Sunday, June 15, 2025

Review Filem Jaat – Bila Sunny Deol Kembali Dengan Tumbukan Legenda!

Assalamualaikum..

SA  sempat dan baru selesai menonton filem aksi terbaru lakonan Sunny Deol berjudul JAAT dan wow, film ini memang satu film yang penuh aksi dan penuh gaya “masala” ala filem India Selatan! Top 10 di Netflix..

Kalau korang membesar dengan filem-filem 90-an seperti Ghayal, Ghatak, atau Gadar, korang mesti faham maksud SA bila SA kata  Sunny Deol bawa balik vibe hero lama tapi dalam dunia moden yang makin kejam.





Sinopsis Film Jaat

Jaat mengisahkan seorang lelaki misteri bernama Baldev Pratap Singh (lakonan Sunny Deol) yang tiba di sebuah kampung yang dikuasai oleh penjahat besar bernama Ranatunga (Randeep Hooda, watak sangat menjadi!).

Kampung tu bukan sekadar tertindas malah  penduduknya hidup dalam ketakutan, kena bayar ‘cukai’ kepada geng jahat, polis pun tak berani campur tangan. Masuklah si Jaat  nampak tenang, tapi rupanya dia ni sangat padundalam membela dna menolong mereka yangvm tertindas

Mula-mula dia nak runding cara baik… tapi bila kena pijak, dia lawan habis-habisan! Plotnya agak klasik yang jahat lawan yang baik tapi cara ia diselesaikan memang layan.


Apa Yang Best Sangat?

Sunny Deol kembali dengan gaya lama tapi masih padu. Ada babak dia cabut tiang konkrit ya, TIANG! dan belasah geng penjahat macam tak ada esok. Dia sorang je settle ye..

Randeep Hooda sebagai penjahat serius menyeramkan dan sangat berkesan. Aura dia lain macam. Aksi filem ni memang over-the-top, tapi itu lah seronoknya filem ni. Setiap tumbukan rasa macam boleh gegar panggung. Nak plak adegan dia penggal kepala orang kampung yg x bersalah dan pegawai polis yg bantu dia pada awalnya


Tapi Ada Juga Yang Kurang

Kalau korang suka cerita yang plotnya logik dan ada emosi yang dalam, mungkin filem ni bukan untuk korang. Jalan cerita agak straight-forward, kadang rasa macam video game plak..masuk kampung, lawan bos, pergi ke kampung seterusnya..lawan lagi..dan lagi

Beberapa babak pun agak “over” sampai kita nak gelak pun ada tapi itu yang buat filem ni jadi hiburan ringan yang menyeronokkan.

Verdict SA?

Kalau korang suka aksi, hero gagah, dan gaya filem India yang penuh semangat dan semangat patriotik Jaat wajib masuk senarai tontonan.Tapi!! Kalau korang nak filem yang tenang, dalam dan penuh metafora… baik cari filem lain 😅


Rating SA : 7.5/10
Boleh layan untuk hiburan santai hujung minggu lebih-lebih lagi kalau korang rindu aksi Sunny Deol yang power!

Korang kena tengok..SA recommend...jangan lupa goreng keropok keping dulu sebelum menonton..hehehe....

Sup Tulang Daging Korban Hidangan Tengahari

Assalamualaikum..

Korang dah masak ke tu? 

SA dah sudah masak pukul 12 td..masak awal...sebab hari ni naknlayan Netflix citer JAAT...haaaa...x tau la hindustan ke tamil kem..pelakon banyak tamil..hero plak hindustan Sunny Deol..

Jom la tengok gambar lauk SA hari ni...abaikan telur dadar yang x semenggah rupanya tapi sedap rasanya...hahaha...kali ni SA tiru telur dadar dari Lemon8, letak cendawan Shitake hiris2...resepi asalnada udang..tapi SA xde stock udang..cendawan aje ada...kira aci la kan..itupun dah cukup sedap dah...

Cadangnya nak buat sambal belacan..tapi malas plak nak menumbuk lagipun cili besar xde...


