Assalamualaikum..
Hi korang
Pagi ni terasa istimewa sebab kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68. Suasana pagi tenang, udara pun rasa segar. Walaupun tak ada perarakan depan mata, tapi pagi ni tetap rasa meriah dengan bau kopi dan aroma masakan dari dapur.
Menu sarapan pun tak kalah hebat! Sambil sarapan sambil tengok siaran langsung perarakan di TV1. Kalau arwah Mak ada..arwah pun akan lepak depan tv tengok perarakan...rindunya SA pada Arwah Mak Pah...
Menu sarapan SA sekeluarga hari ini..
Nasi Goreng Kampung – Simple tapi cukup untuk buat perut kenyang, ada rasa pedas-pedas sikit yang menyegarkan mata mengantuk.
Kari Kambing – Special daripada PZ, dibawa balik dari surau malam tadi. Kari pekat, daging empuk… memang tak cukup sepinggan!
Buah Anggur Muscat – Manis dan juicy, jadi penamat mulut yang sempurna lepas makan berat.
Kopi 434 – Peneman setia, aromanya pekat, sempurna untuk mulakan hari penuh semangat.
Gambar kopi xde plak ..
Rasa bersyukur sangat dapat nikmati pagi macam ni. sarapan sedap, suasana damai, keluarga tersayang ada di sisi. Hari Kemerdekaan ni bukan sekadar cuti umum, tapi juga peluang untuk hargai nikmat sederhana dalam hidup.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, semoga negara kita terus aman, maju, dan diberkati. ❤️
Nasi goreng letak ikan bilis memang sedappp .. lengkapp
ReplyDeleteselamat menyambut hari kemerdekaan ke 68.. wah, kaaaari kambing.. ka tu panjang nak tunjuk sedap hihi my feveret..
ReplyDeletepg td MZ masak nasi lemak!
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka SA!. Cantiknya buah anggur tu.....berkilat.
ReplyDeleteHari ni cuaca elok, nyaman je.. takde panas dan hujan.
ReplyDeletePag 31hb pastinya duduk depan TV jika tiada aktiviti luar.
Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Cie pagi tadi sarapan di kedai terus pi sambutan kat dataran.
ReplyDeleteAiiiih nasgor kampung itu fav sayaaaa kak. Kalo sedang ke Malaysia, dan ada liat nasgorkam, pasti saya beli 😄. Asal jangan terlalu Masin ikan bilisnya Krn pernah juga dpt yg asiiiiin sangaaaat. Sampai tak termakan . Beli di KLIA waktu itu
ReplyDelete