Friday, May 23, 2025

Brocolli Chicken By Dania

Assalamualaikum...

Semalam menu hasil Nia masak...dari kul 4pm dia msg mintak duit nak beli brocolli dia nak masak..SA ingat dia beli je and tunggu SA masak sebab dia jarang masak sendiri brocolli...okey anak mama dah pandai masak...hahaha...seminggu je lagi dia duduk rumah..lepas ni dia start part time..bosan dah sebulan duduk rumah katanya..

Suami tanya apa nama masakan dia ni...ada brocolli, carrot dan hirisan dada ayam...SA cakap entah la...tanya Nia..dia kata Brocolli Chicken By Nia...


 

Suami SA bukan penggemar sayur...tapi kalau dah anak dara dia yang masak...memang dia kena la makan sayur...kang x pasal-pasal anak dara tu x nak masak lagi...so..ok tak di tekak suami? bertambah- tambah lauk ni dia makan ye...kebetulan xde lauk lain...eh...ada MLCA ikan pelaling PZ...malas amik gambar sebab dah biasa kan...

Okey masakan Nia ni lulus..sedap...broccolli tu masih crunchy2..carrot pun...cukup segala rasa..kuah tu sedang elok x pekat tak cair...eh..pandai rupanya anak bertuah ni try and error...dia tengok kat Tik Tok je katanya...bagus la dh boleh masak dah...so mama x risau la dia kat rumah masak untuk atuk sekali...nasi pun dah pandai masak kan...

Okey jom kita masak la....

Jom Jalan- Jalan Ke Mini Kebun Pak Zain

Assalamualaikum...

7.30am tadi..SA merayau kat mini kebun PZ depan rumah...eh..dah ada pokok bawang laaaa...boleh la guna daun bawang ni buat masak...dah boleh tuai kata PZ...dah nampak tu..SA pun amik gambar la...jenjalan jugak lagi...nampak macam pokok peria dah habis dah PZ cabut...xde satu pun..ada serumpun pokok bendi..sebatang tapi bercabang 4....so ada banyak dah putik dia..cuma tak perasan ada sebiji dah tua..dah besar tapi dah keras...PZ cakap x perasan...buah sulung dia kot terlindung kat daun..pokok bendi kan daun dia lebar- lebar kan....

Eh jom la tengok gambar....



Pokok bawang....nanti nak masak SA amik sini je..xde plan plak nak masak apa guna daun bawang


Anak benih pokok bendi..PZ nak alih ke tanah


Pokok kunyit...daun dah bertukar warna..


Pucuk pegaga..dah tua ni...yang kat depan rumah PZ ada offer kat jiran...ada la jiran tu amik...sekali dia gunting part daun je..tinggal batang dia jer terkonteng- konteng...


Ni la buah yang dah tua tu..dah keras..tunggu dia jadi benih la nanti


Serumpun tu je ada 4 cabang dari satu pokok..


Bunga dia cantik..warna light yellow


Pokok cili akar..buah masih banyak tapi pokok macam dah tua


Sebelum ni buah dia panjang- panjang, yg kali ni kemetot je plak


Putik-putik bendi tengah banyak keluar...tapi x membesar serentak



v



v



v


v


sekali!!!!!


Tetiba nampak entiti ni....dia tengah memerut kat dalam tu...bising PZ...PZ marah dia mencicit dia lari....terbantut dia nak memerut...😁😁

 

Dia tu mak kepada brown....kecik je kan...hahahha...

Bertuah betul...satu hal..PZ nak kena buang taik dia...selalu tak pernah dia berak kat situ...hari ni je plak...membebel PZ..PZ cakap jangan dekat2 kat rumah lagi...hahahahaha....SA panggil Mak Brown tu Mommy...habis la Mommy...PZ dah marah.....

Day 1~ Work From Home

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua....SA bersiaran dari rumah untuk WFH day 1. Suami dah pi kerja...konon nak pi kerja awal 6.00am...hurm...sudahnya kul 7.15am lepas sarapan baru dia gerak pi kerja...dia kerja sendiri sukati je nak pi kerja pukul berapa...pagi ni 6.30am SA dah siap-siap nak buat bihun goreng...suami nak pi kerja kan dan SA nak kerja jugak walau di rumah...SA buat bihun goreng..suami tolong buat air nescafe O. 

