Assalamualaikum wrt..
Ada yang tanya SA x penat ke masak je? takde lah penat mana pun...Penat tu… memang penat. Tak kira suka masak ke tak, bila kena buat setiap hari, otak pun penat fikir nak masak apa, badan penat nak siapkan bahan, lepas tu penat lagi nak kemas dapur..
Selalunya yang letih bukan sebab masak tu sendiri, tapi:
- Fikir menu
- Potong bahan
- Basuh periuk belanga
- Ulang balik esok
Kadang-kadang kita masak sebab tanggungjawab, bukan sebab mood. Bila mood tak ada, memang terasa la “aduh… lagi sekali?”.Tapi ada juga hari yang masak boleh jadi terapi bau bahan tumis, panas dari kuali, semua tu bagi rasa puas bila tengok orang makan berselera..kan?SA selalu macam tu la..puas hati bila tengok orang makan..
Bawah ni masakan SA hari Isnin..PZ belanja ayam kampung 2 ekor, SA mintak PZ siang ayam besar- besar saiz macam kat Restoran Masakan Padang..habis 2 ekor ayam kampung SA masak..tak besar pun kecik je size ayam tu..sebab pergi beli pun kedai dah hampir tutup...nasib baik dapat beli....bahagian paha ayam tu PZ potong buat tyle whole leg...puas la makan....
one more snap
left over Masak Tempoyak Daun Kayu
Orang yang suka masak biasanya penat pun layan je, sebab dalam penat tu ada kepuasan. Rasa macam:
- Lega bila tengok hasil cantik atas pinggan
- Hati berbunga bila orang rumah puji
- Atau rasa macam “yes, menjadi resepi ni!”
Orang suka masak ni selalunya datang dengan beberapa ciri:
- Rajin mencuba resepi baru
- Suka bau dapur sendiri
- Teruja bila nampak bahan segar
- Jenis sayang orang melalui makanan
Macam SA ni..suka masak dari proses awal dan suka tengok orang makan. Memang jenis “masak dengan hati”.
Orang kata dan menurut kajian orang yang suka masak macam ni biasanya:
- Tak kedekut lauk sebab kasih sayang dalam kuali.
- Suka hias cantik-cantik walaupun makan kat rumah.
- Potong bawang pun ada vibe tenang dia.
- Rasa puas bila orang tambah dua tiga kali.
Sebenarnya, orang yang suka masak dan suka bagi orang makan ni selalunya ada aura “warm”, “nurturing”, dan orang pun senang rasa dekat dengan dia..hahaha...x tau la..SA x leh nak nampak la SA macam tu ke tak...tapi selalunya memang SA x kedekut kalau bab makan...masak lebih memang share ngan adik beradik..masak lebih suruh Dania bawak balik Kolej dan share dengan kawan- kawan..sampai ada kawan dia yang dah jatuh cinta ngan asam pedas SA...
Sekarang ni Dania sedang cuti sem 3 minggu...nanti dia balik kolej semula boleh la SA kirimkan lauk asam pedas untuk kawan dia..budak- budak bila berjauhan dengan ibu masing- masing memang rindu air tangan ibu kan...SA pun dah anggap diornag macam anak SA sendiri...ada rezeki lebih pasti SA kongsi sama-sama..





Masak ni terapi jugak. Bila dah penat seharian mengadap kerja kat office, balik rumah masak jadi penenang jiwa.
ReplyDelete