Wednesday, February 18, 2026

Pak Zain & Nia Pi Mantai...

Assalamualaikum wrt....

Semalam...PZ dan Nia pi Ampangan ada pesta Mantai...memang setiap kali nak sambut Puasa, Nak sambut Hari Raya dan Aidiladha, memang akan ada Pesta Mantai ni...

Apa maksud Mantai tu?

Mantai ialah tradisi melapah dan memotong daging sembelihan secara gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan sehari sebelum menyambut Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, atau Aidiladha. Ia berasal daripada dialek "membantai" (menyembelih/melapah) dan merupakan simbol adat serta budaya untuk mengeratkan silaturahim dengan menikmati hidangan segar bersama keluarga. 

Berikut adalah fakta penting mengenai tradisi mantai:

Asal-usul: Perkataan ini berasal daripada bahasa dialek Negeri Sembilan iaitu "membantai", yang membawa maksud melapah daging sembelihan.

Waktu Sambutan: Dilakukan sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan, atau sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Tujuan Tradisi: Aktiviti ini mengeratkan hubungan kekeluargaan, semangat gotong-royong, serta memastikan bekalan daging segar diperoleh untuk juadah perayaan.

Keunikan: Merupakan identiti budaya yang sinonim dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Lokasi: Sangat sinonim dengan penduduk di Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, dan Tampin. 

Hari Mantai menjadi sangat istimewa kerana kebiasaannya harga daging yang dijual pada hari tersebut adalah lebih murah berbanding harga pasaran, terutamanya melalui program Mantai Perdana yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. 



Dulu ditemani areah Mak..sekarang samada pergi dengan SA atau pergi ngan Dania atau ahli keluarga lain...kali ni SA x sihat, Nia yang temankan 


Orang dh mula ramai



Daging lembu yang dh dilapah untuk jualan







Harga yang dipaparkan adalah harga di pasaran



Geram plak tengok nenas ni


Pz beli 2 biji









Dah dapat apa yang nak dibeli, PZ tapau roti canai plak untuk sarapan...




 

SA x tengok pun apa yang PZ beli...SA dh pesan jangan beli banyak...eh...knowing PZ, dia memang akan beli macam-macam penuh fridge....lepas tu buntu x tau nak masak apa...selalu macam tu...lepas tu tanya SA nak masak apa....sabar je la...

SA x sihat ni..demam dan batuk teruk..memang x boleh nak fikir dan focus..batuk ni pelik la..dia datang tiba-tiba je terus teruk...abdomen SA dah rasa bengkak dan sakit giler ni penangan batuk ni..sampai menangis bila nak batuk sebab x tahan sakitnya ke perut dan dada...kepala rasa nak pecah...ubat dh nak habis makan dh....esok nak puasa ni...tahun lepas pun sama keadaan macam ni...penat la...

Disebabkan x sihat ni tergendala segala apa yang dirancang, especially nak beli baju raya...

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......