SA kan baru je setahun lebih dah pandai buat bihun x putus dan x pendek- pendek macam orang jual kat gerai...kaedahnya rendam bihun dalam air biasa je semalaman dan pilih bihun EKA. SA dah try and error banyak jenis bihun..setakat ni SA puas hati dengan bihun EKA ni...malam tadi lepas dinner SA 3 beranak gigih pi ST Rosyam ye...semata- mata nak beli bahan- bahan buat bihun ni..mulanya ajak pi Zemart tapi Nia bising...katanya bosan la Zemart.



Tadaaaa....cantik tak kejadian bihun goreng SA? kena jeling dengan suami sebab SA letak tauge...


Untuk bekal dia SA gorengkan jugak sosej..goreng 5 ketul tinggal 2 ketul..SA plak jeling dia....suka sanagt makan process food...ingat elok sangat ke


Okey la...jom start kerja....abaikan laptop lama ni...laptop baru dah setahun kat IT, x sudah2 repair lagi...ni laptop ni port kabel charger dah jahanam...jenuh nak charge...ntah bila nak siap laptop baru SA tu....



Okey la korang...selamat bekerja kepada semua yang WFH seminggu ni...selamat bekerja buat semua yang masih kekal bekerja di office...sama aje mana- mana pun...tetap kena buat kerja...SA dah sediakan beberapa entry fresh dan cerita fresh hari ini...nanti nak tengok kat draft entry ada lagi ke yang belum share...rasanya ada entry resepi dari FB je....

Hari ni nak masak apa?

Semalam ada beli Kailan, ikan masin tenggiri jeruk dan jugak ikan cencaru size sedang- sedang je...Nia mintak bakar je ikan cencaru tu cicah air asam...dan kailan of course buat kailan ikan masin...cukup la kot...malam nanti kita fikir lain plak...

Jom check email....

Thursday, May 22, 2025

Bila Kedai Makan Nampak Menarik Tapi..Mengecewakan...

Assalamualaikum..


Baru-baru ini, xde la baru sangat...bulan lepas masa rumah tengah kelam kabut nak cat dan makeover tu... SA bawak PZ dan suami cuba makan di sebuah kedai makan baru yang kelihatan gah dari luar, pencahayaan cantik, dan boleh tahan la ramai pelanggan. Dari luar, memang nampak menjanjikan suatu pengalaman yang best ni. SA fikir, “mesti sedap ni, tak sabar nak cuba.” Tapi rupa-rupanya, pengalaman yang SA dapat jauh dari apa yang SA harapkan.

Mula-mula...ambil masa 15 minit hanya untuk hantar buku menu dan ambil pesanan. Selepas tunggu hampir 30 minit, barulah makanan sampai. Sudahlah lambat, makanan pula…hampa. Rasa biasa-biasa sahaja, tak sepadan dengan persembahan yang “overrated”. Portion kecil, rasa tawar, dan tak cukup panas...nasi plak berderai x cukup air ye...PZ dah tarik muka tapi SA ckp takpe..sabar..masih boleh makan ni...diorang lambat sebab baru je kedai ni buka kan...



Telur bungkus takde rasa..banyak yang x cukup kata suami..SA buat lagi best...kata suami la...


Daging masak merah..sikit je portion


Sup ekor..boleh la so-so je


Paprik sotong guna sotong ring tu je...ermm...

 

Paling mengejutkan bab harga. Untuk tiga orang makan, bil hampir RM80. Mungkin kalau makanan dan servis memuaskan, harga itu boleh diterima. Tapi bila semua aspek mengecewakan, terasa seperti duit dibuang begitu aje.. SA rasa x best sebab suami dan PZ tak enjoy makan...tak habis pun lauk pauk tu sebab memang x boleh nak habiskan...selera kita bukan la boleh dipaksa- paksa kan...


