Wednesday, May 21, 2025

Ayam Goreng Balado Menu Bekal Hari Ini

Assalamualaikum...

Baru dapat post satu entry lagi...SA tadi makan lambat skit...macam biasa SA bawak bekal hari ni...malam semalam SA siapkan bahan nak masak pagi ni...pukul 4.15am SA bangun dan terus masak..nasi malam semalam SA dh masak...by 4.40am SA dah naik tingkat atas siap sedia nak pi kerja...

Stok sayur dah habis..so bawak ayam je la..suami pun SA bekalkan yang sama...semalam SA bawak bekal nasi goreng...esok x tau la nak bawak bekal apa plak...rasa macam nak buat mee goreng...eh..tgok la camne...kalau sempat kang SA singgah kedai beli bahan...


Ayam goreng balado, x pedas pun ..semalam nasi goreng pedas berapi..

Nasi putih beras basmati Faiza..sesenduk lebih skit


 Air lemon...Kak Mulan cakap minum lepas dh makan..so xde gastrik...


Alhamdulillah kenyang...

Semua habis...lapar la kot..padahal kul 11 sambil buat kerja, buat travel oversea boss, buat reservation lunch kat hotel apa segala sambil mengunyah roti red bean...

Kat radio dh cakap jalan sana sini jammed..Jalan Istana dan segala mak nenek lencongan dah pack ngan kereta...alaaaa...jammed la tu....SA kena naik MRT sampai ke Kajang la ni...suami amik kat situ la nampaknya kan...haihhhhh....jenuh la berdiri ni kang...dh la dh lama x naik MRT....

Esok pun kena keluar pagi macam pagi td nampaknya...

Bila la nak dapat jawapan boleh WFH ke tak ni....susah tau bila semua jalan tutup....ni baru Dry Run...blom official event lagi...Jumaat ni start dengan ketibaan all the delegasi kan....masakkkkkk.....


Tentang Sayur Nai Pak Choy

Assalamualaikum...

Memandangkan SA bz hari ni ..jom kita belajar sedikit tentang sayur Nai Pak Choy. PZ suka sangat beli sayur NPC ni...sedap..rangup dan sesuai dengan PZ sebab PZ kan ada masalah penghadaman...baru ni ada yang tanya tentang sayur NPC ni...SA mulanya x ingat nama sayur ni ye..selamba cakap sawi putih...tapi gigih tau cari kat Zemart sayur ni dan cari namanya...nahhhhh.....Nai Pak Choy namanya...so SA google la nak tau wujud ke sayur ni...so SA share kat korang ye details dan kahsiat sayur ni...

Credit all info to Google.com


Nai Pak Choy (juga dikenali sebagai "Shanghai Pak Choy" atau "Baby Bok Choy") adalah sejenis sayur daripada keluarga Brassicaceae, sama seperti sawi dan kobis. Ia sangat popular dalam masakan Asia, terutamanya Cina.

Asal Usul Nai Pak Choy:

Negara asal: China.

Ia telah ditanam sejak lebih 5,000 tahun yang lalu.

Kini ditanam secara meluas di seluruh Asia dan juga negara-negara Barat kerana popularitinya yang meningkat.


Ciri-ciri Nai Pak Choy:
  1. Berdaun hijau lembut dengan batang putih kehijauan.
  2. Lebih kecil dan lembut berbanding dengan Pak Choy biasa.
  3. Mempunyai rasa manis dan sedikit rangup bila dimasak ringan


Khasiat Nai Pak Choy:

1. Tinggi Antioksidan
Kaya dengan vitamin C dan beta-karoten yang membantu melawan radikal bebas.

2. Sumber Vitamin K
Penting untuk kesihatan tulang dan pembekuan darah.

3. Rendah Kalori
Sesuai untuk diet rendah kalori atau mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Tinggi Serat
Membantu penghadaman dan menjaga kesihatan usus.

5. Mengandungi Folat
Penting untuk wanita hamil untuk perkembangan janin yang sihat.

6. Kaya dengan Kalsium dan Zat Besi
Menyokong kekuatan tulang dan pembentukan sel darah merah.

7. Mengandungi Glukosinolat
Bahan semula jadi yang dipercayai boleh membantu mencegah kanser.



Resepi Ringkas Nai Pak Choy (Tumis Bawang Putih):

Bahan:

1 ikat Nai Pak Choy (dibersihkan & dibelah dua)
3 ulas bawang putih (diketuk/dihiris)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil sos tiram

Sedikit air
Garam & lada sulah secukup rasa


Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan Nai Pak Choy, gaul rata.
4. Masukkan sos tiram & sedikit air.
5. Masak 2–3 minit hingga layu sedikit tapi masih rangup.
6. Perasakan dengan garam & lada.
7. Siap untuk dihidang!



Cara Penyimpanan Nai Pak Choy Supaya Tahan Lama:

1. Jangan basuh sebelum simpan
Basuhan awal menyebabkan kelembapan berlebihan, yang mempercepatkan proses rosak.

2. Balut dengan tisu dapur
Balut Nai Pak Choy dengan tisu dapur kering atau kain bersih untuk menyerap kelembapan.

3. Letak dalam bekas plastik atau ziplock
Masukkan ke dalam bekas bertutup atau beg ziplock dan pastikan tidak terlalu padat.

4. Simpan dalam peti sejuk (ruang sayur)
Letak di bahagian sayur (crisper drawer). Boleh tahan 5–7 hari dengan cara ini.

5. Bekukan (jika perlu tahan lebih lama)
Blans (celur 1–2 minit dalam air panas, kemudian rendam air sejuk), toskan, keringkan, dan simpan dalam bekas kedap udara untuk dibekukan. Tahan hingga beberapa bulan.


Semoga korang semua mendapat sedikit ilmu dari perkongsian ini...to tell you the truth sayur NPC ni sangat-sangat sedap..manis jer...Jangan lupa cuba...


Good Morning....

Assalamualaikum...

Awal giler sampai KL...6.30am dah kat Brickfield...memang sengaja keluar awal sebab risau raptai Persidangan ASEAN yg melibatkan kebanyakkan jalan di KL di tutup...bukan hari ni je ye...sampai 28hb kalau x salah...jenuh la....

Sampai tadi terus lepak mamak. Mana plak nak lepak lagi kan..mamak je la yg bukak pagi-pagi...


Gelap gulita  depan kedai mamak


Kami order nescafe O tarik


Kesian dia...kena awal bangun and awal keluar hantar bini kerja...awal jugak la dia buat kerja hakiki dia...semoga dimurahkan rezeki hari ini..


Tudung x on point hari ni...SA pakai bawal Moonandstella


Lantak la di situ kan...hari ni bz..x kuasa nak layan tudung....


 Maggi goreng kurang pedas...sedikit masin..malas nak komplen...makan aje la ..


Serba x kena plak...dari tudung ke maggi...lupa nak order Lemon ais nak bawak ke office..nasib ada bawak lemon sebiji..3 hari ni nak minum air lemon pagi dan malam je...hahaha....dh addicted dengan coffee..sehari kena amik sekali at least...kalau x lagi huru hara hidup...seeba x kena nanti ..

Apapun..selamat bekerja kawan-kawan semua....yg kerja KL dapat WFH ke? 

Doa-doakan la dapat WFH ha.....


Tuesday, May 20, 2025

Hasil Make Over Ruang Tamu

Assalamualaikum...

Lupa plak nak simpan kat sini final result lepas dah gantung langsir baru hari tu...Gigih Dania dan suami tolong gantung..SA letakkan besi2 tu kat langsir...ukuran langsir ni dah ok dan boleh tahan gak lebarnya...kena pandai susun untuk nampak tak cover semuanya dan halang day curtain tu...Dania la tu susun macam tu ha..dia x nak ikat2 langsir tu...buruk katanya...

SA x tau ok ke tak gabungan warna Kelabu + Putih untuk ruang tamu SA ni..Korang rasa ok ke tak? curtain tu elok macam tu atau lebarkan sikit yang kelabu tu dan  kena tarik ke tepi macam scallop pas tu ikat gak?kalau kena ikat ingat nak beli yang magnetic tu..senang...


SA ingat nak letak bantal kecik kat sofa ni sebab nampak kosong kan..korang rasa camne?Dania x nak..nampak semak katanya...
 

Carpet letak kat tengah ni...masa beli tu nampak macam gelap skit..tapi sampai kat rumah macam cerah plak...kira ok la tu kan...


Masih ada lagi here and there nak kena tukar...slow- slow la...kan? semua sekali harung...makin botak la kepala En Suami...ehhh...hahahaha...sorry Bie..i know u read my blog everyday...ampunnnn...selamat hari raya....

Tapi...SA dah pesan kat anak bulus kesayangan     SA tu..si BROWN....Jangan cakar sofa, jangan cakar carpet...kalau mama nampak..mama hantar kat rumah bangla...buang dia...hahahaha...kejam x ayat ugutan SA tu? so far Brown x berani pun naik atas sofa or cakar carpet baru...dia duduk kat carpet lama kaler choc tu ha...berani dia cakar sofa dan carpet baru..


Menu Lunch Sabtu Yang Panas Terik

Assalamualaikum....

Sabtu lepas SA masak macam biasa..SA masak awal pukul 10.30am..sebabnya nak lepak ngan Nia tengok Disney HotStar dan Netflix..masak simple2 je sebenarnya...sekali dah sudah masak tengok whatsaap, adik bongsu dah on the way balik...laaaa...xde plak lauk untuk anak-anak...then PZ pi kedai beli drumstick ayam...

Mulanya PZ suruh masak ikan patin masak lemak cili api campur jus limau kasturi...SA cakap muak la makan santan je..buat masak tempoyak la..daun kesum ada..just xde bunga kantan je..xde bunga kantan xpe asalkan ada daun kesum buat bau...so SA masak lah Patin masak tempoyak.. kak Faizahanum ada tanya kat FB, masak tempoyak ikan patin ada letak santan x? SA x letak santan...pernah PZ buat letak santan..ok dan sedap gak tapi SA prefer x letak santan...

Meh SA share resepi sekali bawah gambar tu..SA ikut resepi orang Temerloh..



Resepi Patin Masak Tempoyak Temerloh

Bahan Bahan
1 ekor ikan patin
2 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api |nak pedas tambah lagiGer
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
 
CARA MEMASAK :
 
1. Masak Ikan Patin ikut resipi asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
 
2. Masukkan bahan -bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar dengan sedikit air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut citaraasa masing-masing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
 
3. Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Masukkan sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
 
4. Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam dan sedikit perasa. Nak letak gula skit boleh gak..
 
5. Masak Ikan Patin ikut resepi asli Temerloh Ini, lagi pekat kuah tempoyak lagi sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
 
Selamat mencuba uols, jangan lupa berkongsi masakan dengan jiran sebelah yang terbau masakan korang ye...ehhh....hahahah😆😆😆



Lauk kedua...paru goreng balado...macam tau2 je adik bongsu balik..fav dia nih...kena la dia makan..x berapa lama lagi je nak bersalin tu...


Sayur Nai Pak goreng sos tiram


 Paha ayam goreng for anak-anak...


Alhamdulillah rezeki ..banyak ikan patin tu SA masak..siap berlebih bawak sampai hari Ahad makan lauk masak tempoyak tu...lagi lama dan berkali panaskan lagi sedap rasa kuahnya..kalau suka pekat boleh ulang makan..kalau suka ceroi je kuah boleh tambah air panas...

Ada yang tanya..SA suka melayan adik beradik nak makan, suami dan PZ mintak buatkan lauk-lauk simple...ye la..SA ganti arwah Mak kan...SA yg sulung...apapun lena la SA yang masak...rasa x rugi pun belajar masak lauk pauk dari arwah mak masa mak masih ada ..walau rasa tu mungkin x sama la..kadang ok kadang x sedap..tapi selagi terdaya SA cuba la masak...PZ cakap bila mak dah xde sape lagi nak ganti..adik- adik la tumpang kasih....

Al-Fatihah buat arwah Mak...Pipah Bt Mustafa


Monday, May 19, 2025

Lambat Lunch Hari Ini

Assalamualaikum..

SA lambat lunch hari ni sebab ada meeting..nampaknya SA akan dapat boss baru x lama lagi..masih di department yang sama..tapi dapat boss lagi besar dari yg sekarang...lepas ni akan banyak la aktiviti meeting SA...tak pernah Isnin SA sibuk macam.hari ni...ni amik masa rehat jap..

Cepat2 pi panaskan bekal..hari ni bawak nasi sikit dan lauk daging goreng kicap aje..langgar pantang dah ni...24hb SA ada dating dengan doctor...sempat ke tak sempat nak clear dalam darah nanti..risau bad cholesterol tu je..walau dah start makan ubat tapi tetap la kan...dah makan baru teringat blom boleh makan daging...hahaha...

Panaskan makanan kat pantry...

Tunggu siap

Dah siap panaskan

PZ x leh makan cili kan..so semua lauk SA ada letak cili bulat2 mcm tu..so senang...nak pedas pecahkan cili dalam Pinggan masing2...x nak jangan amik...


 Nasi sesenduk lebih skit...


Alhamdulillah  dah kenyang...SA rehat kejap..
Lepas ni nak kemaskan bilik boss...dengar nya strict skit boss ni...takpe la..layankan aje..bukan x biasa kan...harap2 dia ok la...seram..dh lama xde big boss...


Misi Tiramisu CBTL GAGAL!!

Assalamualaikum...

Misi Laksa gagal, tunggu suami balik kerja terus ajak misi Tiramisu CBTL yang viral tu....punnnnn GAGAL ye...sold out Tiramisu tu...sedih tul....staff kaunter tu cakap, Tiramisu ada stock up setiap pukul 10am setiap hati tapi by 10.30am habisss....tanya boleh booked ke? x boleh katanya...so pagi- pagi kul 9.30am kena beratur dah beli...memang tak la jawabnya..dia ingat kita xe kerja lain nak beratur awal macam tu...takpe la dik...akak cari la tiramisu keluaran lain...tunggu la dah x viral nanti...

Sudahnya kami anak bernak mengopi dan makan jer la apa yang ada...saje nak lepak- lepak..PZ plak kebetulan xde kat rumah..pi kenduri...dalam kul 8 lebih kami kat CBTL Centre Point ni sampai la kul 9 lebih...balik jer PZ dah ada kat rumah dah...


Tukang pencadang dan tukang menyokong..SA pi cari tempat duduk kat tingkat atas...ramainya orang kat atas..kebanyakkan student la...




Lemon Blueberry Tart


Chocolate Espresso Cheesecake


Black Forest Mocha...lupa nak rasa


Hazelnut Latte share ngan suami, dia bleh order small plak...






Collect 5 stamp untuk redeem jelly bag RM5.50..aduhai sampai 26 June je plak tu campaign ni...


Comel bag tu...rasa berkenan plak


 


Total damage : RM74

Lepak sini sebab reward Dania...dia bosan duduk rumah , masih x dapat kerja...tinggal 2 bulan jer lagi cuti..hari ni kot dia nak cuba cari kerja lagi...nak tau x apa jadi malam SA minum kopi ni? SA x leh tido sampai 2am uolls....penangan minum kopi, makan cheesecake...Dania plak kul 3am baru tido katanya...sabar jerla...jenuh uolls....suami?? dia sedap berkeruh kat sebelah SA sampai x sedar...hahahaha...

Selepas Cendol Kami Ke Nursery

Assalamualaikum...

Happy Monday uolls..selamat bekerja...SA awal sampai office hari ni...

Macam yang semua dah tau di previous entry kan..SA, Lissa dan Dania terus ke nursery belakang Petronas Ampangan tu..kami nak cari pokok baru untuk kubur arwah mak, gantikan pokok sedia ada sebab dah mati..nak tanam pun blom boleh tanam baru sebab cuaca panas kan...so beli dulu la pokoknya..ada masa nanti baru tanam....

Macam biasa la kalau dah masuk nursery kan..memang rambang ka mata...SA memang tengah cari pokok untuk letak kat office..tapi itu nanti dulu la..focus kan kat pokok untuk kubur MP dulu....


Teruja masuk sini...banyaknya pokok bunga cantik-cantik...


Dua beradik ni kalau masuk sini memang la lama...lebih pada tengok pokok bubga dan lari dari tujuan asal



Selfie is a must


Lissa masih blom elok dari Thyroid..sebab tu dia kurus..


Cap ibu dan anak


Tinggi nau la minah ni


Dania melayan Mak Yang dia posing2





Ada jugak jual anak pokok cili, bendi, ketumbar jawa dan macam-macam lagi..


SA nak beli money plant ni nak letak kat office..nanti la beli...




Pekerja cakap sepokok RM10, sampai kat depan kat tokey yang sejenis tu 2 pack RM25...total 4 pokok RM45...beli aje la...


Yang no 2 pokok


Cantik plak yg ni...


Keladi hijau putih tu pun SA berkenan


 Ni pokok apa ntah...

Pokok dh beli...tanamnya x tau bila..cuaca panas..kang main tanam aje mati plak..kan?

So letak dulu kat rumah...hujung minggu ni kot baru kita tanam..nak keluarkan dulu batu2 halus dari atas kubur tu...eh..banyak la kerjanya pun...sabar dulu la nampaknya...SA ingat boleh terus tanam..x boleh rupanyaa.....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah