Thursday, July 2, 2026

Rezeki Nasi Beriani Kambing & Dedikasi Buat Kak Norainy

Assalamualaikum wrt....

Semalam Alhamdulillah, murah betul rezeki SA dan kawan-kawan yang terpilih. Ada insan berhati emas sudi belanja kami makan Nasi Beriani Kambing!

Bila makanan sampai, mak ai... terkejut SA tengok portion dia. Memang betul-betul portion besar! Daging kambingnya pun lembut, secukup rasa, pendek kata memang sedap betul. Penangan portion besar ni, punya lah kenyang sampai membawa ke malam. Percaya tak, malam tadi SA cuma mampu ambil light dinner aje sebab perut masih terasa padat, itupun temankan suami makan kat Mamak je semalam, semua sebab  penangan beriani kambing tengah hari semalam punya pasal.

Melalui entri santai ni, SA nak titipkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan badan yang sudi belanja kami semalam. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Norainy Ahmad Zathu.

Untuk pengetahuan semua, Kak Norainy ni pun baru sahaja selamat pulang daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ni. Semoga mendapat haji yang mabrur buat akak.



Bungkusan yang sampai semalam


Haaa tepukkkk....terpaksa makan nasi ha...x makan rugi...


nampak? cukup besar portion dan buat SA kenyang betul


Lauk kambing ni x habis..SA simpan dalam fridge..tengahari nanti makan semula


Muka kenyang lunch semalam

 

Bukan itu sahaja, tak lama lagi iaitu pada bulan Oktober nanti, Kak Norainy akan melangkah ke fasa baharu iaitu alam persaraan setelah genap usianya 60 tahun. Serius, rasa macam tak percaya langsung! Kalau tengok raut wajah dan gaya Kak Norainy, langsung tak nampak macam umur dah nak bersara. Maintain awet muda, nampak macam baru early 50-an tahu tak! 

Apa-apapun, terima kasih sekali lagi Kak Norainy atas ingatan dan rezeki belanja makan semalam. Kami doakan semoga Kak Norainy sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan menjelang hari persaraan nanti, dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Amin...

Apa hadiah sesuai untuk orang bersara ye? boleh bagi suggestion x?

Wednesday, July 1, 2026

Lepak Mamak Sebelum Balik Seremban, Dinner Awal Di Nasi Kandar Haji Basheer Bangi

Assalamualaikum wrt....

Khamis lepas, sebelum balik rumah, SA dengan suami buat keputusan untuk singgah lepak jap kat area Bangi. Memandangkan perut pun dah mula berlagu irama keroncong, kami terus singgah ke Nasi Kandar Haji Basheer Bangi. Dah alang-alang sampai, kita dinner terus kat sini!

Layan mamak malam-malam ni memang tak pernah salah, kan? Suasana pun santai je untuk borak-borak dua orang sebelum balik menghadap rutin rumah.

Menu Kami Malam Tu:

  • Roti Telur & Kari Kambing (Menu SA): Malam tu SA tak nak makan nasi, jadi SA order roti telur. Tapi yang buat padu tu, SA layan cicah dengan kari kambing! Memang kombinasi yang mantap, pekat dan cukup rasa. Sedap betul kari kambing kat Nasi Kandar Haji Basheer Bangi ni..

  • Roti Naan Biasa & Ayam Tandoori (Menu Suami): Suami pula pilih roti naan biasa yang digandingkan dengan ayam tandoori.

  • Air Basahan Tekak: Untuk minuman pula, air winter melon (buah kundur) tengah popular kat Threads sekarang, jadi suami pun nak try order air kundur. SA pula macam biasa, setia dengan air cincau ais. Segar betul!





Air winter melon atau buah kundur tu tengah popular kat Thread...suami pilih air kundur dan SA amik air cincau...kat sini air bancuh macam teh O ke nescafe O ke rasa pelik..so kena amik air tin aje..