Sup versi sihat la kot..SA rebus dari 8am..selesai mask 12pm..bumbu dia SA buat tumis darat dan masukkan kemudian..termasuk daun bawang dan daun sup..elok empuknya bila rebus dengan akar pandan...korang kenal x akar pandan?

Kicap cili ada balance dalam fridge..guna yang tu je malas nak buat baru..perah limau kasturi je sebiji tadi


 Telur dadar cendawan  Shitaake


Ini je la menu kami hari ni..sayur pun xde...inipun dh banyak ye..

Tak sabar nak hirup sup...selalu every year kami memang buat sup time raya puasa atau raya haji..tapi tahun ni x buat masa raya haji..xde siapa yang balik cuma kami berempat aje..inipun tulang yang dikumpul2 masa orang bagi daging korban..cukup la untuk kami berempat...next time kalau berkumpul SA beli la gearbox dan tulang...sedap makan ramai-ramai... Kena tunggu adik bongsu habis pantang dulu nampaknya...takkan dia nak tengok kami makan je kan...bersalin operation rasanya x leh makan sup2 tulang ada lemak-lemak ni..ye tak?

Lepas zohor jap lagi baru kami makan..PZ rehat tu kat bilik..Dania pun sama kepenatan kerja..

Cucur Bawang Jejari Ketam Sarapan Hari Ini...

Assalamualaikum...

Selamat pagi..selamat berhujung minggu kawan-kawan...dah sarapan ke tu? SA baru sudah sarapan ..

Dah lama nak buat cucur jejari ketam ni ada nampak kat Fanpage sape ntah..bahan pun mudah aje...mulanya ingat nak buat untuk minum petang...sekali pagi ni malas plak nak buat nasi goreng..tu yang buat pagi ni...


Alhamdulillah, cantik kejadiannya


 Cicah dengan sos extra pedas Lingam


Gandingkan plak dengan kopi 434...memang berpeluh-peluh la makan...

Korang apa plan hari ni?

SA hari ni x kemana rasanya...suami buat kerja dia...nak mengemas dan nak melipat kain...petang la kot nak pi Jaya Grocer cari buah...untuk bekal esok xde buah...

Saturday, June 14, 2025

Dinner Malam Ini, Mee Goreng Daging

Assalamualaikum....

SA x rasa nak dinner makan nasi...kat kenduri kahwin tengahari tadi pun x makan nasi..x tau la apesal, terkesan dengan update dari Doctor Azila kot...hahaha...

Tapi SA masak mee goreng daging malam ni...Dania dan suami balik kerja baru SA masak..bahan-bahan pun SA dah siap sediakan petang tadi...cuma tunggu Dania balik je bawak tauge..mee goreng kalau xde tauge x sedap kan...



SA buat simple aje...

Tak yah la resepi erk...bukan korang x tau buat mee goreng kan...biasa letak ayam atau seafood, korang just tukar ngan daging je..kalau daging bahagian lembut x perlu rebus dulu..kalau bahagian yang keras just potong nipis2 dan rebus dulu...

Settle sebungkus 1/2 kilo mee makan 3 beranak..PZ makan sikit je tadi sebab dia x leh makan mee goreng sangat...

Esok SA nak buat sup tulang la...buat sikit je takde la buat banyak..setakat kami berempat aje yang makan...kalau buat sup tulang, agak-agaknya nak gandingkan dengan lauk apa lagi erk?

Korang ada idea atau suggestion?

Daging Korban Goreng Kicap

Assalamualaikum...

Malam ni SA x terasa nak makan nasi... SA nak buat mee goreng daging...tapi PZ plak xde lauk nak makan malam kan..SA ada keluarkan lebih skit daging korban..semalam adik bongsu PZ ada hantar ke rumah...

Separuh SA buat masak kicap je untuk PZ...separuh lagi buat mee goreng...

Jom la SA share resipi..ni style SA tau...ada bahan yang xde macam daun bawang...selalu SA ada stock..ni xde plak...




Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap


Bahan bahan

250 gram daging hiris nipis2
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia 
3-4 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar - hiris
4 tangkai cili padi dihiris

Cara cara: 
Daging dipotong dihiris nipis. 
Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris.
Tumis sehingga wangi. 
Masukkan daging dan kacau rata

Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.

