Friday, July 31, 2026

Lunch Di A Decade Sunway Pyramid

Assalamualaikum wrt...

Cerita Isnin lepas..kami suami isteri ke Sunway Pyramid...semata- mata nak lunch sebab SA teringin makan sup lala/ sup kepah macam yang SA makan dengan Dania dan Lissa sebelum ni...tahun lepas kot kalau x salah...buat hal betul..plan asalnya lepas selesai segala urusan peribadi kami nak ke SOGO shopping baju kerja...sudahnya SA cakap jom la makan kat Sunway Pyramid...SA nak makan kat A Decade....sebagai seorang suami tiada sedikit pun bantahan dari dia ye...tau sangat kalau tekak bini dia nak..memang nak la...

Kami sampai dalam pukul 12.45 lebih kurang la...seksa mencari parking..dah la suami salah masuk patut masuk parking atas..dia pi masuk basement...hari Isnin pun ramai orang kat situ.dan ramai gak yang masuk Sunway Lagoon ye...x sekolah ke budak- budak ni erk...sedikit pelik di situ...pelancong tu kita faham la kan..ni yang Malaysian ni...



Yeayyyy...sampai dah ...suami x tau nak makan apa..tengok ada promo Ayam Gepuk..dia nak cuba makan ayam gepuk...sebenarnya kami berdua dah banned ayam gepuk lama dah..since kami cirit birit makan ayam gepuk kat Masjid Tanah..x tahan pedas walau tahap 1 je kepedasan..tapi suami insist gak nak cuba sebab nampak menarik dan siap boleh tambah nasi...request je kata staff tu...tambah nasi je...bukan ayam gepuk...



 Buku Menu..order macam baisa la scan QR


Ini pose gatal hidung bukan korek hidung


kita nak makan yang gambar belakang SA tu...


Suka deco ni...lawaaaa terukkkss


Pecah skit gambar sebab zoom





berkerut2 sebab melayan whatsaap group kerja..orang tgh cuti sibuk je kacau kan...


Pineapple juice dan coke untuk suami


Yang di tunggu- tunggu..Sup Kepah/ Sup Lala


Dalam menu sup lala tapi sebenarnya species clams


Dry dumpling noodles


Dry dumpling noodles ni siap ada set sambal, sup dan cili potong..



Set ayam gepuk..dah rotate banyak kali gambar ni masuk dalam blog macam ni gak...lantak la situ..






Total Damage RM99.00

Sedap macam biasa...

Apa-apa pun, puas hati dapat layan tekak masa ni walaupun bajet shopping baju kerja terganggu sikit, hehe. Korang kalau ke Sunway Pyramid, bolehlah singgah cuba makanan kat A Decade ni. Overall memang recommended!!

Korang yang mana satu penggemar sup kepah/lala kat sini? Kalau ada tempat lain yang lagi padu dan berbaloi untuk dicuba, jangan lupa drop cadangan kat ruangan komen ya! Nanti ada masa boleh ajak suami pusing cari lagi. 

Terima kasih membaca dan jumpa lagi di entri seterusnya!

Banyak lagi x share ni...haihhhh basi dah kebanyakkan cerita...

9 comments:

  1. Akak kadang tak suka wa group up kerja time weekend. Kita dah seminggu penat hadap kerja time cuti le nak relaks2. Tapi ex boss dulu kat opis lama suka nenekan2 time cuti. Kadang kesian pegawai wanita yg sibuk masak untuk keluarga Dan tak jawap wa kena bambu. Tu sebab kadang ada tak bestnya wa ni sebab dia tak ada time off waktu cuti.

    ReplyDelete
  2. Lala ni akak tak berapa nak minat sebab kulit dia je besar tapi isi ciput. Kalau kupang OK lagi isi dia besar.

    ReplyDelete
  3. Menu lunch yang dihidangkan pun nampak sangat menyelerakan dan terhias rapi. Memang sesuai sangat untuk port singgah makan dan recharge tenaga lepas penat pusing-pusing shopping mall!

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak pergi Sunway Pyramid. Tempat dating dulu-dulu. heee...Tengok sup lala dia fresh betul. Tak sia-sia pergi sana semata-mata untuk makan je. Ayam gepuk saya pun dah kurang sikit. Risaulah kalau termakan sambal dia yang pedas tu. Dumplings noodle pun nampak sedap. Kalau ke sini bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Rasanya last pergi Sunway Pyramid ni lepas Covid. Lepas tu dah tak pergi dah. Jauh dari rumah kiteorg dan susah nak parking punca malas nak ke sana hehe

    ReplyDelete
  6. Lala ni saya selalu baca orang masak buttermilk makan dengan mantao goreng. Nanti nak carilah hehe. Jarang makan/masak seafood sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan rege dia. Mz terliur jus nanas tu ;)

    ReplyDelete
  8. sedap tgk menu dumpling tu..bole tahan mahal menu lala soup tu

    ReplyDelete
  9. eh nanti cuba ayam gepuk top global pulakkkk

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......