Sunday, November 2, 2025

Bila Mati Rasa...

Credit gambar dari FB


"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.

Dia tak mengamuk.

Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.

Dia cuma diam…

Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."

Dia tak balas.

Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.

Bila kau tipu dia, dia senyum.

Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.

Tapi dalam diam tu…

dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.

Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.

Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.

Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.

Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.

Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.

Tanpa drama.

Tanpa babak air mata.

Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…

Dah tak tanya makan apa.

Dah tak tegur bila kau online tengah malam.

Dah tak risau bila kau hilang…


Waktu tu baru kau tahu…


Kau tak kehilangan kawan..

Kau kehilangan tempat paling selamat yang pernah wujud dalam hidup kau.

Dia bukan sempurna.

Tapi dia jujur.

Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…

bukan marah yang tinggal.

Tapi jarak.

Dan jarak tu…

Tak ada siapa boleh isi balik.

Sebab bila dia pilih untuk pergi…

itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.

Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…Akhirnya jadi orang yang paling jauh.

Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…

Bukan bila seseorang itu mati.

Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…

Tiba-tiba diam.

Dan kau tahu dalam hati…

Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.


Kredit: Penulis asal


Cantik Kejadian Bihun Goreng Hari Ini...

Assalamualaikum....

Sarapan pagi Ahad, SA buat bihun goreng...huat 2 keping pun banyak...maybe sekali ngan rencah kot tu yang nampak banyak..sayur xde dalam fridge..ada pun bok choy 2 pokok dan kobis panjang je...ada tauge skit...ah lebur kan aje la...janji ada sayur..biasa SA letak sawi...

Alhamdulillah  kejadian bihun goreng hari ni cantik..rupanya 2 keping tu je dh cukup untuk kami 4 orang makan...hehehe...elok la tu..x de balance..kalau ada balance sure sampai petang x habis...


Masak guna kuali Tefal yang baru beli awal bulan hari tu so xde la melekat..cantik elok aje...


 Pak Zain...dengan air ovaltine dia..tapi tu la maybe sebab choc kan..makanya..dia asyik.lelap aje...siang babyak tido...malam banyak jaga..pukul 2-3 pqgi baru lelap..

Apa progrm hari ni?

Hari ni SA nak lepak aje kat rumah..suami nak pi baut grab kejap lagi...SA tengah basuh baju tu...siap kang. Ak sidai..lepas tu nak masak la...hari ni nak buat asam pedas..lama dh rasanya x buat asam pedas...

Korang sarapan apa hari ni?


Pemenang Top Komentator Oktober 2025

Assalamualaikum WRT...

Lewat sehari SA umumkan pemenang top komentator untuk bulan Oktober blog SA...SA dilanda sedikit stress dengan apa yang berlaku 2-3 hari ni...tapi alhamdulillah lepas baca kata-kata semangat dari korang...dan SA dah relaks sehari meredakan kekusutan dan rasa jauh hati SA...over kan SA...entahlah sejak dah peri-menopause ni SA mudah tersentuh hati....okeylah abaikan bab tu..jom kita tengok siapa pemenang untuk bulan ini...

Sebelum tu SA nak maklumkan macam biasa, SA memang akan memilih pemenang yang berlainan setiap bulan..SA akan pilih pemenang lain setiap bulan supaya SA berlaku adil dan konsep yang SA jalankan selama ni adalah semua merasa dan no repeated winner.

Untuk x melengahkan masa lagi...SA umumkan pemenang dan kali ni SA memilih...




 

Tahniah Nur....

Kepada pemenang sila emailkan detail anda kepada Suriaamanda@yahoo.com

Dengan pengumuman tersebut SA buka kembali contest Top Komentator ini dan mencari pemenang baru untuk November 2025..

All the best uolls....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah