Sunday, June 6, 2021

Resepi Cucur Roti Style Suria Amanda

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sempena birthday hari ni..SA takde nak potong- potong kek ke apa...xde plan nak beli kek..tapi kali ni nak citer pagi tadi SA sempat buat cucur roti yang paling simple, mudah menggunakan bahan yang ada dan SA share kat sini...so korang kalau buntu bila- bila masa nak buat sarapan bleh buat kan...memang seriously senang sangat dan sedap..nanti SA letak resepi sekali ye..ikutkan nak ikut sebijik- sebijik cucur roti viral macam kat youtube tu..tapi mak tak leh makan ikan bilis pulak...so SAa tukar dan masukkan udang kecik-kecik tu.....



Gambar dah siap bancuh sebab lupa amik hp masa sediakan bahan- bahan tu tadi....kira aci la ye


Masa dalam kuali


Dah siap goreng...


Kita zoom skit...

 jom kita tengok resepi plak...


Resepi Cucur Roti Style Suria Amanda

Bahan- bahan

  1. Roti gardenia/ apa2 roti pun boleh- 4 keping
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1/2  cawan tepung jagung
  4. 1 biji bawang besar - hiris
  5. 5 biji cili api - racik kecik2
  6. segenggam udang kertas yg kecik2 tu
  7. 2 biji telur
  8. 1/2 batang lobak merah - SA x guna sebab dah abis
  9. Setangkai daun sup - racik halus
  10. secubit garam
Cara bancuh
  1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan bancuh dengan air sedikit demi sedikit sama macam buat cucur bilis biasa. air jangan terlampau banyak dan tak pekat sangat asalkan boleh sudukan macam buat cucur biasa.
  2. Dah bancuh biarkan seketika
  3. Panaskan minyak
  4. Sudukan sedikit demi sedikit
  5. Goreng sampai warna bertukar jadi golden brown.
  6. Angkat dan sedia dihidang

Selamat mencuba. Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang...ianya crispy diluar dan lembut di dalam. Makan cicah dengan sos cili ataau sos cili thai...sedap.....

11 comments:

  1. Sedap kak lagi banyak sayur...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir! 🎉🎁

    Btw, roti tu dipotong atau kena blend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti tu carik-carik je kecik2, x perlu blend

      Delete
  3. Rupa-rupanya roti pun boleh dibuat cucur..

    ReplyDelete
  4. Wahh, saya baru tau roti pun boleh dibuat cucur.. nampak macam sedap nie..

    ReplyDelete
  5. menarik..roti tu blend hancur la ye

    ReplyDelete
  6. Buat minum petang sedap ni SK....
    Happy Birthday SA 🌹

    ReplyDelete
  7. Best gak ni campur dengan roti. Kreatif resipi cucur rangup ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......