Tambahkan kicap

Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah. Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun saderi. SA x letak sebab xde..

Selamat mencuba....

Daging korban banyak kan..so menu daging je la banyak lepas ni..esok SA nak buat sup tulang plak...

Dah Masak Ke Belum Agaknya Ni...

Assalamualaikum...

Siapa tau....agak-agak dah masak ke belum buah durian belanda ni erk...tengok dari kulit macam dh masak..bila picit masih keras..ke kulit dia macam tu sebab di mamah matahari?risau rosak je...buahnya xde la besar sangat..

PZ cakap tunggu la seminggu lagi...




 

PZ cakap belum tua lagi...maybe sebab kena matahari selalu kan..pokoknya tu PZ memang letak baja khas...harap-hqrap jangan la rosak...sebab ni buah sulung..

SA baru balik dari kenduri kat rumah abang sepupu..nanti SA update entry ye..nak rehat jap sebab panas betul hari ni...orang dah la ramai...SA pun x banyak ambil gambar sebab dh lambat..sampai tadi pengantin tengah bersanding...SA pun x makan sangat sebab masih kenyang makan nasi lemak k, makan kuih2, cendol dan kambing bakar je...SA x makan nasi pun..

Cuaca panas betul...siap pakej sakit kepala dibuatnya...

Follow Up Di KPJ Seremban

Assalamualaikum...

Hari ni SA appointment dengan Dr Azila, pakar ENT di KPJ Seremban .harap2 hari ni boleh la discharged x yah follow up lagi sebab dh xde masalah tonsil...risau gak sebab insurance coverage untuk outpatient dah banyak kurangnya..kang x sampai hujung tahun habis plak, kena plak bayar sendiri kan...cukup kalau dengan Dr Marina je...itu memang wajib jumpa 3 bulan sekali ...


Hari ni suami teman


Macam biasa makan kat Santan...pilihan SA ada ayam goreng tapi share ngan suami..


Mintak staff Santan kurangkan nasi...half mangkuk je...risau x habis..tp price sama ye..hahaha....


 Dah sarapan jom tunggu kat klinik...

Lepas follow up ni SA akan balik rumah dulu dan siap-siap ke kenduri sambut menantu kat Seremban Jaya ..

Malam tadi SA dh pi majlis tahlil...sampai rumah dalam pukul 11.30 semalam...besar kenduri sambut menantu Abg sepupu SA ni...Khemah je ada 8 buah....

Harap cepat la jumpa doktor ha...kesian plak PZ tunggu lama kang...kalau SA lambat terpaksa la dia pergi dulu kang....

Update lepas jumpa Doc Azila

Huwaaaa...tonsil sebelah kiri masih besar dan hampir mencecah anak tekak...aduyaiii...Doc advise untuk buang dan mula cari tarikh untuk operate....alaaaaa....x best la SA dengar bab nak kena operate ni..dh la kena fully bius...SA ni dh la penakut...then SA cakap tunggu next appointment lagi 3 bulan dulu boleh x..dia kata boleh sebab x urgent...tapi in the meantime kalau sakit tekak dan emergency jangan tunggu terus jumpa dia..lagipun operation tu x amik masa yang lama...buat masa ni memang x mengganggu tapi memang dia advised to remove immediately.....hishhhhh.....

Review Black Out Snow White Must Die

Assalamualaikum...

Hi korang...SA baru habis tengok drama Korea Black Out Snow White Must Die di Netflix..memang betul la kata Mummy Ayu..once dh tgok 1 episode memang x leh stop...nak tau dan nak tau apa next citer dan kesudahannya...

Drama Korea Black Out Snow White Must Die merupakan drama adaptasi berdasarkan novel Jerman "Snow White Must Die" oleh Nele Neuhaus..

Genre: misteri & thriller

Jalan cerita menjejak kehilangan memory  Jung-woo, ketidakpastian identitinya sebagai pembunuh, dan kemunculan bukti atau muslihat baru yang menyukarkan. Dah la Jung-Woo terpaksa habiskan masa muda dia dalam penjara selama 10 tahun, Setelah pulang, Jung‑woo berdepan stigma daripada penduduk kampung yang menganggapnya bersalah tanpa soal siasat ..boleh dikatakan semua penduduk kampung boikot Jung-Woo termasuk Ibunya..Hari-hari Jung Woo di maki hamun membuatkan rasa ingin membuktikan yang dia tak salah semakin kuat..



Sinopsis

Go Jung-woo (Byun Yo-han) adalah seorang pelajar pintar yang bercita-cita ingin masuk sekolah perubatan. Namun hidupnya tiba-tiba hancur apabila dia dituduh membunuh dua teman sekelas walaupun mayat mangsa tidak pernah ditemui dan dia mengalami blackout semasa peristiwa itu...

Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun walaupun tidak ingat apa yang berlaku malam itu. Selepas dibebaskan, Jung‑woo kembali ke kampung halamannya, Mucheon Village, di mana dia menyedari bahawa misteri pembunuhan tersebut belum selesai dan mungkin berkait dengan kejadian baru beelaku yang ganjil  .

Watak & Perhubungan

Detektif No Sang-cheol (Ko Jun) – Seorang detektif yang dipindahkan ke Mucheon selepas kariernya hancur kerana kes bunuh isteri pada hari perkahwinan. Dia mula menyiasat semula kes Jung-woo dan akhirnya bekerjasama dengannya  .

Choi Na‑gyeom (Go Bo‑gyeol) – Rakan sekelas Jung‑woo sejak sekolah menengah, yang secara diam‑diam menyimpan perasaan cinta kepadanya. Setelah dia dipenjara, Na‑gyeom terus menyokongnya dan berharap masih boleh membina masa depan bersamanya  .

Ha‑seol (Kim Bo‑ra) – Seorang pelajar perubatan yang bercuti dan secara kebetulan bekerja separuh masa di sebuah gerai makan di Mucheon. Dia menyedari ada sedikit tidak kena di kampung itu dan turut membantu menyelongkar misteri tersebut ..

Pada SA watak-watak dalam drama ni mempunyai lapisan emosi mendalam, sama ada detektif yang berusaha buktikan kebenaran, perempuan yang mencintainya, atau penduduk kampung yang punya rahsia mereka sendiri. 

Plot twist pun sangat-sangat mengejutkan dan korang x akan percaya..korang nak tahu kesudahan cerita ni kena la tengok citer ni ye....

SA x nak jadi spoiler tapi SA sangat-sangat recommend cerita ni...

Jangan lupa tengok tau...

Friday, June 13, 2025

Katak Comel

Assalamualaikum

Ni la katak peliharaan SA kat opis..hahaha.xde la ni antara pemberian Afiqah yang farewell baru ni...

Comel je..nasib baik mainan..kalau betul mai terjerit2 SA...saje la SA amik gambar ni...testing Redmi SA ni...


Gambar 1 : Ni guna photo biasa je..


 Gambar 2 : Ni guna potrait..


Mana yg cantik?

Ni x zoom ye..SA dekatkan hp naturally...

Sebenrnya SA mengantuk...hari ni macam banyak nau makan...pagi td tu yg birthday girl bg..jenuh ngabihkan..makan skit bekal..x abis pun sebab dh kenyang sangat...nasib baik SA x bawak banyak...gambar bekal dah 2 hari lupa amik...hahahaha....tp x update pun xpe kot..menu biasa la...kornag pun dh faham...😂😂😂

Malam ni SA pi umah kazen SA...ada kenduri doa selamat dan tahlil..SA ada masukkan nama arwah Mak...so kena la SA, suami dan PZ pergi...harap-harap cepat la sampai kang..majlis lepas Isyak...

Happy weekend korang....

Sarapan, Tudung & Rezeki Jumaat

Assalamualaikum..

Hi korang...salam Jumaat 

Sarapan pagi ni di tempat biasa...x perlu order air dh...staff kedai mamak tu dh tau dah sebab regular customer  kan...so SA order maggi goreng je...macam biasa ckp kat dia kurang pedas..dia cuma ketuk cili akar which is still pedas for me...

Maggi goreng

Teh O untuk suami dan Nes O for me as usual

Ni la mamat yg gelakkan SA semalam...


Hari ni ok balik kan tudung..so tudung Syria is a big No for me...hahaha...nampak breakout kat muka SA?

Rezeki pagi ni...birthday girl yg birthday dia 11hb belanja nasi lemak dan kuih muih..elok dalam packaging macam ni..ni mau kenyang sampai tengahari ni..padahal bawak bekal dh..


Nasi lemak, kuih koci, pulut panggang dan karipap..

Alhamdulillah..

Terima kasih kepada yang belanja, semoga murah rezeki selalu..

Thursday, June 12, 2025

Eh..eh...Bulatttttt....

Assalamualaikum...

Haaaaa...ni la budak muka bulat pakai tudung Syria hari ni...bulat kan?

Suami SA boleh gelakkan ye....geram SA dibuatnya pagi tadi...rasa menyesal plak pakai tudung Syria ni..dh ramai panggil SA ostajah Rizz....hahahaha...


Bulat sangat ke?

Tak kan?


Semalam Dania bawak balik Bombolini...SA amik yang cream cheese ni je..dah simpan dalam fridge..bila keluarkan bawak pi office..texture donut ni masih lembut ye...sedap...padat dengan inti cream cheese tu...



 

Ni dah kenyang...

Ada bawak bekal gak..nasi lauk paru balado... kejap2 kang la makan...SA nak lelap kejap...

Late Lunch Di Windmill AEON Nilai

Assalamualaikum...

Sambung lagi kisah Mama Daughter Bonding tu...tinggal 2 entry dalam draft...lepas tu xde dah hutang rasanya..next week SA dah busy dengan signing project plak...so mana- mana boleh share SA kena share minggu ni...itupun kalau nak buat proper entry la..next week maybe kena buat 1-2 entry scheduled...

Entry sebelum ni... Mama Daughter Bonding 

Restoran Windmill di AEON Nilai...Windmill ni kalau x salah SA restoran western yang sediakan Steak dan sebagainya...rupanya ada macam- macam kat sini. Ada nasi lemak, masakan panas Thai dan western of course. SA dan Nia sepakat amik set masakan Thai dengan harga RM56 untuk 2 orang...set ni ada nasi, 3 lauk pauk, 2 gelas ice lemon tea dan 2 ketul popia...okey la worth it harganya...nama lauk ayam tu SA dah lupa la...hahahaha...bil dah buang...












Suami kirim beli cream cheese....



Beli ke?
Tak...suami cakap x yah sebab xde brand yang biasa beli tu..

Kat AEON Nilai kami x beli pape pun...terus balik sebab risau kalau- kalau jammed melekat teruk sebab orang dah start balik ke sarang masing- masing...ingat x jammed...sekali........


Tadaaaaa....


traffic slow tapi moving la...

Sampai Seremban dalam pukul 5 lebih macam tu...penat...dah tua- tua ni jalan macam ni pun penat...padahal baru 47 tahun kan...kalau dah 50 agaknya macam mana la keadaan SA...hehehe...

Hari ni SA pakai tudung Syria....suami cakap cantik...tapi at the same time dia gelak sebab muka SA bulat.....heyyyyy...kita geram ni...kang kita beli tudung lain kat NuSentral kang...haaaaa....jgn macam- macam erk...

Wednesday, June 11, 2025

WW~ Tips Masak Daging Korban

 Assalamualaikum....

Korang dapat banyak daging korban tak?Bila tiba Hari Raya Aidiladha, memang peti ais mula penuh dengan daging segar. Tapi, cabaran paling besar adalah  masak daging korban supaya empuk dan sedap. Kan? Tak semua bahagian daging sesuai untuk semua jenis masakan. Sebagai contoh, daging batang pinang sesuai untuk masak goreng kunyit, goreng kicap atau masak merah, manakala daging bertulang elok untuk buat sup atau gulai..ada juga bahagian- bahagian lain untuk masakan jenis Kari atau di salai atau dibakar cicah air asam..tekstur dagaing mesti lembut baru la x susah nak makan.

SA terbaca kat FB ada cara atau tips untuk masak daging supaya lembut dan sedap dimakan...SA share kat sini untuk perkongsian kita bersama..mana la tau kita nak masak menu daging korban kan..daging korban x boleh simpan lama ye tak?



Kredit gambar: Facebook Engku Myza Engku Hassan

TIPS MASAK DAGING KORBAN

1. Jangan terus dimasak selepas sembelih, sebaliknya biarkan selama 4 hingga 6 jam supaya daging tak keras dan menjadi lembut. (SA simpan 2 hari sebelum masak)

2. Gunakan pelembut semula jadi seperti nanas, daun betik atau air limau untuk melembutkan daging (SA guna air kelapa dna msukkan sudu besi) dan satu lagi..boleh guna akar daun pandan..insyaallah cepat lembut daging.

3. Rebus bersama rempah untuk menghilangkan bau hamis daging. Boleh rebus bersama halia, daun salam, lengkuas dan serai, buang air rebusan pertama, kemudian teruskan proses memasak.

4. Potong daging dengan cara melintang urat supaya daging tak liat dan senang dikunyah.

5. Pastikan untuk guna pes dan rempah yang sesuai.

6. Masak dengan api perlahan supaya rempah meresap dan teksturnya kekal lembut.


Selamat mencuba...

Bekal Lunch SA Hari Ini

Assalamualaikum...

Balik kerja semalam semerbak bau lauk daging MLCA..PZ masak daging korban rupanya...dapat sikit hari tu dia kata nak habiskan aje...cepat masak cepat la habis...Ada sikit je lagi x tau nak masak apa...nanti SA buat rencah mee goreng aje la kot...x pun potong2 bear2 skit buat sup aje...memang kena habiskan daging korban tu...dapat x banyak pun...


SA berjaya bawak nasi sesenduk je..xde lebih...nampak macam banyak kan? tapi sikit sebenarnya


MLCA daging korban..ada tulang2 skit...kuah dah pekat sebab SA panaskan 5 minit..nampak kuah macam beku je baru kuar fridge pagi tadi kan...


Tapi tu la...

Tekak ni teringin nak makan sup gearbox plak..sebabnya singgah rumah kawan- kawan banyak nampak sup gearbox....yang ada tulang rusuk je kat dalam fridge tu...mana sama kan..hahaha...tula..hari tu x beli...kan dah teringin plak...padan muka...

WW~ Si Hijau & Si Biru

Assalamualaikum....

Hi korang...

Siapa ada hobi kumpul duit?



 

SA masih meneruskan hobi kumpul duit hijau... Duit RM5 dan sedang berjinak mengumpul duit RM20...kalau tengok kat apps Lemon8..ramai yang share tips kumpul duit..SA dh lama kumpul duit especially duit hijau dan duit biru RM1...untuk raya hari tu SA dah guna separuh untuk duit raya...ini baki yang tinggal sehingga hari ini...duit RM1 memang ada banyak dalam bekas...x kira lagi...biar dulu la...


Kenapa kumpul duit RM5 dan RM1 banyak?

SA suka kumpul untuk guna sebagai duit raya, sama dengan duit RM1...so akan datang SA x perlu nak tukar duit kat bank dah...macam tahun lepas sampai 31 Disember SA dah ada duit RM5 sebanyak RM1300, separuh SA masukkan dalam ASB dan separuh SA guna untuk duit raya..ini SA kumpul balik..dalam bekas ni dah ada total RM380 dah...jauh lagi nak cecah RM1000...sama dengan duit RM1...asal hampir penuh wallet SA..SA akan transfer dalam tabung atau dalam bekas yang sesuai...duit syiling pun dah ada 3 botol yang penuh..sekarang tengah mula kumpul untuk botol baru...ntah bila nak hantar bank untuk kira..kira sendiri nanti muntah plak mengiranya...kan?hari tu buat gak la duit RM50 simpan 2 minggu sekali...tapi terpaksa guna hahaha...x konsisten la kalau duit RM50...slowly la cuba erk...SA nak mula balik hujung bulan ni...selit2 la RM50 tu kat mana-mana..SA pernah buat dulu tau...bag duit jenis banyak compartment..2 mingu sekali SA ketepikan RM50, dh buat 2 bulan so duit dah terkumpul RM200...lepas tu x simpan lagi..duit yang SA selit dalam compartment wallet tu SA terlupa ye...lama sampai la SA nak tukar wallet baru bila keluarkan semua isi wallet lama tu tengok2 eh...ada duit extra la...ingat- ingat semula...ooo duit aku selit2 nak kumpul....

Lagi satu SA pengumpul syiling tegar ye...suami suka sepah2 duit syiling..SA yang kutip masuk tabung...x kisah la duit syiling dalam mesin basuh ke, dalam kereta atau atas lantai dalam bilik...semua SA pungut dan masuk tabung...padan muka..sape suruh sepah- sepah dan sape suruh x keluarkan dari seluar jeans kan...

Bila ada duit selit- selit atau duit yang kita kumpul ni...bila terdesak boleh guna kan?

Mama Daughter Bonding Time, Myra Park Nilai Impian

Assalamualaikum...

Ahad lepas...dah siap masak, dah siap kemas- kemas...terus SA dan Dania keluar rumah ke Nilai...kami berdua pi explore Village Grocer kat Myra Park...gerak lepas Zohor, sampai sana dalam pukul 2 lebih...cuaca cantik je dan panas sikit...kami berdua ikut Lekas x ikut Plus sebab sure jammed nak ke KL kan, orang pakat balik ke KL...tapi balik kami ikut Plus...hehehe...

Lekas memang clear, x banyak kereta cuma banyak Tol je...



Yeay dah sampai


Orang pun x berapa ramai..


sini la tujuan utama kami...


Masuk- masuk je ada kiosk accessories emas tipu- tipu ni..emas titanium...saje la mengusik Dania...aik...dah rasa- rasa nak cari cincin tunang ke...practice jer katanya...hahahaha...sabar jer la...


Tudung SA x berikan kerjasama..masa kat rumah elok je on point...dah sampai sini dia dah terpeleot sana sini...geram betul..

Tak banyak buka lagi dalam ni...ada Zus Coffee, Village Grocer dan DIY...



Masuk- masuk je VG, terus tuju ke sini dulu...


Cantik kan?


SAa berkenan yang species keladi tu...sederet tu.kalau ikutkan hati semua SA rembat tu


Diorang tengah buat promosi buah- buah masa ni...masa tag dia akan tag harga sebiji apple...sampai kat kaunter baru dia akan slash harga ikut promosi...apple dia besar2 ko...dalam gambar x nampak sangat besar kan..tapi sebenarnya memang besar...sebiji RM3.20 ikut jenis apple dan buah- buah lain


Pink Lady Apple


Oranges


Apple hijau


Tomato cherry...


Manggis ni mahal....


SA beli apple china ke fuji ke apa ntah nama dia  3 biji @ RM5.40
Murah kan?


Jumbo blueberry..besau- besau


Section ni SA paling suka....

Lama SA kat section ni....belek- belek...beli tak? beli la 1 pack...buat ghaso ghaso...


Black Angus...



Dah siap slices dan dah ada harga tertera pada pack kan?so pandai- pandai budget ye


Ni section Lamb plak...


Masih murah dan affordable la harganya untuk penggemar kambing...lamb shoulder ni memang jadi pilihan selalunya...


Bibik express!!!!


tengok beras- beras...sama je lebih kurang harganya....


Ni bukan maggi cup kecik ye...tapi besar giler..besar bakul kain yang SA beli kat Ninso tu...dalam tu ada cup kecik2 x tau berapa unit ada...


Kopi oriental...Dania kata packaging dia kelasss...rasa x tau la..sebab x beli...


Nampak bag Dania tu? Comel kan..SA belikan untuk dia Bonstanten...


Lepas dah bayar dan dah buat membership, kami pun gerak...balik ke? tak la...terus ke AEON Nilai sebab dah lapar...kami berdua keluar masa tu x sempat makan lagi sebab mengejarkan masa.Kat Myra Park tu xde tempat makan...maka gerak la 2 beranak ke AEON Nilai plak....

Makan kat mana?

Kita citer kat next entry ye...