Kat mana kami makan ni?

v


v


v


v


v


 

Jujurnya Tentang Ayam Tandoori tu... 

Roti naan dia okay, tapi kalau pasal ayam tandoori tu... jujurnya SA tak berapa gemar sangat. Tekstur dia okay, cuma rasa dia agak masam sedikit kat lidah SA. Selera masing-masing, kan? Suami SA relaks je habiskan, tapi bagi SA, kari kambing SA tu tetap juara malam tu! Haha.

Dapat lepak kejap macam ni pun dah cukup untuk recharge tenaga sebelum sambung urusan rumah.

Berapa harga kami makan kat sini? lupa plak SA nak tanya suami..sebab dia yang belanja..thanks suami....

Korang kalau pergi mamak, apa menu wajib yang korang akan order? 

Cer kongsi sikit kat ruangan komen! 

Happy blogging!

Kisah Dinner Kami Malam Semalam

Assalamualaikum wrt....

Menyambung cerita tentang rutin harian, entri kali ni SA nak kongsi sikit menu dinner kami sekeluarga malam semalam. Kisahnya, sejak dapur rumah tengah renovate dan berkecah ni, memang satu cabaran betul dapur tu nak berasap dekat rumah.

Ruang terhad, barang pula semua berselerak. Kesudahannya, SA mampu masak nasi putih je kat rumah. Lauk-pauk? Memang kita cari kat kedai luar jawabnya lepas ni...dah boleh masak nasi je kan..air pun SA sampai beli jug kettle supaya senang PZ nak buat air panas..

Malam semalam, kami buat keputusan untuk dinner ringkas je kat kedai makan berhampiran. Lagipun masing-masing dah penat melayan kerenah rumah tengah berkecah ni..


Mee tomyam sedap


telur dadar


nasi putih


muka penat..berminyak muka ko SA...

 

Menu Dinner Kami:

  • Mee Tomyam (Menu SA): SA order mee tomyam semalam. Kuah dia pekat, masam-masam pedas, memang kena betul dengan selera malam-malam macam ni. Leka menghirup kuah tomyam

  • Sup Ekor (Untuk PZ): Khusus untuk PZ, SA orderkan sup ekor. Alhamdulillah, supnya sedap, daging pun lembut, mudahlah untuk PZ makan.

  • Nasi Kosong + Telur Dadar (Menu Suami): Haa... ini yang kelakar. Suami SA cuma order nasi kosong dengan telur dadar je. Ingatkan diet ke apa... rupa-rupanya ada taktik tersendiri!

Kes "Mee Tomyam Kena Kecek" 

Mula-mula ingatkan dia memang nak makan menu bajet, rupa-rupanya lepas makanan sampai, sempat lagi dia 'kecek' (minta sikit) tomyam SA buat kuah nasi dia! Haha! Lumrah suami isteri kan, makanan dalam pinggan kita juga yang nampak paling sedap di mata dia. Melayan sajalah...suami SA ni senang aje bab makan..dapat nasi kosong dengan telur mata curah kicap pun dia OK...senang la nak jaga kata orang...

Inilah lumrah hidup bila rumah tengah renovate. Susah payah sikit sekarang, insya-Allah nanti bila dapur dah siap cantik, barulah semangat nak memasak tu datang semula berganda-ganda!

Korang malam semalam makan apa? Ada yang senasib dengan SA tengah pening kepala tengok rumah berkecah?

Happy blogging!


Pengumuman Pemenang Top Komentator June 2026

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, hari ni kita dah pun melangkah ke hari pertama bulan July 2026. Tinggal lagi 5 bulan saja lagi sebelum kita melabuhkan tirai tahun 2026 ni. Macam laju betul masa berlalu, kan? Rasa macam baru kelmarin kita sambut tahun baru.

Bila dah masuk bulan baru, maka tibalah masanya untuk SA umumkan pemenang yang dinanti-nantikan Top Komentator June 2026 untuk blog SA!..

Untuk bulan Jun ni, sebenarnya kedudukan pertama carta jatuh kepada pemenang yang sama dengan bulan May lepas. Beliau merupakan satu-satunya pemenang lelaki untuk tahun ni... rajin betul Shaizhar boom entri-entri lama SA! Terima kasih banyak-banyak, Shaizhar!

Tapi, memandangkan konsep blog SA adalah "No Repeated Winner" (tiada pemenang berturut-turut), jadi untuk berlaku adil dan mengekalkan kemeriahan, SA telah menggunakan khidmat Wheel of Names untuk memilih pemenang bertuah dalam kalangan peserta yang lain.

Berikut adalah senarai peserta top commentators kita untuk bulan June 2026:-




Dan pemenangnya....!!!



Yeayy!!!!

Pemenangnya adalah THISNI3ZA

Tahniah! Nanti sila tinggalkan butiran atau hubungi SA di Suriaamanda@yahoo.com untuk urusan tuntutan hadiah ya. Tajuk email : Pemenang Top Komentator June 2026

Kepada yang lain, jangan kecewa tahu. Terima kasih SA ucapkan kepada semua yang sudi singgah, membaca, dan meninggalkan komen yang murni di blog ini. Sokongan korang semua amatlah SA hargai.

Untuk bulan July ni, jom kita meriahkan lagi ruangan komen! Manalah tahu rezeki korang pula bulan ni, kan? 😉

SA buka kembali contest ini dan mencari pemenang baru untuk July 2026...kita tengok siapa yang kenaaaa...

Happy blogging semua!


Tuesday, June 30, 2026

Trip Mersing ~ Last Entry Repeat Kluang Railway Coffee

Assalamualaikum wrt...

Haa... inilah dia entri terakhir untuk siri Trip Mersing kami 3 beranak! Tapi kisahnya, entri penutup ni bukanlah pasal tempat kat Mersing, tapi kisah 'pelencongan' demi memenuhi keinginan anak tekak SA ni... hehe.

Ikutkan perancangan asal, waktu balik tu kami nak ikut jalan Endau-Rompin. Tapi tulah, entah macam mana tiba-tiba tekak ni teringat-ingat sangat dekat Kluang Railway Coffee. Memandangkan masing-masing pun setuju nak repeat sarapan kat situ lagi sekali, kami pun tukar plan saat-saat akhir!

Demi secawan kopi padu, roti bakar, nasi lemak padu dan telur 1/2 masak awal-awal pagi lagi kami dah bersiap. Pukul 7.00 pagi tepat, kami dah check out dari homestay di Mersing dan terus memecut gerak ke Kluang. Pukul 9 lebih kami sampai dah...


Sekali bila sampai aje kat sana... mak ai! SA terpaksa akur kena beratur panjang dekat setengah jam jugalah sebelum dapat tempat. Ramai betul umat manusia! Baru SA teringat, patutlah penuh bebenor... kan masa tu  dah mula musim cuti sekolah. Masing-masing pun bawa keluarga datang jalan dan sarapan kat sini sekali.



Beratur ye...jangan tak beratur



Roti bakar dia memang the best


Fried dumpling


Sebenarnya SA jatuh cinta dengan nasi lemak diorang


Simple dan sedap..2 bungkus SA makan


telur separuh masak


Order kami


Bye..bye Kluang!!


Perjalanan pun smooth


Langit pun cantik



 

Walaupun kena menapak dan menunggu dalam barisan, tapi bila dapat juga duduk dan dapat rasa kopi kaw bersama roti bakar kegemaran tu, nasi lemak diorang pun power ye... pergh, terus rasa hilang penat menunggu! Berbaloi-baloi pengorbanan tukar route balik hari ni. SA siap beli 2 botol Hainan Kaya semata- mata nak buat roti bakar sendiri kat rumah nanti...