SA terfikir la..adil ke untuk pelanggan yang sanggup keluarkan duit, tapi tak dapat pengalaman makan yang setimpal? Bukankah sebagai peniaga, tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk ‘jual makanan’, tetapi juga untuk beri pengalaman yang baik?

Bila pelanggan bayar mahal, mereka tak hanya bayar untuk makanan. Mereka bayar untuk masa, layanan, suasana, dan kepuasan. Bila semua itu tak diberi dengan baik, rasanya tak salah kalau pelanggan rasa kecewa dan buat keputusan tak datang lagi...

Harap peniaga kedai makan lebih peka. Reputasi bukan pada hiasan kedai sahaja, tapi pada rasa, servis, dan kejujuran.

Correct me if i'm wrong...

Kedai mana ni?

Takpe la..biarlah jadi rahsia dan biar SA, suami dan PZ je yang melalui pengalaman ni...bukan x nak letak gambar kedai apa semua..tapi x nak nanti dituduh lagi nak tutup rezeki orang...kebanyakkan orang meniaga ni maaf cakap tak boleh terima rungutan atau complaint. Sedangkan teguran atau rungutan tu selalunya untuk kebaikkan dan boleh diorang guna untuk penambahbaikkan kedai diorang, tapi SA serik kot...serik bila diorang google dan baca entry dari blog SA, terus SA kena maki hamun kat messenger la..kat email la, siap nak saman la, pulang balik duit pas tu cakap jangan jejak lagi la kedai dia..SA x nak macam tu...tapi kalau adik beradik atau kawan- kawan terdekat ada tanya sedap ke tak sedap kedai makan baru tu...SA akan jawab terus terang...

Serius, SA tak marah. SA cuma keliru. Ini ke yang orang kata “worth it”? Kalau macam ni, baik SA balik rumah, masak Maggi campur telur. 

Confirm puas hati, tak sampai RM3 pun..kan?

Bukan nak mengata, tapi kalau nak buka kedai makan, jangan menang rupa je. Orang datang sebab nak makan, bukan nak tengok lampu fairy lights. Kalau rasa makanan tu tak sedap, at least bagi servis padu. Kalau servis pun slow macam siput tersadung, tak ke menyirap pelanggan?

Pilih Salad Pun Lama Betul Makcik Ni....

Assalamualaikum...

Kalau masuk Jaya Grocer memang akan amik masa lama..setiap satu section semua dia nak belek...kadang suami sampai call cari kat mana bini dia..kejap kejap dah hilang..baru kejap ada kat sebelah dia kan...hahaha....perangai SA ni dah berjjangkit kat Dania..dia boleh lama betul kat satu-satu section...macam dia dah ada kereta sendiri kalau bosan duduk rumah memang merayap kat mall la..kadang x beli apa pun..just jenjalan je hilangkan boring...nak study Sem 4 lambat lagi...22 July nanti...

Ni baru ni pi Jaya Grocer Seremban Prima..ka section bunga ni je kekadang 15 minit...lepas tu ke bahagian buah dan terus ke bahagian sayur....dari tempat sayur ke bahan- bahan kering dan seterusnya ke bahagian product basah...ikan, daging , ayam dan sebagainya...eh..memang lama la kalau SA dan Dania kat sini...

Jom la tnegok gambar yang Dania snap...


Geram tak? pokok2 ni murah dari nursery hoke....


Beli sejambak..Dania suka letak bunga kat bilik tido dia..kadang beli bila nak ziarah kubur Mak..


Belek..pilih...letak balik



Cari lagi....khatam dah semua dibacanya


Belek lagi...beli nya x tau lagi ni


Apa la yang susah sangat nak beli...


Beli ke tak tu?

Beli la satu...x leh beli banyak kang x makan...mudah rosak...tong sampah makannya nanti...Paling SA suka beli kat sin of course buah- buahan, sayur dan daging...SA suka beli daging premium untuk buat lauk...harga memang keras tapi SA suka sebab daging lembut dan bila masak x perlu lama..juicy2 gitu..ye SA akan beli daging potongan steak...at least mudah sebab x lama proses masaknya...

