Friday, September 25, 2026

Sedekah Aiskrim Malaysia Di Masjid Desarhu

Assalamualaikum wrt..

Simbolik usianya 22 tahun, Dania sedekah 220 batang aiskrim Malaysia kat Masjid Desarhu..nanti dalam pukul 12.30tgh dia akan hantar ke Masjid..ke PZ yang hantar...maybe dia dan PZ kot..SA x bagi PZ angkat storage box tu sorang2...

220 batang aiskrim.pelbagai perisa..yang SA nampak perisa jagung, strawberry dan sirap bandung...yang lain-lain x pasti plak...nasib baik kat rumah ada freezer..freezer fridge pun dah kosong...by pagi esok dh keras la tu aiskrim tu...







 

Banyak kan?

SA ingat dia nak hantar kat Masjid area rumah SA ni...tapi memandangkan atok lebih aktif kat Masjid Desarhu so hantar kat situ je la sebab kat situ ramai budak2...

22 tahun, 220 batang aiskrim Malaysia simbolik ringkas tanda kesyukuran atas pinjaman umur buat Ainnul Dania Huda. Semoga dengan sedikit sedekah ini kami dapat melihat kegembiraan dan senyuman anak-anak   menikmati aiskrim di pekarangan masjid nanti. Semoga setiap titisan rezeki yang disedekahkan hari ini membawa keberkatan, menjadikan Dania insan yang sentiasa pemurah, dan dirahmati Allah dunia serta akhirat. 

Happy 22nd Birthday, Dania!

9 comments:

  1. Aamiin.... Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-22nd buat Dania. Jadi anak solehah cemerlang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah, cantik simbolik 22 tahun dengan sedekah 220 batang aiskrim ❤️ Semoga menjadi amal baik buat Dania dan membawa kegembiraan kepada semua yang menerimanya. Selamat hari lahir Dania! 🎂

    ReplyDelete
  3. Bagusnya Dania berfikiran cerdas & tahniah jugak atas didikan SA dan family dlm melahirkan zuriat penyejuk mata penenang hati.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ulangtahun ke 22 Dania. Moga panjang umur dan murah rezekinya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...Semoga ada pahala yang sentiasa mngalir buat Dania..Amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah berkongsi rezeki. Happy Birthday Dania.

    ReplyDelete
  7. wah byk nya aiskrim msia utk disedekahkan sempena birthday Dania....tringat zaman kita kecik dlu mak kita jual juga aiskrim msia...kwn2 sekolah slalu bli lps blk sekolah

    ReplyDelete
  8. sanah helwah dear dania. barakallah fi umrik..may Allah bless u always

    ReplyDelete
  9. Dulu masa kecik2, suami cerita ibunya (mertua) jual aiskrim ni. Memang laku sebab rumah suami jadi port budak main2.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......