Sunday, November 2, 2025

Semoga Dipermudahkan Buat Abang Bahari Tamid...


Assalamualaikum...

Jumaat lepas SA melawat kawan office iaitu Abang Bahari Tamid atau lebih mesra dipanggil Abang Baha...tak tau apa masalah kesihatannya, bermula dengan x sedap badan..muntah-muntah, warded lepas tu kena sawan dan terus masuk ICU, Dah buat CT Scan, MRI, dan macam-macam procedure, masih x tau apa masalah Abang Baha, beliau masih x sedar selepas ditidurkan..beberapa hari dalam ICU dan sekarang dh dipindahkan ke ward biasa...masa SA pergi Jumaat hari tu dia nak buat last procedure iaitu ambil air tulang belakang untuk tahu apa masalah sebenar beliau ...







Harap-harap ada jawapan tentang penyakit Abang Baha...semua procedure yang di buat sebelum ni result semua x menunjukkan beliau mengalami masalah kesihatan..semua result cantik...pelik kan?


 

Semoga dipermudahkan buat Abang Baha, semoga keluarga beliau tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..Insyaallah Abang Baha kuat semangat...

Solat hajat dan bacaan yassin pun dah dibuat..semoga allah tunjukkan punca kepada segala permasalahan Abang Baha...

SA nak pergi melawat sorang lagi staff Malakoff yang menghidap cancer dan sekarang berada dan menerima rawatan di di Institut Kanser Negara..SA masih belum dapat apa-apa update lagi...tak tau samada boleh melawat atau tidak..staff wanita ni sama department dengan suami Puan Hazel iaitu En H. 

Harap-harap dah boleh melawat dah..walau SA x rapat tapi fardhu kifayyah kan...sekurang-kurangnya dapat berikan kata semangat dan gembirakan beliau...

SA sedih sangat...lately ni banyak cerita-cerita sedih sampai ke telinga SA dan buat SA terus diserang anxiety....

6 comments:

  1. Allahuakbar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ujian Allah. Semoga rakan sekerja SA kembali sihat dan keluarganya kuat menghadapi ujian ini. Ujian juga untuk kita yang sihat ini untuk lebih bersyukur dan hargai nikmat yang Allah beri.

    ReplyDelete
  2. Semoga baik2 je untuk mereka yang diuji.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, semoga dipermudah untuk teman kak SA, Abang Baha. Bisa diketahui punca penyakitnya. Dan untuk teman wanita, diberi kesembuhan dari sakit yg diderita. Kalo dah soal cancer, saya suka lemas bacanya. Sebab papa saya pun tengah berjuang utk sembuh dr cancer

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh...Org dulu2 ckp kalau ttibe aje sakit tp doctor x dpt detect..Mgkn "ada" yg sembunyikn sakit tu dari pandangan mata kasar...mgkn bleh tny yg pakai dalam hal "keberadaan" benda tu...Wallahualam...

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudah semuanya mereka yang sakit ya.....moga allah angkat semua doa ahli keluarga dan kawan2.

    ReplyDelete
  6. berat ujian ahli keluarganya. semoga dipermudahkan urusan :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......