Lepas dah kenyang dan puas hati dapat repeat, barulah kami teruskan perjalanan balik ke rumah dengan senyuman lebar.

Maka, tamatlah sudah coretan kisah Trip Mersing kami untuk kali ni. Terima kasih korang yang sudi baca dari entry pertama sampai la yang terakhir ni ya.

Korang kalau lalu Kluang, sanggup tak beratur demi kopi dan makanan sedap macam SA ni? Hehe. 

Next plan percutian kami 3 beranak termasuk PZ adalah Terengganu...bulan beapa tu x pasti lagi...maybe lepas Dania habis exam Sem 6 ni...kita tungguuuuuuuu....

Jumpa lagi di entri cerita yang lain pulak! Tata!

Trip Mersing ~ Dinner Di Brother Joe Ikan Bakar..

Assalamualaikum wrt..

Setelah penat posing- posing sana sini kat Bukit Lanun Pulau Penyabong, kami 3 beranak nak terus dinner je...perut dah mula berlagu irama keroncong minta diisi.Sebenarnya sebelum datang Mersing lagi kami dah siap-siap google tempat makan yang menarik. Untuk malam tu, kami sepakat pilih Brother Joe Ikan Bakar sebab tengok ramai betul yang suggest dan bagi review mantap kat sini.



(kisahnya tulah... SA excited sangat nak makan sampai lupa pulak nak ambil gambar depan kedai sendiri, jadi SA pinjam gambar signboard ni dari Google jelah ye... hehe)

Kami amik menu set


Udang goreng tepung


Ikan pari bakar

Bila dah sampai, memang betul bagai dikata. Menu ikan bakar kat sini segar-segar belaka! Kami pun order set menu signature untuk hidangan malam tu. Ikan bakar tu additional je..


Sekali suap... pergh, memang padu sambal kicap dan perapan ikan bakar dia. Cukup rasa, kena betul dengan selera kami 3 beranak. Berbaloi singgah!


Ikan siakap steam limau


Tomyam campur


Telur dadar


Kailan goreng bawang putih


Korang kalau datang area Mersing dan buntu nak makan malam kat mana, SA memang rekomen sangat untuk try makan kat Brother Joe Ikan Bakar ni. Kedai pun selesa dan servis boleh tahan cepat.

Dah kenyang perut, senanglah hati nak balik rehat. Macam mana, terliur tak tengok menu kami? Hehe.

Sehingga jumpa lagi di next entry ya. Tata!


Process Pecah TIles Table Top

Assalamualaikum wrt....

Projek renovasi dapur SA kembali lagi! Kalau sebelum ni baru fasa merancang dan mengemas, hari ni kita masuk ke proses yang seterusnya pulak. Fasa ni boleh tahan 'ngeri' dan bising sikit ye... hehe.

Hari ni giliran proses memecahkan tiles pada table top yang lama dan juga buka sinki lama sekali. Masa abang tukang mula mengetuk tu, mak ai... berdegum-degam jugalah bunyi satu rumah. Habis segala habuk dan serpihan tiles bertebangan.










Tengok rupa table top bila dah kena pecah tu, terus rasa tak sabar pulak nak tengok hasil yang baru nanti. Sinki lama pun dah selamat ditanggalkan. Walaupun nampak rupa dapur dah macam 'medan perang' sekarang ni, SA hadapkan jelah demi impian nak merasa dapur baru yang lebih kemas dan selesa.

Buat masa sekarang, bertabahlah kita membersih atau membasuh apa yang patut dalam keadaan serba kekurangan ni ya. Korang x tengok lagi berapa banyak barang yang SA buang..itupun masih ada banyak nak buang lagi...

Korang yang pernah lalui fasa renovate rumah, mesti faham kan perasaan 'sakit mata' tengok rumah berhabuk macam ni? Doakan urusan renovasi dapur SA ni berjalan lancar dan cepat siap tau!

Nanti SA update lagi progress seterusnya. Stay tuned!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah