Assalamualaikum...
Bukan main lagi la tajuk kan..dah macam segmen tv plak...hahahah...boleh la jadikan tajuk SA Masak Apa Hari Ni sempena Ramadhan nanti kan...suggestion dari Carneyz...
So apa bekal SA hari ni?
Pak Zain semalam kan puasa..eh dari Isnin dia puasa...hari ni pun...so bila puasa for sure Pak Zain akan masak...lebih skit la dia masak sebab dia tau anak kesayangan dia ni bawak bekal dan kadang tak sempat nak masak...kalau dia sihat lebih la dia masak..kalau tak sihat tu memang SA kena masak la sendiri...itu yang jadi lauk simple2 je tu..haha...
So buka puasa semalam Pak Zain masak daging cincang masak lemak cili api...sedap..siap SA balik tu terus letak dalam bekas bekal dan frozenkan...senang...cumanya semalam SA goreng sayur bagi habis kacang buncis yang ad adalam fridge..Pak Zain tu ada satu perangai tau...dia kalau pi pasar dia suka beli sayur..sayur berdaun especially...dia beli banyak...lepas tu kalau sempat masak sempat la..kalau x sempat..tong sampah la yang masak and makan...dia jenis geram tengok sayur...sebab tu SA kalau bawak bekal memang kena ada menu sayur...
Daging cincang masak lemak cili api campur kentang...nampak macam besau benau plak kentang tu ha...
Cara masak rasanya SA ada share kat entry ni..tapi tahun 2016 la..Daging Cincang Masak Lemak Cili Api dan Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Cincang incase kalau korang nak cuba masak..x susah pun masaknya...ikut jer step by step tu.
Sayur kacang buncis last stok
Nasi sesenduk...
Hari ni SA pukul 11 pagi dah lapar...lapar yang x tau nak kata macam mana...padahal pagi dah makan roti seketul..hahaha...hari ni pagi memang SA sibuk dengan macam- macma benda...bayangkan pukul 11.30am baru settle...semua dah hantar untuk approval..harap- harap lepas ni dah ok dan boleh proceed untuk flight booking dengan cari hotel plak...harap semua okey la hari ni...tengah tunggu jugak board paper...paper lain dah standby nak hantar ke Cosec...
Nanti nak cubalah masak daging cincang masak lemak cili api.
ReplyDeleteHaha! Tak sabar nak follow segmen SA Masak Apa Hari Ini. Kot2 takde idea nak masak utk berbuka puasa boleh la jenguk blog SA ambik idea sikit :P
ReplyDeleteDaging cincang masak lemak cili api tu menggugat iman makan..hahaha...masak lemak cili api tu favourite oii
ReplyDeletemmm..Sedappnya...mantappp...
ReplyDeleteNampak sedap betul dgg masak lemak tu... Tak cukup tu nasi sesenduk ðŸ¤
ReplyDeletesedapnya SA. Saya yang puasa ini terus terliur.hehehe
ReplyDeletesedapnya daging masak lemak cili api tu hehehe
ReplyDeleteMasak lemak cili api tu nampak sedaplah.
ReplyDeleteDi Indonesia namanya sayur cincang,biasanya di rumah makan Padang,lezat...
ReplyDelete