Wednesday, June 10, 2026

Hadiah Birthday SA....

Assalamualaikum wrt....

Tahun ni x banyak hadiah SA dapat memandangkan birthday SA jatuh pada hari Sabtu kan.. 

Dapatlah beberapa hadiah dari Dania, Suami dan ada hadiah misteri gak...

Mula-mula ingatkan tak ada sambutan sangat sebab tarikh birthday jatuh hari Sabtu, masing-masing mesti nak rehat kan? Tapi alhamdulillah, tetap ada kejutan manis yang menanti.


Kek dari Sharifah, office colleague SA dapat hari Isnin...


Chocolate cake...ada choc bentuk rama- rama comel atas dia...


Ni dapat Jumaat masa surprise untuk SA tu...Dari Dania dan Afiq kawan Dania


2 helai tudung Leeyanarahman


Cantik tak?


Primrose Oil dan Fish Oil Hadiah dari suami


Hadiah kasut kerja dari Suami


Comfort dan sangat selesa cuma size besar sikit..OK la sebenarnya lepas pakai stokin..harga tu yang buat SA serba salah...mahal!!!


Hadiah ni dapat Hari Sabtu petang...dari suami gak...


HP.....menggantikan hp Samsung A33 SA yang dah mula meragam...


Lawa...camera canggih...


Ni pun dari suami...Swarovski dan dapat lepas balik dari Dinner masa birthday SA


Dania dengan Suami macam biasa, ada je helah diorang nak bagi kita tersenyum. Tapi yang paling kelakar dan buat SA tertanya-tanya sampai sekarang ialah hadiah misteri tu! Kotak dia kemas je tersemat (macam dalam gambar kat bawah ni), tapi pengirimnya? Rahsiaaa... Sampai sekarang SA tengah teka-teka siapa la hamba Allah yang baik hati sangat ni.

Nak kata hadiah top komentator blog CCL, rasanya bukan sebab CCL biasanya akan inform kalau dia dah post hadiah...


Inilah hadiah misteri....tak tau siapa pengirimnya...kita anggap la hadiah birthday...


Tumbler Vesso....

Apapun, SA nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi ingati hari lahir SA, Suami dan Dania yang bagi hadiah, dan tak lupa juga pada yang mendoakan. Semoga kebaikan korang semua dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda oleh-Nya. Amin...

20 comments:

  1. hari sabtula senang nak celebrate birthday, semua orang cuti time tu hehe.
    happy belated birthday kak SA! seronoknya ramai yg sayangg

    ReplyDelete
  2. Saya aminkan doa SA, dan semestinya doa² yg baik akan berbalik kpd SA jugak

    ReplyDelete
  3. waaaa byknya suami SA bg hadiah bday!! best!! MZ tumpang happy ;)

    ReplyDelete
  4. Wish lagi, Happy Birthday SA. Tumpang seronok diraikan bersama yang tersayang.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki disayangi semua. Aamiin doanya

    ReplyDelete
  6. Waa banyaknya hadiah dia.. meriahhh.. kita suka design tudung LR tu laa, nak pakai pun senang bentukkann.. hepi besday again SA ...

    ReplyDelete
  7. mcm2 gift dr husband tu...cute cake ada rama2..tumbler tu pn nice

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Byk hadiah tu sis..bracelet tu cantik =D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. banyak hadiah dapat.. itu tandanya kita disayangi mereka

    ReplyDelete
  10. huaaaaaaa...banyaknya hadiah hari ulangtahun kelahiran kakakSA.
    HAPPY BELATED BIRTHDAY KAKAK SA,
    semoga sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki dapat banyak hadiah.

    ReplyDelete
  12. Lots of beautiful gifts. And the chocolate cake looks delicious 😋

    ReplyDelete
  13. Wahhhh semua cantik... happy belated birthday kak

    ReplyDelete
  14. Rezeki dihari birthday Kak SA...cantik-cantik n best semuanya

    ReplyDelete
  15. Rezeki melimpah sempena hari lahir..alhamdulillah wajib syukur..dah jadi harta yang bernilai..Happy birthday to Blogger SA

    ReplyDelete
  16. Happy belated beday kakSA.. Alhamdulillah kakSA, rezeki harijadi.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..macam² hadiah dapat..tahniah SA

    ReplyDelete
  18. Bertambah koleksi Tumbler.
    Manis je kaler dan corak dia.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......