Tuesday, December 6, 2016

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Cincang & Udang Masak Kicap

Hi korang...
Hari ni nak share dengan korang resepi masakan kegemaran aku dan keluarga..dah selalu buat cuma jarang share resepi...malas nak godek pernah share ke tak..kira tengah rajin ni so share je la...


Masak Lemak Cili Api Daging Cincang

Bahan-bahan

  1. 1kg daging cincang ( daging campur lemak dan tetel)
  2. Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
  3. 3 biji Kentang belah 4 
  4. 5 batang serai- dititik
  5. 1/2 kg Santan
Cara-cara
  1. Masukkan daging + cili api + serai dlm periuk..renehkan sampai air dari daging kering
  2. Masukkan kentang
  3. Masukkan santan..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu
  4. Masukkan sudu besi sebatang dlm masakan..petua bagi cepat empuk
  5. Perasakan garam
  6. Biarkan kuah agak pekat
  7. Siap



Resepi Udang Goreng Kicap

  1. 15 ekor Udang sederhana besar
  2. Bawang besar satu labu - hiris bulat
  3. Bawang putih- hiris
  4. Halia- hiris halus
  5. Cili api 15 biji - diracik
  6. Daun bawang/ capsicum - jika suka
  7. Kicap
  8. Sos tiram 2 sudu besar
Cara- cara
  1. Lumur udang dengan serbuk kunyit dan goreng separuh masak- angkat dan toskan
  2. Tumis bawang putih, halia dan cili api
  3. Masukkan bawang besar
  4. Masukkan daun bawang dan capsicum
  5. Masukkan udang
  6. Masukkan kicap dan sos tiram
  7. Biar masak seketika
  8. Siap

Selamat mencuba....


22 comments:

  1. fuh sedapnya kak daging masak cili api tu... terliur

    ReplyDelete
  2. Ya ampunnn sodapnye kak sue.. :)

    ReplyDelete
  3. menarik...thanks 4 sharing the recipe ..;p

    ReplyDelete
  4. Masak lemak tu yg win SA
    Kakak nak cuba masak kicap udanglah (sebab tak pernah buat)

    ReplyDelete
  5. oh my ! tgk masak lemak tu da start telan air liur haha

    ReplyDelete
  6. lama pulak tak makan daging ni. . selalu buat masak lemak udang je

    ReplyDelete
  7. sedapnya udang masak kicap tu..terliur

    ReplyDelete
  8. Alamak perut berbunyi tengok gambar ni

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. Fuhhh sedapnyaa. Nani pun harini nak buat masak lemak daging.

    ReplyDelete
  10. Hai sedapnya. Boleh mencuba nanti

    ReplyDelete
  11. Masakan yang nampak nyummy! ^^ Thanhs sharing SA ^^

    ReplyDelete
  12. Sedap dan menyelerakan.. terasa lapar le pulak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah