Assalamualaikum...
Semalam sebenarnya SA MC , sebab tu entry blog semalam ada 1 je...SA ada kat office tapi tiba-tiba SA diserang Anxiety dan Hypertensive Urgency...apa benda tu? SA tiba-tiba anxiety attack dan panic membuatkan SA nyer tekanan darah tinggi mendadak naik..bacaan semalam 185/118, terus doctor tenangkan SA, ajak borak, cerita la pengalaman dan sejarah tekanan darah tinggi. Sebenarnya SA x pernah ada anxiety tp semalam adalah pertama kali SA kena dalam keadaan SA sihat..SA xde rasa sakit kepala ke..sakit dada ke...SA memang dalam keadaan sihat...tiba-tiba je dan nasib SA baik sebab team SA ada dan diorang cepat2 hantar SA ke klinik..urusan pendaftaran semua diorang uruskan..terima kasih Aini dan Fadhilah...kalau diorang xde x tau apa jadi kat SA ..semalam doc suspect SA hampir kena serangan stroke dan jantung so buat ECG time tu jugak..alhamdulillah..result semua normal...pelik kan? Tiba-tiba je kena serangan hypertensive urgency ni...
Semalam dan hari ni SA rehat aje...PZ risau sangat keadaaan SA...so SA hanya berehat, x dibenarkan buat apa pun kerja...Dania yg tolong PZ masak...
Ikan cencaru goreng kunyit bawang putih
Sup ayam ..
Alhamdulillah..
Tekanan darah SA dah back to normal..pagi tadi 150/93 dan baru kejap ni SA check 127/78..alhamdulillah..harap-harap kekal la macam tu...
SA pelik sebab masa kena serangan tu SA sedang buat kerja kat laptop..tiba2 rasa macam darah ni naik sampai ke muka, easa kebas, silau dan rasa macam seram sejuk...SA tengok tangan dan jari jemari SA menggigil kencang...SA jadi panik terus mintak tolong team SA yang kebetulan ada.Nasib tindakan SA cepat..kalau masih tunggu x tau la apa yang akan jadi....
Isnin nanti kalau SA masih x ok..SA nak amik cuti la..bukan apa..SA ni maybe kurang rehat dan penat travel hari-hari kan...
Ni pun SA baring kat bilik dan nak tido...tutup semua benda yang boleh buat silau..bergelap dalam bilik..cuaca plak sejuk...harap2 SA ok dan sihat semula...x pernah SA kena macam ni...
bahaya Anxiety ni.... tak boleh ke tempat yang crowded sangat
ReplyDeleteergh syeram, takmahu terjadi lagi kakSA. semoga lekas sembuh okey.
ReplyDeletecukuplah sekali kita kena, seriknya. tapi tu la taktau bila akan diserang lagi, sebab tiba-tiba je datang.
mungkin kakSA kena rehat secukupnya.
Allahuakhbar kak. Nasib baik takde apa2 yang serius. Banyakkan berehat kak. Semoga baik2 je untuk akak.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh SA.. pelik jugak sebab takde apa benda yg triggered pun, tiba2 je boleh kena serang ya
ReplyDeleteScary sgt baca SA tulis ni..take care.shafakillah
ReplyDeleteAllah, terkejut baca ni SA ...
ReplyDeleteSemoga baik² saja and take care tau
Allahuakbar. Seram pulak saya. Saya rasa akak tak cukup rehat ni sebab haritu seharian akak sibuk kan. Rehat secukupnya kak. Mana tak risau Pak Zain tu. Mesti risau punya. Take care kak, semoga semuanya baik-baik.
ReplyDeleteRest yer SA. Umur2 kita skrg ni mmg kadang kita x sedar benda mcm tu dtg menyerang sedangkan kita rasa kita ok. Ibu pun Isnin & Selasa yg lepas MC sbb kena Migrain Attack. Last kena bln 3 hari tu. Hurmmm maybe sbb bnyk memikirkan hal kerja agaknya.
ReplyDelete