Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, SA berpeluang menjadi salah seorang pemenang dalam giveaway Mencari Saham Akhirat yang dianjurkan oleh Kak Notie. Dalam senarai pemenang, SA terpilih sebagai pemenang ke-9 dan hadiah yang diterima sangat bermakna, iaitu sepasang telekung Siti Khadijah berwarna putih.
Telekung putih ini benar-benar memberi kegembiraan buat SA kerana sebelum ini koleksi telekung SA terdiri daripada pelbagai warna, namun SA belum memiliki telekung putih yang tampak begitu suci dan bersih. Kehadirannya melengkapkan koleksi yang sedia ada, malah menambahkan rasa syukur kerana diberi rezeki yang tidak disangka.
Sulam kerawang cantik
size bahagian muka ngam- ngam dan x longgar x ketat ikut bentuk muka SA
Cantik sangat ni...
Tak sarat dengan corak dan kain sejuk selesa..
SA ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kak Notie atas usaha beliau menganjurkan giveaway ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan menjadikan usaha kecil ini sebagai saham akhirat yang berterusan. Insya-Allah.
Hadiah ini juga mengingatkan SA bahawa setiap rezeki, besar atau kecil, adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Semoga kita semua sentiasa istiqamah menjaga solat dan menjadikan setiap helaian telekung yang dipakai sebagai saksi kecintaan kita kepada Allah SWT.
Sayang Kak Notie Ketat2....
Alhamdulillah. Suka ahkak tenguk semuanya gembira dengan pilihan yang akak beri. Cayang SA juga muah muah muah. Ahkak hepey bila tenguk orang lain hepey.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah..
ReplyDeletetahniah dpt telekung siti khadijah..kita ada juga 1 pasang telekung siti khadijah hasil menang contest
ReplyDelete