Aiskrim pun SA suka beli kat sini, banyak pilihan dari yang biasa sampai la yang luar biasa mahalnya...

Ni stok buah dah habis..salad dan sayur lain pun dah habis...Sabtu or Ahad la pergi sini...

Yeayyy...dah dapat berita gembira...SA akan work from home start 23hb-28hb...Alhamdulillah...tapi x semua dapat wfh ni...depends on head of department punya approval dan tahap terjejas tu..SA memang terjejas la..Highway KL- Seremban dan Jalan Istana tu akan tutup kan...Head kena mainkan peranan la..kena make sure semua staff terlibat follow guidelines yang ditetapkan...handphone pun must be always available...

Esok SA akan bersiaran dari rumah la ye....Syukur Alhamdulillah...

 

Kepenatan Sangat...

Assalamualaikum...

Morning korang....

Alhamdulillah  balik kerja semalam tak jammed, jalan clear maybe sebab ramai yg dah start WFH. Pagi ni pun alhamdulillah jalan clear jugak...balik petang kang x tau la macam mana...esok dapat ke wfh? Takde jawapan pasti lagi uolls...esok dh start persidangan ASEAN tu dimana delegasi dah start sampai kan..esok jugak banyak jalan akan ditutup...

Sebenarnya penat keluar rumah awal pagi...suami lagi penat sebab dia yg drive..memandangkan penat melampau x sempat SA nak masak untuk bekal..x larat dah..so hari ni kami berdua xde bekal..pandai-pandai la nak survive jap lagi...hahahahah....



Kat Bangi semalam...sini memang hari2 la macam ni...


Mama sampai, dia dapat masuk rumah...terus landing terkangkang macam ni..dah ajar dah..tido jangan terkangkang...tetap tak berubah


Anak dara ni hari- hari siapkan meja makan, panaskan lauk...susun pinggan segala..dengan dia tak dapat nak makan lambat de..lepas solat maghrib terus semua kena makan....


Pagi ni SA sampai KL pukul 6.30am...lepas solat subuh lepak mamak jap...then pi cari kuih untuk meeting. Ada meeting besar dengan Client..tapi SA x terlibat la..SA uruskan kuih muih dan air je...dengarnya dah banyak company swasta buat wfh...bila la nak dapat berita baik ni...kalau tak dapat...jenuh esok pi kerja naik MRT dari Kajang ni....balik pun sama...terpaksa suami tunggu kat Kajang...MRT ok lagi...x sanggup rasaanya naik komuter...elehhhhhh....mengada kan..dulu elok je naik bas, naik komuter pergi balik kerja...bila suami dah ada kat sini mula la semua tak boleh...mengada betul...

Wednesday, May 21, 2025

Ayam Goreng Balado Menu Bekal Hari Ini

Assalamualaikum...

Baru dapat post satu entry lagi...SA tadi makan lambat skit...macam biasa SA bawak bekal hari ni...malam semalam SA siapkan bahan nak masak pagi ni...pukul 4.15am SA bangun dan terus masak..nasi malam semalam SA dh masak...by 4.40am SA dah naik tingkat atas siap sedia nak pi kerja...

Stok sayur dah habis..so bawak ayam je la..suami pun SA bekalkan yang sama...semalam SA bawak bekal nasi goreng...esok x tau la nak bawak bekal apa plak...rasa macam nak buat mee goreng...eh..tgok la camne...kalau sempat kang SA singgah kedai beli bahan...


Ayam goreng balado, x pedas pun ..semalam nasi goreng pedas berapi..

Nasi putih beras basmati Faiza..sesenduk lebih skit


 Air lemon...Kak Mulan cakap minum lepas dh makan..so xde gastrik...


Alhamdulillah kenyang...

Semua habis...lapar la kot..padahal kul 11 sambil buat kerja, buat travel oversea boss, buat reservation lunch kat hotel apa segala sambil mengunyah roti red bean...

Kat radio dh cakap jalan sana sini jammed..Jalan Istana dan segala mak nenek lencongan dah pack ngan kereta...alaaaa...jammed la tu....SA kena naik MRT sampai ke Kajang la ni...suami amik kat situ la nampaknya kan...haihhhhh....jenuh la berdiri ni kang...dh la dh lama x naik MRT....

