Sunday, November 2, 2025

Semoga Dipermudahkan Buat Abang Bahari Tamid...


Assalamualaikum...

Jumaat lepas SA melawat kawan office iaitu Abang Bahari Tamid atau lebih mesra dipanggil Abang Baha...tak tau apa masalah kesihatannya, bermula dengan x sedap badan..muntah-muntah, warded lepas tu kena sawan dan terus masuk ICU, Dah buat CT Scan, MRI, dan macam-macam procedure, masih x tau apa masalah Abang Baha, beliau masih x sedar selepas ditidurkan..beberapa hari dalam ICU dan sekarang dh dipindahkan ke ward biasa...masa SA pergi Jumaat hari tu dia nak buat last procedure iaitu ambil air tulang belakang untuk tahu apa masalah sebenar beliau ...







Harap-harap ada jawapan tentang penyakit Abang Baha...semua procedure yang di buat sebelum ni result semua x menunjukkan beliau mengalami masalah kesihatan..semua result cantik...pelik kan?


 

Semoga dipermudahkan buat Abang Baha, semoga keluarga beliau tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..Insyaallah Abang Baha kuat semangat...

Solat hajat dan bacaan yassin pun dah dibuat..semoga allah tunjukkan punca kepada segala permasalahan Abang Baha...

SA nak pergi melawat sorang lagi staff Malakoff yang menghidap cancer dan sekarang berada dan menerima rawatan di di Institut Kanser Negara..SA masih belum dapat apa-apa update lagi...tak tau samada boleh melawat atau tidak..staff wanita ni sama department dengan suami Puan Hazel iaitu En H. 

Harap-harap dah boleh melawat dah..walau SA x rapat tapi fardhu kifayyah kan...sekurang-kurangnya dapat berikan kata semangat dan gembirakan beliau...

SA sedih sangat...lately ni banyak cerita-cerita sedih sampai ke telinga SA dan buat SA terus diserang anxiety....

Asam Pedas Ikan Kembung, Terung Sambal, Sambal Belacan Dan Ulam Petai Lauk Lunch Hari Ini..

Assalamualaikum...

Settle dah masak untuk tengahari ni....awal SA masak macam biasa ..petang nak bermalas-malasan...nak tido siang....hahaha....x tau la dapat ke tak...bukan main berangan ha...kain baju ada yang nak dilipat...semalam x basuh baju sebab SA keluar dengan Dania dan Adik SA si Lisa ..saje healing-healing....itu SA citer entry lain nanti...

Jom tengok apa SA masak

Asam pedas ikan kembung...punya banyak stok ikan kembung..SA masak je separuh...tapi pedas giler la plak sebab cili kering SA beli tu pedas...dah pesan ngan PZ jangan makan kuah...makan ikan dia je...

Buat jugak sambal terung..nasib x buduk terung tu..SA beli sebiji panjang kat Jaya Grocer...baru ingat ada beli...

Sambal belacan macam biasa ..


 Ulam petai...x tau la jalan ke tak ulam ni..sebab x semua makan..SA jumpa dalam fridge .ada 3 keping besar2...terus SA kupas aje...kalau x laku nanti beli udang lepas tu SA buat sambal udang je ke...


Dah siap telur dadar


Dania mintak telur dadar...

Nak makan kang la baru goreng..telur dadar buat panas2 baru sedap..kang dh sejuk x sedap dh...telur dadar punya combination sedang elok la tu dengan asam pedas ikan kembung...kan?

Korang masak apa?

Ke tak masak dan makan di luar...nanti SA jengah rumah korang ye....slowly SA blogwalking...

Bila Mati Rasa...

Credit gambar dari FB


"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.

Dia tak mengamuk.

Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.

Dia cuma diam…

Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."

Dia tak balas.

Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.

Bila kau tipu dia, dia senyum.

Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.

Tapi dalam diam tu…

dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.

Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.

Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.

Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.

Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.

Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.

Tanpa drama.

Tanpa babak air mata.

Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…

Dah tak tanya makan apa.

Dah tak tegur bila kau online tengah malam.

Dah tak risau bila kau hilang…


Waktu tu baru kau tahu…


Kau tak kehilangan kawan..

Kau kehilangan tempat paling selamat yang pernah wujud dalam hidup kau.

Dia bukan sempurna.

Tapi dia jujur.

Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…

bukan marah yang tinggal.

Tapi jarak.

Dan jarak tu…

Tak ada siapa boleh isi balik.

Sebab bila dia pilih untuk pergi…

itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.

Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…Akhirnya jadi orang yang paling jauh.

Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…

Bukan bila seseorang itu mati.

Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…

Tiba-tiba diam.

Dan kau tahu dalam hati…

Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.


Kredit: Penulis asal

Cantik Kejadian Bihun Goreng Hari Ini...

Assalamualaikum....

Sarapan pagi Ahad, SA buat bihun goreng...huat 2 keping pun banyak...maybe sekali ngan rencah kot tu yang nampak banyak..sayur xde dalam fridge..ada pun bok choy 2 pokok dan kobis panjang je...ada tauge skit...ah lebur kan aje la...janji ada sayur..biasa SA letak sawi...

Alhamdulillah  kejadian bihun goreng hari ni cantik..rupanya 2 keping tu je dh cukup untuk kami 4 orang makan...hehehe...elok la tu..x de balance..kalau ada balance sure sampai petang x habis...


Masak guna kuali Tefal yang baru beli awal bulan hari tu so xde la melekat..cantik elok aje...


 Pak Zain...dengan air ovaltine dia..tapi tu la maybe sebab choc kan..makanya..dia asyik.lelap aje...siang babyak tido...malam banyak jaga..pukul 2-3 pqgi baru lelap..

Apa progrm hari ni?

Hari ni SA nak lepak aje kat rumah..suami nak pi baut grab kejap lagi...SA tengah basuh baju tu...siap kang. Ak sidai..lepas tu nak masak la...hari ni nak buat asam pedas..lama dh rasanya x buat asam pedas...

Korang sarapan apa hari ni?

Pemenang Top Komentator Oktober 2025

Assalamualaikum WRT...

Lewat sehari SA umumkan pemenang top komentator untuk bulan Oktober blog SA...SA dilanda sedikit stress dengan apa yang berlaku 2-3 hari ni...tapi alhamdulillah lepas baca kata-kata semangat dari korang...dan SA dah relaks sehari meredakan kekusutan dan rasa jauh hati SA...over kan SA...entahlah sejak dah peri-menopause ni SA mudah tersentuh hati....okeylah abaikan bab tu..jom kita tengok siapa pemenang untuk bulan ini...

Sebelum tu SA nak maklumkan macam biasa, SA memang akan memilih pemenang yang berlainan setiap bulan..SA akan pilih pemenang lain setiap bulan supaya SA berlaku adil dan konsep yang SA jalankan selama ni adalah semua merasa dan no repeated winner.

Untuk x melengahkan masa lagi...SA umumkan pemenang dan kali ni SA memilih...




 

Tahniah Nur....

Kepada pemenang sila emailkan detail anda kepada Suriaamanda@yahoo.com

Dengan pengumuman tersebut SA buka kembali contest Top Komentator ini dan mencari pemenang baru untuk November 2025..

All the best uolls....