Assalamualaikum wrt....
Lepas kami shopping keropok kat Beserah masa last day di Kuantan, SA ajak suami singgah pekena Mee Calong dulu sebelum balik Seremban...suami SA ru kan..bila last day je dia mula la sesdih nak tinggalkan Kuantan...hahaha...macam la x leh datang lagi...kata Kampung Angkat kan...bukan jauh pun..2 jam lebih je dari Seremban kot...
So singgahlah kami di Warung Mee Calong & Keropok Beserah. Warung ni tepi jalan je..ada pelbagai menu kat sini...SA purposely nak makan Mee Calong..sebab SA masih kenyang sarapan kat hotel pagi tu..then suami makan nasi...Nasi Kukus Ayam Berempah...
Kami singgah sini..waktu perniagaan ada tertera kat signboard tu ye
SA amik mee calong special
Suami makan Nasi kukus Ayam berempah
Ayam tu digoreng panas-panas
Suami cakap pedas giler
Kuah cili ke sos khas untuk mee calong
Nescafe ais dan teh o ais...eh SA lupa SA minum air apa...hahahaha
Berhati- hati makan...panas menggelegak lagi masa mee ni sampai kat SA
Jemput makannnn...
Kenapa di panggil Mee Calong?
Rupanya ...Mee calong mendapat namanya daripada kebiasaan masyarakat di kawasan Pantai Timur, terutamanya di Beserah, Pahang, yang memanggil hidangan mi bersup ikan sebagai "calong". Mi calong menggunakan isi ikan segar yang direbus kemudian dilumatkan supaya halus. Selepas itu isi ikan dicampur tepung jagung supaya tidak relai sebelum direbus. Mi calong enak dinikmati bersama sos yang turut dimasak sendiri.
Berikut adalah beberapa punca atau asal usul nama mee calong berdasarkan info
Makanan Ikonik Beserah: Ia merupakan juadah khas warisan masyarakat pesisir pantai
Beserah.Bebola Ikan (Calong): Salah satu bahan utamanya ialah bebola ikan yang dibuat daripada ikan segar seperti ikan tenggiri, selayang, atau parang. Istilah "calong" itu sendiri sering dikaitkan dengan bebola ikan atau cara penyediaannya di kawasan tersebut.
Sejarah Warung: Terdapat kisah di mana nama ini sinonim dengan warung-warung kecil yang menjual mi sup ini, termasuklah kisah seorang wanita bernama Mak Cik Kiah yang mempopularkannya di Beserah.
Ringkasnya, mee calong adalah mi kuning (atau kadang-kadang mi hoon) yang dihidangkan dengan sup ikan dan bebola ikan (calong), menghasilkan sup yang manis dan menyegarkan.
itu info yang SA dapat dari AI Gemini.
Pandangan SA tentang Mee Calong?
Unik dan sedap sangat...cuma masa SA makan ni..SA lupa nak suruh staff warung tu tukar bihun kepada mee kuning sebab SA kalau makan mee sup ni mesti nak mee kuning...bihun macam x cukup..yang SA dapat tu campur bihun dan mee kuning...makan pun kena berhati- hati sebab panas giler..melocot lidah dibuatnya..
So SA dah rasa Mee Calong...lepas ni nak cuba apa plak lagi agaknya....
Lepas makan tu..isi minyak kat Petronas lepas tu kami terus balik Seremban..by 6pm sampai Seremban sebab jalan santai- santai dan jammed skit kat Kuala Pilah hala ke Seremban..













Kiranya tekstur dia macam mee sup lah kan cuma kat tempat nya, mereka sebut mee calong dan diperbuat dari isi ikan.
ReplyDeletepernh mkn sini juga mee calong time tu ada family day kt kuantan
ReplyDeleteFirst time saya dengar mee calong. Menarik ni
ReplyDeleteNampak sedap.. Betullah macam mee sup la kan. Tiba2 teringin nk makn mi sup lak dekt pekan ada yg sedap
ReplyDeleteeish..terus teringat ada cerita hantu ni... ada warung gerai me calung.. dan owner nya pun hantu dalam cerita tu..padahal sama2 dia duduk bercerita kisah pasal hantu.. tak ingat la tajuk nya apa...lama dah cerita nya
ReplyDeleteBlm coba mie calong , dan memang teringin kalau jumpa 😍😍😍.
ReplyDeleteTapi yg dipesan suami kakak, tuh pun nampak menggoda. Apalagi pedas kan 😍😍. Memang makin lahap saya makannya
lamanya tak makan mi calong ni. di kuantan je ada.
ReplyDeletepestime juga dengar mi calong ni. sup dia base dari ikan rupanya :D okay ni kena try if datang kuantan nanti!
ReplyDelete1st time dgr nama mee calong...emm tak de lah rasanya food ni kat kelantan
ReplyDeletesama ngan sis MZ, 1st dgr mee calong ni...mcm cedap je nampak tu
ReplyDelete