Esok pun kena keluar pagi macam pagi td nampaknya...

Bila la nak dapat jawapan boleh WFH ke tak ni....susah tau bila semua jalan tutup....ni baru Dry Run...blom official event lagi...Jumaat ni start dengan ketibaan all the delegasi kan....masakkkkkk.....

Tentang Sayur Nai Pak Choy

Assalamualaikum...

Memandangkan SA bz hari ni ..jom kita belajar sedikit tentang sayur Nai Pak Choy. PZ suka sangat beli sayur NPC ni...sedap..rangup dan sesuai dengan PZ sebab PZ kan ada masalah penghadaman...baru ni ada yang tanya tentang sayur NPC ni...SA mulanya x ingat nama sayur ni ye..selamba cakap sawi putih...tapi gigih tau cari kat Zemart sayur ni dan cari namanya...nahhhhh.....Nai Pak Choy namanya...so SA google la nak tau wujud ke sayur ni...so SA share kat korang ye details dan kahsiat sayur ni...

Credit all info to Google.com


Nai Pak Choy (juga dikenali sebagai "Shanghai Pak Choy" atau "Baby Bok Choy") adalah sejenis sayur daripada keluarga Brassicaceae, sama seperti sawi dan kobis. Ia sangat popular dalam masakan Asia, terutamanya Cina.

Asal Usul Nai Pak Choy:

Negara asal: China.

Ia telah ditanam sejak lebih 5,000 tahun yang lalu.

Kini ditanam secara meluas di seluruh Asia dan juga negara-negara Barat kerana popularitinya yang meningkat.


Ciri-ciri Nai Pak Choy:
  1. Berdaun hijau lembut dengan batang putih kehijauan.
  2. Lebih kecil dan lembut berbanding dengan Pak Choy biasa.
  3. Mempunyai rasa manis dan sedikit rangup bila dimasak ringan


Khasiat Nai Pak Choy:

1. Tinggi Antioksidan
Kaya dengan vitamin C dan beta-karoten yang membantu melawan radikal bebas.

2. Sumber Vitamin K
Penting untuk kesihatan tulang dan pembekuan darah.

3. Rendah Kalori
Sesuai untuk diet rendah kalori atau mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Tinggi Serat
Membantu penghadaman dan menjaga kesihatan usus.

5. Mengandungi Folat
Penting untuk wanita hamil untuk perkembangan janin yang sihat.

6. Kaya dengan Kalsium dan Zat Besi
Menyokong kekuatan tulang dan pembentukan sel darah merah.

7. Mengandungi Glukosinolat
Bahan semula jadi yang dipercayai boleh membantu mencegah kanser.



Resepi Ringkas Nai Pak Choy (Tumis Bawang Putih):

Bahan:

1 ikat Nai Pak Choy (dibersihkan & dibelah dua)
3 ulas bawang putih (diketuk/dihiris)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil sos tiram

Sedikit air
Garam & lada sulah secukup rasa


Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan Nai Pak Choy, gaul rata.
4. Masukkan sos tiram & sedikit air.
5. Masak 2–3 minit hingga layu sedikit tapi masih rangup.
6. Perasakan dengan garam & lada.
7. Siap untuk dihidang!



Cara Penyimpanan Nai Pak Choy Supaya Tahan Lama:

1. Jangan basuh sebelum simpan
Basuhan awal menyebabkan kelembapan berlebihan, yang mempercepatkan proses rosak.

2. Balut dengan tisu dapur
Balut Nai Pak Choy dengan tisu dapur kering atau kain bersih untuk menyerap kelembapan.

3. Letak dalam bekas plastik atau ziplock
Masukkan ke dalam bekas bertutup atau beg ziplock dan pastikan tidak terlalu padat.

