Sunday, October 12, 2025

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni, Menjejak Sejarah Di KotaJail Johor Bahru Part 2

Assalamualaikum...

Lepas dah melawat bilik-bilik atau sel-sel penjara, dengan cuba menutup pintu salah satu sel penjara yg memang besi padu, giler berat pintu sel tu....confirm banduan yang kena penjara susah nak melarikan diri..dinding-dinding penjara pun banyak lukisan dan ayat2 yang diukir oleh banduan..ada yang kelakar...ada yang menyentuh hati...

Lepas tu kami bertiga keluar ke bahagian luar pula dimana disitu tempat mandi banduan-banduan semua..kami baca penerangan yang disediakan...bukanboleh mandi macam kita orang biasa ye...ada limit yang ditetapkan... Kiraan 1-4 hanya untuk sabun seluruh badan dan kiraan 5-10 adalah untuk bilas atau mandi...jenuh uiii....


Ini kolamnya



Salah satu sel yang dijadikan bilik pameran..







Bilik pameran jenis-jenis banduan


Banduan di bezakan melalui warna -warna baju..






Pameran barang-barang yang dirampas dari banduan...





Props pameran banduanbyang dikenakan hukuman sebatan


Masa ni la yang SA tengok audio visual banduan yang dikenakan hukuman rotan...jantung SA beedegup kencang dan SA x tunggu lama..Dania dan Suami kat luar x berani nak tengok



 

Lepas tu kami pun keluar dan gerak nak balik...x semua tempat la kami tengok...kalau ada tempat yang dijatuhkan hukuman mati..memang x la SA nak pergi tengok..walau ada audio visual pun..Part tu SA x berani tengok...seram uiii....tapi memang terbayang-bayang la lepas tu..2-3 hari gak SA terbayang-,bayang...

SA share kat sini ye..info-info yang patut korang tau dan titik beratkan kalau nak melawat Kota Jail JB ni...

Alamat Penjara: Jalan Ayer Molek, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor. 

Waktu Operasi Setiap hari : 10 pagi hingga 10 malam. 

Harga Tiket / Galeri: 
Masuk ke laman kawasan Kota Jail adalah percuma.

Galeri Penjara Ayer Molek ada caj: RM5 untuk rakyat Malaysia, RM10 untuk pelancong asing. 

Masa yang disyorkan untuk lawatan santai + makan + lawat galeri, bajet masa dalam  1.5 hingga 2 jam. Kalau ikut minat boleh lama sikit.

Apa Perlu Bawa / Pakaian:
Kasut selesa kerana ada bahagian lantai tak rata / lorong gelap. Pakaian elok jenis cotton sebab cuaca sedikit panas. Bawa botol air, topi/sapu tangan jika panas. Kamera/telefon yang ada flash bagus untuk ambil gambar dalam ruang yang kurang cahaya.

Keselamatan & Kemudahan
Ada papan tanda amaran tentang lantai tidak rata, bahagian yang pencahayaan rendah dan kawasan yang dibatasi. Bawa sedikit wang tunai kalau nak beli makanan/kraf sebab tak semua vendor mungkin terima kad debit atau credit

Apa yang Boleh Diperbaiki / Harapan SA

Lebih banyak penerangan & penceritaan melalui pemandu tour daripada staf atau sukarelawan supaya pengunjung dapat lebih mendalami sejarah & kisah sebenar banduan.

Penambahbaikan kemudahan seperti tandas, kemudahan surau, tempat rehat, pencahayaan di lorong-lorong semasa malam. 

Lebih banyak event berkala seperti workshop seni, persembahan budaya, pop-up tematik supaya pengunjung ada alasan untuk datang selalu, bukan sekali sahaja.

Lawatan ke Kota Jail sangat berbaloi kalau korang suka sejarah, seni, suasana berbeza dari pusat beli-belah biasa. Ia menggabungkan elemen pendidikan, keinsafan, kreativiti dan santai  sesuai untuk keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa yang mahu menerokai sesuatu yang baru dalam JB.

Kalau korang ada planning ke Johor Bahru, jangan lepaskan peluang singgah di Kota Jail. Bawa kamera, hati terbuka, dan nikmati gabungan masa lalu & masa kini. Elok juga bawak anak-anak supaya mereka terdedah dengan situasi sebenar sebuah penjara. Masa SA melawat hari tu ramai juga family yang bawak anak-anak dan terangkan tentang penjara pada anak-anak mereka..Si ayah siap cakap..kalau buat jahat..disini la orang jahat akan di kurung dan dihukum...

Kami x terus balik Seremban...lepas lawatan ke Kota Jail ni..kami cari tempat untuk  lunch....

SA citer next entry ye..

5 comments:

  1. Wow! Satu pengalaman yang baru buat SA sekeluarga melawat penjara, kak ana rasanya tak berani kut SA , lemah semangat gak kakak SA nih huhu :)

    ReplyDelete
  2. Seramnya tengok posisi sebatan tu. Sakit gila tu sampai luka kulit.....

    ReplyDelete
  3. MZ tak berani la nak visit tmpt2 gini...lemah semangat hehehh

    ReplyDelete
  4. Cie pernah melawat situ dulu masa belajar kat JB. Tengok la rotan yang guna untuk sebat tu. Ingatkan rotan biasa macam kat sekolah dulu2 tu rupanya lain. Bagus melawat penjara ni buat kita sedar yang jenayah ni salah disisi undang2 & akan dihukum.

    ReplyDelete
  5. Belum pernah lagi singgah Kota Jail ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......