Assalamualaikum wrt...
Jumaat lepas SA dan Suami berkesempatan melawat Aunty kami iaitu Aunty Salmah di IJN Kuala Lumpur. Aunty Salmah dijadualkan untuk pasang battery atau lebih tepat pacemaker ( alat rentak jantung). Sebenarnya battery itu bukanlah diletakkan di dalam jantung sebaliknya alat ini di pasang di bawah kulit dada dan wayar halus disambungkan ke ruang jantung. Pacemaker ini tugasnya memantau degupan jantung. Kalau degupan jantung perlahan atau ada gangguan penghantaran elektrik, ia akan menghantar impuls elektrik kecil untuk membantu jantung berdegup pada kadar sesuai.
Begitulah prosesnya...semalam Aunty Salmah dh discharged dah..maybe hari ni balik ke Muar semula...atau masih lagi berehat di Sunway...
SA kalau bab jantung ni seram sikit..teringat kat arwah Mak dulu buat bypass...
So balik kerja Jumaat lepas, SA gerak.ke IJN..sampai dalam 6.00 petang sebab Jalan Tun Abd Razak tu confirm jammed teruk orang balik kerja kan...
Rezeki kami dapat berkumpul dengan cousin-cousin dan Aunty sorang lagi serta 2 Uncle kami...Uncle Syed dan Uncle Oon..
Lepas Maghrib kami minta diri sebab perjalanan kami masih jauh..nasib baik melawat hari Jumaat..plan asal nak melawat hari Khamis..hahaha..keluar dari IJN naknke parking hujan lebat..tiba-tiba boss message...dia mintak schedulekan conference call...masuk kereta SA schedulekan dulu meeting..dah send meeting invitation terus kami gerak balik...
Lama x ronda-ronda KL waktu malam..sempat la SA snap gambar skit..suami pasang google maps..ntah mana2 nak dihantarnya kami..SA quiet familiar dengan jalan situ nak ke Sungai Besi..SA suruh je ikut papan tanda...senang..kang melalut Google Map hantar lambat sampai rumah..itupun pukul 10 malam baru sampai sebab hujan dan sedikit jammed..
Suami plak time tu la nak ajak makan steak...sudahnya xde ye..hujan lagi..jammed lagi..ke Seremban lagi la jammed, sudahnya untuk dinner kami makan burger tepi jalan je...cukup la...belikan untuk PZ sekali..sekali tertukar burger SA dan burger PZ...sabar je la...





















Semoga cepat sihat Aunty-nya...
ReplyDeleteBusy betul SA dgn boss baru ni ye, sampai dah habis ofis hour pun ada urusan perlu diuruskan. Btw, makan burger tepi jalan kadang lebih sedap & nikmat.
Kita doakan semoga aunty SA cepat sembuh. Lamanya tak round KL.
ReplyDeleteeh boss2 ni memalam takyah meeting2 boleh tak? duduk rehat2 lunjur2 kaki kat rumah hahaha
ReplyDeleteSemoga aunty Salmah sihat seperti sediakala, aamiin. Dan semoga SA yg dedikasi dikurniakan kejayaan dlm apa saja usaha yg dilakukan.
ReplyDeleteshafahallah utk aunty salmah
ReplyDelete