maggi goreng SA...rasa bersalah order tapi lapar...
Suami makan roti canai..
Apapun, tanggungjawab sebagai pengundi dah selamat ditunaikan. Soal dapat cuti atau tak, itu belakang cerita. Yang penting kita jalankan kewajipan untuk negeri tercinta.
Korang yang mengundi tempoh hari dapat cuti tak? Ke sama nasib macam SA ada yang kena kerja juga hari ni? Mana-mana pun tak apa, yang penting perut dah kenyang makan Maggi goreng pagi tadi! Haha. Enjoy your day semua!








sweetnya baju SA!
ReplyDeleteApapun tanggungjawab mengundi PRN Negeri Sembilan tetap berjalan lancar. SA sempat rehat cukup tak lepas balik mengundi?
ReplyDeleteX ikhlas mengundi namanya tu...sedap breakfast akak pagi ni...
ReplyDeleteDah selesaikan tugasan
ReplyDeleteEh memang hari sabtu la elok hari cuti kan
Sbnya bln semua org cuti or kerja hari sabtu ni
Mcm2 ragamm manusia
Lovely photos and the food looks great. I hope your husband heals quickly. Colds are awful 😖
ReplyDeletesaya kerja kat Nilai, tapi kitorg ikut cuti selangor xD
ReplyDeleteTahniah dapat kerajaan baharu.
ReplyDeleteLawa baju SA 😍
ReplyDeleteTakpe, janji dah tunaikan tanggungjawab kita kan
Kadang kerja swasta memang payah nak dapat cuti kan kak, atau yang kerja luar dari negeri undi tu memang la tak dapat cuti. Tergoda tengok telur goreng kat atas megi tu.... moga suami akak cpt sihat ya.
ReplyDeleteWow..Menarik betul maggi goreng telur mata tu =D
ReplyDeleteAla apa benda la yang mulut jahat tu kan. Ada je cari point ajak gaduh. huhu...
ReplyDeleteKita rileks je sudah kak. Husband saya pun tak cuti, kerja luar NS. Kalau tak dinner memang gigil sikit pagi-pagi. Eh eh cantiknya outfit harini. Sweet je. Kurung tu cantik coraknya. Sepadan dengan tudung.
Takpe, cheat day sikit hari ni. Kang dah jalan ke office dah terbakar kalori dah.
Tahniah org Nismilan dapat cuti sempena PRN. Takpelah yg tak cuti sebab tak kerja di Nismilan, yg penting dah jalankan tanggungjawab, kan.
ReplyDeleteSweet-nya warna baju SA. Cantik!
ReplyDeleteKami tak balik mengundi kali ni, baru je balik kampung Johor haritu. Rasa tak larat pulak nak berulang lagi utara selatan. Kalau kami mengundi, pun sama la suami tak dapat cuti sebab kerja luar NS.
Tahniah PRN N9..
ReplyDeleteTahniah kak SA telah menjalankan tanggungjawab sbg rakyat malaysia..
Nieyl kalau tudung tak menjadi, rela tukar tudung hahahaha..
Dah selamat mengundi. Semoga kerajaan yang dipilih menjalankan amanah yg diberikan oleh pengundi2 di N9.
ReplyDeleteAda pula kata² yang tak berlapik mcm tu.. saja bikin panasss jeee.. sabar jelah SA...
ReplyDeleteLawa la baju SA tu, nampak sweet je
Mostly yang dapat cuti yang kerja office hour je. Yang kerja syif tetap kena kerja.
ReplyDeleteAlaaah banyak sangat mulut2 julid macam tuh ya kak SA 😅😅. Ignore je laah. Mengundi tuh kewajiban . Dapat cuti atau tidak, itu bonus . Dapat Alhamdulillah, tak dapat tak apa.
ReplyDeleteOo baju kurung Kedah ke... niceeee
ReplyDeleteLaaa... apa pulak sia²... itu kan tanggungjawab untuk memilih.
Tanggungjawab tu yang penting. Sweetnya SA pakai kurung Kedah
ReplyDeletekita yg kerja dorang pulak yg panas ye..
ReplyDeleteadik Ayu 2 org geng ngan SA..dua2 keja KL.. Ian pun, heboh nak cuti...x de ..awak dok pahang
ReplyDelete