Assalamualaikum wrt..
SA dan suami memang suka tengok citer hantu... especially cerita Indonesia. Seramnya boleh tahan..lagi satu citer seram Tamil...boleh tahan gak jump scare dia...biasa kami tengok malam minggu atau weekend...SA okey jer tengok citer hantu malam- malam..xde la sampai terbawak dalam mimpi...tapiiiii....suami SA lain kisahnya...Suami SA ni jenis imaginasi tinggi. Masa tengah tengok tu okey lagi, tapi bila lampu dah tutup nak tidur, dia kata nampak 'boneka usang' dalam filem tu macam ada kat penjuru bilik. Mulalah dia tarik selimut sampai tutup muka..geram aje ye tengok perngai penakut dia tapi sibuk nak tengok citer hantu...PZ memang tak layan la citer- citer hantu ni..dia kalau citer kungfu dia sanggup tengok.
Kemuncaknya malam tu, tengah sedap tidur tiba-tiba dia mengigau kuat..Bukan setakat bercakap yang kita tak faham, tapi tangan dia macam menepis-nepis sesuatu, seolah-olah tengah 'berperang' dengan gangguan sihir dalam mimpi tu. SA yang kat sebelah ni pun terjaga sekali sebab terkejut..Bila SA kejutkan tanya kenapa, dia bangun dengan peluh jantan kat dahi. Dia kata mimpi tu rasa 'real' sangat..aduhai... Penangan plot twist filem ni memang terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.
JARANN (2025)
"Rasailah Sendiri Pengalaman Disihir Oleh Plot Twist!"
Filem genre psychological thriller ini mengisahkan tentang Radha (Amruta Subhash), seorang wanita yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Suatu hari, Radha kembali ke rumah warisan keluarganya di sebuah desa terpencil bersama anak perempuannya, Saie (Avanee Joshi).
Niat asalnya hanyalah untuk menjual rumah lama itu, namun kepulangan tersebut membangkitkan semula trauma masa kecil yang selama ini cuba dilupakan. Radha dibayangi kisah silam tentang Ganguti (Anita Date-Kelkar), seorang wanita yang pernah dituduh sebagai pengamal ilmu hitam, yang dikatakan telah menyihirnya ketika kecil.
Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, Radha mula mengalami kejadian aneh. Bisikan halus yang kedengaran jelas pada waktu malam, boneka usang yang seolah-olah hidup, dan suasana rumah yang seakan bernafas dengan rahsia gelap. Tekanan yang dialami semakin meruncing apabila Saie sendiri mula terperangkap dalam bayangan misteri yang sukar dijelaskan.
Keadaan Radha menjadi semakin tertekan sehingga dia memerlukan bantuan Dr. Rashmi Pandit (Jyoti Malshe), seorang psikiatri yang cuba membezakan antara trauma psikologi dengan gangguan sihir. Namun, semakin jauh Radha menyelami kebenaran, semakin kabur sempadan antara realiti dan ilusi.
Filem ini akan membawa penonton kepada sebuah klimaks yang mengejutkan bukan satu tetapi beberapa plot twist yang menimbulkan persoalan.
Apakah sebenarnya yang menghantui Radha?
Jarann adalah sebuah naskhah Marathi yang menggabungkan elemen seram, psikologi dan mistik dengan begitu halus. Keistimewaannya bukan pada kesan seram klise, tetapi pada kemampuan naratifnya menggoncang minda penonton. Pengarah menampilkan dunia desa dengan penuh sunyi, terpencil, dan sarat dengan aura misteri menjadikan setiap detik terasa menekan.
Amruta Subhash tampil dengan lakonan yang luar biasa. Beliau bukan sekadar membawa watak Radha sebagai seorang ibu, tetapi juga seorang manusia yang rapuh, berperang dengan ketakutan dalaman dan bayangan masa silam. Ekspresi wajahnya yang ketakutan, panik dan putus asa membuatkan penonton hanyut dalam penderitaannya.