4. Simpan dalam peti sejuk (ruang sayur)
Letak di bahagian sayur (crisper drawer). Boleh tahan 5–7 hari dengan cara ini.

5. Bekukan (jika perlu tahan lebih lama)
Blans (celur 1–2 minit dalam air panas, kemudian rendam air sejuk), toskan, keringkan, dan simpan dalam bekas kedap udara untuk dibekukan. Tahan hingga beberapa bulan.


Semoga korang semua mendapat sedikit ilmu dari perkongsian ini...to tell you the truth sayur NPC ni sangat-sangat sedap..manis jer...Jangan lupa cuba...

Good Morning....

Assalamualaikum...

Awal giler sampai KL...6.30am dah kat Brickfield...memang sengaja keluar awal sebab risau raptai Persidangan ASEAN yg melibatkan kebanyakkan jalan di KL di tutup...bukan hari ni je ye...sampai 28hb kalau x salah...jenuh la....

Sampai tadi terus lepak mamak. Mana plak nak lepak lagi kan..mamak je la yg bukak pagi-pagi...


Gelap gulita  depan kedai mamak


Kami order nescafe O tarik


Kesian dia...kena awal bangun and awal keluar hantar bini kerja...awal jugak la dia buat kerja hakiki dia...semoga dimurahkan rezeki hari ini..


Tudung x on point hari ni...SA pakai bawal Moonandstella


Lantak la di situ kan...hari ni bz..x kuasa nak layan tudung....


 Maggi goreng kurang pedas...sedikit masin..malas nak komplen...makan aje la ..


Serba x kena plak...dari tudung ke maggi...lupa nak order Lemon ais nak bawak ke office..nasib ada bawak lemon sebiji..3 hari ni nak minum air lemon pagi dan malam je...hahaha....dh addicted dengan coffee..sehari kena amik sekali at least...kalau x lagi huru hara hidup...seeba x kena nanti ..

Apapun..selamat bekerja kawan-kawan semua....yg kerja KL dapat WFH ke? 

Doa-doakan la dapat WFH ha.....

Tuesday, May 20, 2025

Hasil Make Over Ruang Tamu

Assalamualaikum...

Lupa plak nak simpan kat sini final result lepas dah gantung langsir baru hari tu...Gigih Dania dan suami tolong gantung..SA letakkan besi2 tu kat langsir...ukuran langsir ni dah ok dan boleh tahan gak lebarnya...kena pandai susun untuk nampak tak cover semuanya dan halang day curtain tu...Dania la tu susun macam tu ha..dia x nak ikat2 langsir tu...buruk katanya...

SA x tau ok ke tak gabungan warna Kelabu + Putih untuk ruang tamu SA ni..Korang rasa ok ke tak? curtain tu elok macam tu atau lebarkan sikit yang kelabu tu dan  kena tarik ke tepi macam scallop pas tu ikat gak?kalau kena ikat ingat nak beli yang magnetic tu..senang...


SA ingat nak letak bantal kecik kat sofa ni sebab nampak kosong kan..korang rasa camne?Dania x nak..nampak semak katanya...
 

Carpet letak kat tengah ni...masa beli tu nampak macam gelap skit..tapi sampai kat rumah macam cerah plak...kira ok la tu kan...


Masih ada lagi here and there nak kena tukar...slow- slow la...kan? semua sekali harung...makin botak la kepala En Suami...ehhh...hahahaha...sorry Bie..i know u read my blog everyday...ampunnnn...selamat hari raya....

Tapi...SA dah pesan kat anak bulus kesayangan     SA tu..si BROWN....Jangan cakar sofa, jangan cakar carpet...kalau mama nampak..mama hantar kat rumah bangla...buang dia...hahahaha...kejam x ayat ugutan SA tu? so far Brown x berani pun naik atas sofa or cakar carpet baru...dia duduk kat carpet lama kaler choc tu ha...berani dia cakar sofa dan carpet baru..

Menu Lunch Sabtu Yang Panas Terik

Assalamualaikum....

Sabtu lepas SA masak macam biasa..SA masak awal pukul 10.30am..sebabnya nak lepak ngan Nia tengok Disney HotStar dan Netflix..masak simple2 je sebenarnya...sekali dah sudah masak tengok whatsaap, adik bongsu dah on the way balik...laaaa...xde plak lauk untuk anak-anak...then PZ pi kedai beli drumstick ayam...

