Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah syukur pada allah swt, terubat ssdikit kerinduan pada ibunda tercinta arwah Mak Pah...hari ni SA berjaya buat sendiri
Masak Tempoyak Daun Kayu, speciality
orang NS hanya berbekalkan ingatan cara-cara arwah Mak masak semasa hayatnya...dari mulakan bahan sampailah kejadiannya..sedikit mencabar bab menyusun dan msngasingkan daun-daun yang SA beli kat
Pasar Tani Tanjong Ipoh pagi tadi...gigih bawak PZ sekali...ikjtkan banyak SA beli daun tu..ada 5 ikat...tapi tambah-tambah la apa yang ada kat keliling rumah...
Sampai aje...SA susun-susun daun ikut jenisnya, ada daun yang SA x kenal jugak..yg SA kenal
pucuk ubi,
pucuk kaduk,
pucuk labu,
daun sekentut dan ada beberapa daun yang ada tu SA x kenal...PZ cakap xpe maaukkan aje...kalau kat kampung boleh la cari daun-daun lain...ni apa yang ada je guna...PZ bagi petua, nak buat lauk ni x boleh kedekut, kena cukup santannya, kena cukup
ikan bilis dan petainya, kena cukup jugak gadam kunyit dan cili apinya...serai banyak jugak SA guna..lebih dadi sepuluh batang..
Suami tolong kopek ikan bilis, Dania tukanv blend cili dan kunyit api serta racik serai...mudah la kerja SA tadi...
Jom tengok gambar...
Susun daun-daun ikut jenis yang sama
Nampak macam banyak kan...bila dah racik daun2 tu..sikit jadinya
Beli serai sebab nampak cantik gemuk2...sedai paha ayam kata atuk yg jual tu...
Cuci serai dan racik sebelum di blend
Petai dari kampung
Susun semua daun dan balut ketat-ketat dengan daun kunyit...lepas tu hiris
Lenguh-lenguh jari jemari SA hiris seboleh halus..ini hasilnya...kalau boleh hiris lagi halus
Daun hang dah dihiris halus tadi masukkan dalam kuali besar, masukkan serai yg dah diblend dan cili api serta kunyit yang dah di blend juga...gaulkan dan curahkan santan...SA guna santan 2 kilo ye...letak air sikit..tempoyak 4 senduk lebih skit..
Dah jadi gini baru pasang api dapur...
Gunakan api sederhana aje ye...jangan beaar takut hangit bawahnya...so masak lauk ni kena selaku gaul dan kacau...
Perasakn garam...kena rasa selalu takut masin sangat sebab tempoyak dah ada garam..guna garam kasar lebih baik bila masak lauk2 berkuah macam ni...
Dah hampir pekat baru masukkan petai..
Tadaaa....dah siap....
Alhamdulillah berjaya juga buat lauk Masak Tempoyak Daun Kayu ni...
Sebelum ni SA x berani nak mencuba..Abah cakap sampai bila x nak cuba..abah dah xde nanti sape yang nak tolong komen, rasa dan confirmkan jadi ke tak jadi...so SA menyahut cabaran sebab Dania suka lauk ni...suamj makan jugak la lauk ni cuma x berapa suka...
Bila makan lauk masak tempoyak daun kayu ni, x leh masak lauk lain kecuali ikan goreng dan telur dadar...itu gandingan yang sesuai ngan masak tempoyak daun kayu ni...
Banyak tu..kejap lagi SA masukkan dalam bskas dan bagi adik2 SA...untuk Acu simpan dulu la dalam fridge...nanti minggu ni dia balik baru bagi..insyaallah boleh bagi kat jiran sikit...nanti
musim durian SA nak keluarkan modal beli durian buat tempoyak la...mana tau SA boleh open order lauk ni kat office plak...ramai je kawan-kawan suka...doakan untuk SA ye...
Sakit pinggang dah SA meracik daun-daun tu lama...sejam lebih rasanya...sebab anak dara tu menyebut dia x rasa pun masa balik kampung hari tu..tu yang SA gigih buat walau penat event semalam x hilang lagi...gigih pagi2 pergi pasar tani..lepas ni nak rehat...penat sangat dh...
