Thursday, May 22, 2025

Bila Kedai Makan Nampak Menarik Tapi..Mengecewakan...

Assalamualaikum..


Baru-baru ini, xde la baru sangat...bulan lepas masa rumah tengah kelam kabut nak cat dan makeover tu... SA bawak PZ dan suami cuba makan di sebuah kedai makan baru yang kelihatan gah dari luar, pencahayaan cantik, dan boleh tahan la ramai pelanggan. Dari luar, memang nampak menjanjikan suatu pengalaman yang best ni. SA fikir, “mesti sedap ni, tak sabar nak cuba.” Tapi rupa-rupanya, pengalaman yang SA dapat jauh dari apa yang SA harapkan.

Mula-mula...ambil masa 15 minit hanya untuk hantar buku menu dan ambil pesanan. Selepas tunggu hampir 30 minit, barulah makanan sampai. Sudahlah lambat, makanan pula…hampa. Rasa biasa-biasa sahaja, tak sepadan dengan persembahan yang “overrated”. Portion kecil, rasa tawar, dan tak cukup panas...nasi plak berderai x cukup air ye...PZ dah tarik muka tapi SA ckp takpe..sabar..masih boleh makan ni...diorang lambat sebab baru je kedai ni buka kan...



Telur bungkus takde rasa..banyak yang x cukup kata suami..SA buat lagi best...kata suami la...


Daging masak merah..sikit je portion


Sup ekor..boleh la so-so je


Paprik sotong guna sotong ring tu je...ermm...

 

Paling mengejutkan bab harga. Untuk tiga orang makan, bil hampir RM80. Mungkin kalau makanan dan servis memuaskan, harga itu boleh diterima. Tapi bila semua aspek mengecewakan, terasa seperti duit dibuang begitu aje.. SA rasa x best sebab suami dan PZ tak enjoy makan...tak habis pun lauk pauk tu sebab memang x boleh nak habiskan...selera kita bukan la boleh dipaksa- paksa kan...


SA terfikir la..adil ke untuk pelanggan yang sanggup keluarkan duit, tapi tak dapat pengalaman makan yang setimpal? Bukankah sebagai peniaga, tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk ‘jual makanan’, tetapi juga untuk beri pengalaman yang baik?

Bila pelanggan bayar mahal, mereka tak hanya bayar untuk makanan. Mereka bayar untuk masa, layanan, suasana, dan kepuasan. Bila semua itu tak diberi dengan baik, rasanya tak salah kalau pelanggan rasa kecewa dan buat keputusan tak datang lagi...

Harap peniaga kedai makan lebih peka. Reputasi bukan pada hiasan kedai sahaja, tapi pada rasa, servis, dan kejujuran.

Correct me if i'm wrong...

Kedai mana ni?

Takpe la..biarlah jadi rahsia dan biar SA, suami dan PZ je yang melalui pengalaman ni...bukan x nak letak gambar kedai apa semua..tapi x nak nanti dituduh lagi nak tutup rezeki orang...kebanyakkan orang meniaga ni maaf cakap tak boleh terima rungutan atau complaint. Sedangkan teguran atau rungutan tu selalunya untuk kebaikkan dan boleh diorang guna untuk penambahbaikkan kedai diorang, tapi SA serik kot...serik bila diorang google dan baca entry dari blog SA, terus SA kena maki hamun kat messenger la..kat email la, siap nak saman la, pulang balik duit pas tu cakap jangan jejak lagi la kedai dia..SA x nak macam tu...tapi kalau adik beradik atau kawan- kawan terdekat ada tanya sedap ke tak sedap kedai makan baru tu...SA akan jawab terus terang...

Serius, SA tak marah. SA cuma keliru. Ini ke yang orang kata “worth it”? Kalau macam ni, baik SA balik rumah, masak Maggi campur telur. 

Confirm puas hati, tak sampai RM3 pun..kan?

Bukan nak mengata, tapi kalau nak buka kedai makan, jangan menang rupa je. Orang datang sebab nak makan, bukan nak tengok lampu fairy lights. Kalau rasa makanan tu tak sedap, at least bagi servis padu. Kalau servis pun slow macam siput tersadung, tak ke menyirap pelanggan?

4 comments:

  1. ada sesetengah kedai ada sediakan kertas komen untuk para pelanggan akan letakkan komen mereka supaya mereka dapat perbaiki restoran mereka di masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. memang kat msia ni, kedai2 or seller memang tak leh terima komplen....sure sibuk nak saman la apa la

    ReplyDelete
  3. Paling tak suka bila dapat sotong ring. Hilang terus rasa mood mahal

    ReplyDelete
  4. Sedih bila dapat makanan kurang sedap kan. Kita memang akan tetap makan. Terima rezeki ketika itu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......