Thursday, July 2, 2026
Rezeki Nasi Beriani Kambing & Dedikasi Buat Kak Norainy
Wednesday, July 1, 2026
Lepak Mamak Sebelum Balik Seremban, Dinner Awal Di Nasi Kandar Haji Basheer Bangi
Menu Kami Malam Tu:
Roti Telur & Kari Kambing (Menu SA): Malam tu SA tak nak makan nasi, jadi SA order roti telur. Tapi yang buat padu tu, SA layan cicah dengan kari kambing! Memang kombinasi yang mantap, pekat dan cukup rasa. Sedap betul kari kambing kat Nasi Kandar Haji Basheer Bangi ni..
Roti Naan Biasa & Ayam Tandoori (Menu Suami): Suami pula pilih roti naan biasa yang digandingkan dengan ayam tandoori.
Air Basahan Tekak: Untuk minuman pula, air winter melon (buah kundur) tengah popular kat Threads sekarang, jadi suami pun nak try order air kundur. SA pula macam biasa, setia dengan air cincau ais. Segar betul!
Kisah Dinner Kami Malam Semalam
Menu Dinner Kami:
Mee Tomyam (Menu SA): SA order mee tomyam semalam. Kuah dia pekat, masam-masam pedas, memang kena betul dengan selera malam-malam macam ni. Leka menghirup kuah tomyam
Sup Ekor (Untuk PZ): Khusus untuk PZ, SA orderkan sup ekor. Alhamdulillah, supnya sedap, daging pun lembut, mudahlah untuk PZ makan.
Nasi Kosong + Telur Dadar (Menu Suami): Haa... ini yang kelakar. Suami SA cuma order nasi kosong dengan telur dadar je. Ingatkan diet ke apa... rupa-rupanya ada taktik tersendiri!
Kes "Mee Tomyam Kena Kecek"
Mula-mula ingatkan dia memang nak makan menu bajet, rupa-rupanya lepas makanan sampai, sempat lagi dia 'kecek' (minta sikit) tomyam SA buat kuah nasi dia! Haha! Lumrah suami isteri kan, makanan dalam pinggan kita juga yang nampak paling sedap di mata dia. Melayan sajalah...suami SA ni senang aje bab makan..dapat nasi kosong dengan telur mata curah kicap pun dia OK...senang la nak jaga kata orang...
Inilah lumrah hidup bila rumah tengah renovate. Susah payah sikit sekarang, insya-Allah nanti bila dapur dah siap cantik, barulah semangat nak memasak tu datang semula berganda-ganda!
Korang malam semalam makan apa? Ada yang senasib dengan SA tengah pening kepala tengok rumah berkecah?
Happy blogging!
Pengumuman Pemenang Top Komentator June 2026
Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, hari ni kita dah pun melangkah ke hari pertama bulan July 2026. Tinggal lagi 5 bulan saja lagi sebelum kita melabuhkan tirai tahun 2026 ni. Macam laju betul masa berlalu, kan? Rasa macam baru kelmarin kita sambut tahun baru.
Bila dah masuk bulan baru, maka tibalah masanya untuk SA umumkan pemenang yang dinanti-nantikan Top Komentator June 2026 untuk blog SA!..
Untuk bulan Jun ni, sebenarnya kedudukan pertama carta jatuh kepada pemenang yang sama dengan bulan May lepas. Beliau merupakan satu-satunya pemenang lelaki untuk tahun ni... rajin betul Shaizhar boom entri-entri lama SA! Terima kasih banyak-banyak, Shaizhar!
Tapi, memandangkan konsep blog SA adalah "No Repeated Winner" (tiada pemenang berturut-turut), jadi untuk berlaku adil dan mengekalkan kemeriahan, SA telah menggunakan khidmat Wheel of Names untuk memilih pemenang bertuah dalam kalangan peserta yang lain.
Berikut adalah senarai peserta top commentators kita untuk bulan June 2026:-
Yeayy!!!!
Pemenangnya adalah THISNI3ZA
Tahniah! Nanti sila tinggalkan butiran atau hubungi SA di Suriaamanda@yahoo.com untuk urusan tuntutan hadiah ya. Tajuk email : Pemenang Top Komentator June 2026
Kepada yang lain, jangan kecewa tahu. Terima kasih SA ucapkan kepada semua yang sudi singgah, membaca, dan meninggalkan komen yang murni di blog ini. Sokongan korang semua amatlah SA hargai.
Untuk bulan July ni, jom kita meriahkan lagi ruangan komen! Manalah tahu rezeki korang pula bulan ni, kan? 😉
SA buka kembali contest ini dan mencari pemenang baru untuk July 2026...kita tengok siapa yang kenaaaa...
Happy blogging semua!
Tuesday, June 30, 2026
Trip Mersing ~ Last Entry Repeat Kluang Railway Coffee
Haa... inilah dia entri terakhir untuk siri Trip Mersing kami 3 beranak! Tapi kisahnya, entri penutup ni bukanlah pasal tempat kat Mersing, tapi kisah 'pelencongan' demi memenuhi keinginan anak tekak SA ni... hehe.
Ikutkan perancangan asal, waktu balik tu kami nak ikut jalan Endau-Rompin. Tapi tulah, entah macam mana tiba-tiba tekak ni teringat-ingat sangat dekat Kluang Railway Coffee. Memandangkan masing-masing pun setuju nak repeat sarapan kat situ lagi sekali, kami pun tukar plan saat-saat akhir!
Demi secawan kopi padu, roti bakar, nasi lemak padu dan telur 1/2 masak awal-awal pagi lagi kami dah bersiap. Pukul 7.00 pagi tepat, kami dah check out dari homestay di Mersing dan terus memecut gerak ke Kluang. Pukul 9 lebih kami sampai dah...


















