Mulanya PZ suruh masak ikan patin masak lemak cili api campur jus limau kasturi...SA cakap muak la makan santan je..buat masak tempoyak la..daun kesum ada..just xde bunga kantan je..xde bunga kantan xpe asalkan ada daun kesum buat bau...so SA masak lah Patin masak tempoyak.. kak Faizahanum ada tanya kat FB, masak tempoyak ikan patin ada letak santan x? SA x letak santan...pernah PZ buat letak santan..ok dan sedap gak tapi SA prefer x letak santan...

Meh SA share resepi sekali bawah gambar tu..SA ikut resepi orang Temerloh..



Resepi Patin Masak Tempoyak Temerloh

Bahan Bahan
1 ekor ikan patin
2 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api |nak pedas tambah lagiGer
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
 
CARA MEMASAK :
 
1. Masak Ikan Patin ikut resipi asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
 
2. Masukkan bahan -bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar dengan sedikit air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut citaraasa masing-masing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
 
3. Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Masukkan sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
 
4. Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam dan sedikit perasa. Nak letak gula skit boleh gak..
 
5. Masak Ikan Patin ikut resepi asli Temerloh Ini, lagi pekat kuah tempoyak lagi sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
 
Selamat mencuba uols, jangan lupa berkongsi masakan dengan jiran sebelah yang terbau masakan korang ye...ehhh....hahahah😆😆😆



Lauk kedua...paru goreng balado...macam tau2 je adik bongsu balik..fav dia nih...kena la dia makan..x berapa lama lagi je nak bersalin tu...


Sayur Nai Pak goreng sos tiram


 Paha ayam goreng for anak-anak...


Alhamdulillah rezeki ..banyak ikan patin tu SA masak..siap berlebih bawak sampai hari Ahad makan lauk masak tempoyak tu...lagi lama dan berkali panaskan lagi sedap rasa kuahnya..kalau suka pekat boleh ulang makan..kalau suka ceroi je kuah boleh tambah air panas...

Ada yang tanya..SA suka melayan adik beradik nak makan, suami dan PZ mintak buatkan lauk-lauk simple...ye la..SA ganti arwah Mak kan...SA yg sulung...apapun lena la SA yang masak...rasa x rugi pun belajar masak lauk pauk dari arwah mak masa mak masih ada ..walau rasa tu mungkin x sama la..kadang ok kadang x sedap..tapi selagi terdaya SA cuba la masak...PZ cakap bila mak dah xde sape lagi nak ganti..adik- adik la tumpang kasih....

Al-Fatihah buat arwah Mak...Pipah Bt Mustafa

Monday, May 19, 2025

Lambat Lunch Hari Ini

Assalamualaikum..

SA lambat lunch hari ni sebab ada meeting..nampaknya SA akan dapat boss baru x lama lagi..masih di department yang sama..tapi dapat boss lagi besar dari yg sekarang...lepas ni akan banyak la aktiviti meeting SA...tak pernah Isnin SA sibuk macam.hari ni...ni amik masa rehat jap..

Cepat2 pi panaskan bekal..hari ni bawak nasi sikit dan lauk daging goreng kicap aje..langgar pantang dah ni...24hb SA ada dating dengan doctor...sempat ke tak sempat nak clear dalam darah nanti..risau bad cholesterol tu je..walau dah start makan ubat tapi tetap la kan...dah makan baru teringat blom boleh makan daging...hahaha...

Panaskan makanan kat pantry...

Tunggu siap

Dah siap panaskan

PZ x leh makan cili kan..so semua lauk SA ada letak cili bulat2 mcm tu..so senang...nak pedas pecahkan cili dalam Pinggan masing2...x nak jangan amik...


 Nasi sesenduk lebih skit...


Alhamdulillah  dah kenyang...SA rehat kejap..
Lepas ni nak kemaskan bilik boss...dengar nya strict skit boss ni...takpe la..layankan aje..bukan x biasa kan...harap2 dia ok la...seram..dh lama xde big boss...