Anita Date-Kelkar sebagai Ganguti pula menghadirkan persona misteri yang sukar dijangka. Lakonan beliau sebagai antagonis dalam filem ini berjaya menambah misteri tentang rumah pusaka itu dan ritual ilmu hitam yang diamalkannya.
Sinematografi filem ini bermain dengan cahaya malap, bayang-bayang, dan visual misteri yang berkesan. Patung yang berulang kali muncul bukan sekadar alat seram, tetapi lambang trauma masa kecil yang terus menghantui Radha. Skor muziknya pula menambah rasa intense membiarkan penonton terikat pada setiap detik tanpa rasa selamat.
Lebih daripada sekadar kisah seram, Jarann ialah sebuah refleksi tentang bagaimana trauma lama boleh menjadi penjara yang lebih menakutkan daripada sebarang ilmu hitam. Ia mengangkat persoalan tentang persepsi masyarakat terhadap sihir, kepercayaan, dan bagaimana tuduhan boleh menghancurkan hidup seseorang.
Secara keseluruhannya, Jarann bukan sekadar filem seram, tetapi sebuah karya yang menuntut penonton berfikir , Adakah ketakutan itu datang dari luar, atau sebenarnya berakar dalam jiwa manusia sendiri?
Plot twist di penghujung cerita tidak hanya mengejutkan, tetapi juga menyedarkan bahawa batas antara realiti dan ilusi seringkali sangat tipis.
Recommended.





Menarik sinopsis cerita ni. Teringin nak tengok jugak tapi kalau sampai suami SA mengigau ni mesti seram giler cerita ni 😱 kita ni sama spesies penakut tapi suka tengok cerita hantu 🤣
ReplyDeleteAdoi sampai terbawak dalam tidur ni. Memang ngeri betul la tu.
ReplyDeleteuishhhhhh boleh teringat-ingat nie....
ReplyDeleteDah lama tak tengok cerita seram ni.
ReplyDeleteDulu2 pernah la tengok tapi tak minat sangat cerita seram yg bnyk sngt jump scare ni
linda ok je tengok cerita hantu, tak kisah siang ke malam... tapi, duduk dekat bilik asrama ni, lebih2 lagi pernah diganggu..memang tak tengok la malam2..elakkan dari memangggil2 makhluk tu...jadi, sama da tengok dekat tronoh atau tengok waktu siang.. hihihi
ReplyDeleteTakut!
ReplyDeleteBoleh tengok cerita hantu tapi tak sanggup hantu yang suka membunuh tu....serammmm....
ReplyDeleteLZ tak boleh tengok cerita hantu sebab lebih extreme dari nampak hantu depan-depan.. Nanti terbayang-bayang, seram..
ReplyDeleteMemang berkesan sungguh cerita tu sampai bersambung ke alam mimpi.
ReplyDeleteSeramnya tengok..
ReplyDeleteKakak nonton di platform apa ya? Cek Netflix tak ada pula. Saya pun suka horror. Tp hrs ada teman nontonnya. Kalau sendirian tak nak 🤣🤣.
ReplyDeletesaya pun suka tengok citer hantu indonesia jugak. tapi ada yg storyline tak best sangat.. banyak jumpscare je haha
ReplyDeleteMrs. A pun suka juga tengok cerita hantu.
ReplyDeleteCerita hantu India jarang tengok.
Sebab SA rekomen ni weekend nanti nak tengoklah hiks!
Citer seram ni biasa suasana gelap, cahaya malap²...
ReplyDeleteKalau sampai terganggu tidur memang betul² menghayati.
MZ sejak umur 40s, dh tak tgk filem seram sbb rasa stress hahhahah zmn2 bujang, gigih jugak lah tgk..siap tgk kat cinema lagi!
ReplyDeletescary.. ayu memang x berani la cita2 genre seram ni..memang big NO
ReplyDelete