Tuesday, June 16, 2026

Laksa Sarawak Dari The Food Criminal Padu Mat!

Assalamualaikum wrt...

Hari ni saja nak buat entri throwback sikit. Dipendekkan cerita, bulan 4 lepas rezeki langkah kanan betul bila ada seorang kenalan kepada big boss belanja SA dan beberapa kawan office makan. Rupa-rupanya, dia sengaja belanja sebab nak perkenalkan bisnes Laksa Sarawak milik anak dia yang menggunakan nama The Food Criminal.( korang boleh check IG)

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, asbab dapatlah SA merasa makan sedap hari tu, kan?

Sejujurnya, SA ni bukanlah selalu sangat makan Laksa Sarawak. Tapi kalau menu ni ada kat depan mata, memang SA takkan tolak. Bila suapan pertama masuk mulut... pergh! Kuah dia memang padu. Bau rempah-rempahnya agak kuat dan naik, tapi itulah yang buatkan dia jadi tersangat sedap!

Rasa dia tu sangat autentik, sampai SA rasa macam tengah makan Laksa Sarawak kat bumi Sarawak sendiri tau! Cukup rasa lemak, masam, dan pedasnya. Memang tak menghampakan langsung. Untunglah anak kenalan big boss pandai jaga resipi dan kualiti. Kenangan betul dapat rasa laksa sedap macam tu!


packaging dia menarik






Gabungan rasa ini akan lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sambal belacan, perahan limau kasturi, dan hirisan telur rebus yang dihidangkan bersamanya



Memang tak menghampakan langsung. Untunglah anak kenalan big boss pandai jaga resipi dan kualiti. Kenangan betul dapat rasa laksa sedap macam tu!

Tiba-tiba terliur balik pula bila buat entri throwback ni, aduhai... 😂

Apapun, berbalik kepada cerita hari ni. Kebetulan jadual kerja SA hari ni tak berapa sibuk sangat. Alhamdulillah, adalah masa sikit nak bernafas, layan blog, sambil mengimbau balik memori makan laksa Sarawak hari tu. Ampun entry ni lama dalam draft...hahahaha...

Tapi tak boleh nak melayan perasaan sangat la, sebab ada beberapa tugasan follow up penting yang menanti untuk diselesaikan hari ni juga. Kena bagi settle cepat-cepat sebelum balik, barulah malam nanti boleh rehat dengan tenang tanpa fikir pasal kerja pejabat. Kerja tetap kerja, kan?

Korang lunch apa hari ni? 

Ada yang peminat Laksa Sarawak juga ke macam SA? Carneyz mesti suka ni....

Jumpa lagi di entri akan datang, bye! 

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......