Thursday, December 25, 2025
Sarapan Di Kedai Mee & Rojak Ibrahim Kuala Pilah

Lunch Di Bananabro NuSentral

Resepi Bendi Goreng Belacan Pedas
Assalamualaikum...
Selamat bercuti korang...Merry Christmas buat kawan- kawan yang sambut Christmas..cuti- cuti ni for sure kita buntu x tau nak masak apa kan...SA nak share menu ni...SA jumpa dalam FB...Simpan sini sebab SA nak cuba buat versi goreng belacan pedas ni plak...kalau korang nak tau..ni lauk fav arwah Mak Pah...tiap akali dia teringin mesti SA akan buatkan tanpa gagal...tapi tu la arwah dulu teringin tapi x boleh makan banyak sebab kan tahap kesihatan dia tu....
Jom tengok resepi dan cara masak..
- Bawang merah 2 ulas*
- Bawang putih 4 ulas*
- Belacan 1 inci*
- Bendi ikut suka banyak mana dan potong serong (seeloknya potong semasa dah tumis bahan tumis untuk elak lendir)
- Cili Besar 1 biji*
- Cili api merah dan hijau * agak- agak kalau nak pedas boleh lebihkan
- Sos tiram
- Ikan bilis*
- Perasa
- Bahan bertanda * di tumbuk kasar
- tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau
- masukkan sos tiram dan letak sedikit air..
- masukkan bendi dan gaul mesra
- perasakan ikut suka
- tutup api
- sedia dihidang
- Tinggi serat larut
- Bantu elakkan sembelit
- Menyihatkan usus & perut
- Serat dalam bendi bantu perlahan penyerapan gula
- Baik untuk pesakit diabetes atau yang nak cegah kencing manis
- Bantu kurangkan kolesterol jahat (LDL)
- Kurangkan risiko tekanan darah tinggi & penyakit jantung
- Kaya vitamin C & antioksidan
- Bantu badan lawan jangkitan dan radikal bebas
- Mengandungi vitamin K & kalsium
- Penting untuk kesihatan tulang, terutamanya wanita
- Sumber asid folik
- Penting untuk perkembangan bayi & cegah kecacatan saraf
- Rendah kalori, tinggi serat
- Cepat rasa kenyang, sesuai untuk diet

Wednesday, December 24, 2025
Resepi Sotong Masak ala Thai Mudah Dan Sedap
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg sotong fresh
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
- 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
- 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
- 1 biji tomato – potong dadu
- Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1.Celur sotong seketika ( dalam 10saat) angkat dan toskan. Ambil sesudu besar air rebusan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba
Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed

Menu Dinner Semalam 23 December 2025

Review Beef Roti TCM Murtabak Kedai Muslim China Kip Mall Senawang

Tuesday, December 23, 2025
Alhamdulillah...Opick Dah Sunat

Townhall, Makan Sedap Dan Mangsa Scammer...
Dimulakan dengan doa
Sesi dimulakan dengan GCEO
Sesi soal jawab
Head of people division
Shikin tanya soalan
Intan tanya soalan
Antara penerima sumbangan

Monday, December 22, 2025
Sarapan Pagi SA 22 December 2025

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah























