Tahniah, SA. Menjadi lauknya, dan nampak sedap. 😋 Dah lama tak jumpa lauk ni.
ReplyDeleteSedap lauk ni, kalau jumpa dekat kenduri ke belah nogori mmg PH ambil la...
ReplyDeleteKalau open order apa2 bgtau kat sini nanti nak suh EH beli :D
Sedapnya kak. Makan dengan patin goreng pun mengancam ni. Nak try buat juga la suatu hari nanti.
ReplyDeleteTak pernah rasa
ReplyDeletepernah makan tempoyak daun kayu ni..tapi tulah, tak tahu pun jenis daun yang digunakan.sy memang suka je lauk apa-apa yang ada tempoyak..haha..terbaik SA berjaya buat sendiri tempoyak daun kayu..:)
ReplyDeleteLauk begini saya sukaaaa sangat kak SA, tp memang untuk masak sendiri, butuh niat, tekad dan mood super bagus lah 🤣🤣🤣🤣. Apalagi melihat bahan2nya banyak, trus susah dicari sebagian pula 😅😅. Alaaah saya menikmati dari tulisan kak SA sajalah...
ReplyDeleteDaun sebanyak itupun masih kurang yaaa... Nama daunnya unik2, mungkin di sini ada, tp saya rasa dengan nama lain. Sebab banyak yg nama daunnya tak pernah saya dengar, tp pernah lihat kalo bentuknya
Fav saya ni Kak SA..Mak saya selalu buat..sedappp...
ReplyDeleteSelalunya saya makan dengan Nasi panas gitu je...tu pun sedapnya...
Dapat ratah pun sedappp...
Sekuali ya... dah alang-alang masak, kena buat banyak, barulah baloi.
ReplyDeleteDaun sekentut tak tau yang mana satu.. pernah dengar je.
Wow..Sy suka jgk mkn menu ni sis sbb abg ipar org negori pasoh 4 =)
ReplyDeletealhamdulillah...berjaya juga kak SA... linda tak makan tempoyak..makan durian je.. kikiki
ReplyDeleteOh kena masuk daun sekentut tu camne rupanya. Pucuk labu pun ado. Ingatkan daun-daun kunyit ke daun pucuk ubi ke rupanya banyak daun. Patutle sedap. Alhamdulillah menjadi akhirnya
ReplyDeleteBaru teringat pasal tempoyak daun kayu ni pernah ada jiran bagi. Mulanya dia kata siapa nak ubi kerinting....lepas tu dia bagi tempoyak daun kayu ni...kemudian dia offer pulak bayam brazil untuk ditanam. Orangnya dah meninggal dah tapi ubi kerinting dia ada lagi hidup kat laman belakang.
ReplyDeleteBanyak petainya tu SA. Puas hati makan tempoyak daun kayu tu.
ReplyDeleteammi tak makan lauk yg ada tempoyak. rugi betul kan? tapi tulah, tekak tak leh nakterima rasa tempoyak tu
ReplyDeleteOhh ada ye daun-daun ni kat Pasar Tani Tanjung Ipoh. Bolehlah cari nanti. Biasanya mak mentua minta kat jiran-jiran.
ReplyDeleteDalam gambar yang saya tahu pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu, daun kaduk, yang macam pudina tu daun mangun. Yang dua lagi sebelah pucuk ubi dan sebelah pucuk labu tu tak tahu nama dia. Daun sekentut tu yang mana satu?
Part nak hiris halus tu yang jenuh tu. Masakan bersantan ni memang sedap kalau kita sentiasa kacau tu. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya ye. Tak cuba tak tahu kan.
Ngam makan dengan ikan goreng. Tak payah lauk lain dah.
saya suka la daun2 kayu ni..tp versi kerabu (my mom selalu buat..esp zmn2 my dad masih ada...kisah zmn dulu2)
ReplyDelete